Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Keputusan PRU 13
Isu Semasa

Keputusan PRU 13

sham 1 Comment

Keputusan PRU 13 Yang Mengemparkan

Inilah kebanyakan orang tungu-tunggu dalam bulan Mei ini. Ramai orang tertanya tanya adalah BN akan mengekalkan kuasa atau PR akan mengambilalih kerajaan untuk membentuk kerajaan baru. Daripada pemerhatian saya, PRU 13 agak sengit. Penentu adalah golongan muda iaitu 41% daripada pengundi kali ini.

Daripada newsfeed di FB saya, boleh dikatakan 80% menyokong PR dalam pilihanraya kali ini. Malah golongan Ustaz Selebriti juga secara terang- terangan menyokong PR antaranya ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zahazan, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi. Zaman dulu jika selebriti terlibat dalam aktiviti politik pembangkang, mereka akan diban.. Sekarang ia dilakukan secara terbuka. Ia satu perubahan yang baik dalam berpolitik di negara ini.

Keputusan PRU 13

Jadi apakah keputusan PRU 13? Kita akan tahu pada malam 5hb Mei ini. Ia sehari sebelum hari jadi saya. Jadi tak kisah siapa yang menang, saya akan sambut hari jadi saya pada tengah malam berkenaan. Apa yang saya harapkan PRU 13 akan berlangsung dengan aman dan bersih daripada segala taktik kotor.

pru

Orang Muda hari ini kebanyakannya berpendidikan. Mereka tidak boleh disogok dengan duit sahaja. Jika beri, mereka menerima dengan gembira. Sumber maklumat golongan muda bukan hanya menerusi media massa. Golongan muda mendapat maklumat daripada pelbagai saluran lain seperti blog dan juga media sosial yang tidak terbatas. Mereka boleh menilai sendiri apa yang baik dan juga buruk yang dilakukan oleh pihak yang bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Perbelanjaan Tinggi Dalam PRU 13

Daripada pemerhatian saya, pihak BN berbelanja sakan demi PRU kali ini. Mereka membeli banyak iklan di TV, Google dan Facebook. Mungkin berjuta-juta juga habis dalam kempen online mereka. Berbeza dengan PR yang mengunakan kaedah percuma seperti blogging dan juga media sosial secara viral. Dengan cyber troopers mereka yang aktif, setiap isu ditampilkan menjadi viral dan dishare oleh penyokong-penyokong mereka dengan percuma dan mereka di media sosial seperti FB dan Twitter. Ia sangat berkesan. Semuanya dilakukan secara sukarela dan tanpa kos.

Bagi saya, penyokong sebeginilah yang patut dicari oleh parti politik. Mereka berjuang kerana ideologi tanpa mengharapkan wang ringgit. Tidak perlu menabur duit untuk mereka bergerak. Mereka lakukan secara sukarela demi perjuangan parti.

Berbeza dengan parti kerajaan yang sering disogokkan dengan duit. Jadi penyokong mereka akan sentiasa menanti.. “What’s for me” kalau melakukan sesuatu. Itu daripada pemerhatian saya la. Ia satu budaya yang tidak elok. Ia meletakkan kepentingan peribadi melebihi perjuangan parti. Ini menggalak penyalahgunaan kuasa dan duit yang disalurkan kepada mereka. Berpolitik sebab untuk mendapatkan sesuatu. Ia jadi satu budaya yang akan merosakkan negara dan juga parti mereka sendiri.  Budaya ini perlu diubah!

Realisasikan moto BN iaitu Rakyat Dihulukan. Jika rakyat nampak perjuangan cenderung kepada perjuangan individu. Pastinya rakyat akan mengubah sokongan mereka.

Tanggungjawab Besar Buat Mereka Yang Memerintah

Pemenang dalam PRU 13 kali ini bakal mengalas tangungjawab yang berat.  Rakyat mahukan yang terbaik untuk 5 tahun yang akan datang.  Ia satu tempoh masa yang agak panjang. Dalam tempoh ini, banyak perkara boleh berlaku. Dan paling saya harapkan, negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur.

Harapan rakyat cukup tinggi. Diharap wakil rakyat yang dipilih agar menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Ia adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar.

Bagi rakyat Malaysia pula, jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi bagi yang berdaftar. Undi anda boleh menentukan halatuju negara samada BN atau PR yang akan memerintah negara untuk 5 tahun yang akan datang.

Insyaallah saya akan balik ke Kuala Terengganu bagi mengundi bagi ADUN Bukit Payung dan Parlimen Marang.

Jom Kita Mengundi!!

p/s: Artikel ini adalah hanya pendapat penulis daripada pemerhatian sebagai seorang pengundi muda. Apa ramalan anda tentang keputusan PRU 13? BN atau PR?

Artikel Berkaitan
  • Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air
    Saya pasti ramai yang tertunggu tunggu keputusan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau ...
  • Keputusan Pilihanraya DUN Tenang
    DUN Tenang merupakan pilihan raya kecil yang pertama pada tahun ini. Ia berikutan kematian Ahli Dewa...
  • Domain Percuma Co.CC diban oleh Google
    Google telah menblacklist domain co.cc daripada disenaraikan di keputusan carian Google. Ia berikuta...
  • Jualan Murah Sempena Perkahwinan
  • Apabila Bukan ISLAM Mentafsir Al Quran…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 21
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:keputusan pilihan raya umum keputusan pilihan raya umum 13 keputusan pilihanraya keputusan pilihanraya umum keputusan pilihanraya umum 13 keputusan pru 13 pemenang pru 13 pru 13

Related Articles

Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi
Sejak akhir akhir ni pengunaan sumpah laknak semakin menjadi jadi..Bermula …

Sumpah Laknat Semakin Menjadi Jadi

Haram Untuk Mengunakan Sampul Duit Raya Bank Konvensional
Blog Ustaz Zaharuddin adalah antara blog yang saya layari setiap …

Haram Untuk Mengunakan Sampul Duit Raya Bank Konvensional

One Response

  1. Ali Akhbar

    “Berbeza dengan parti kerajaan yang sering disogokkan dengan duit. Jadi penyokong mereka akan sentiasa menanti”

    Satu tuduhan yang melampau seolah-olah PR itu adalah maksum dan suci bersih. PR juga membelanjakan duit yang bukan sikit galangnya. Tanya DAP dan Anwar ibrahim dari mana tajaan mereka dapat kalau bukan dari institut Soros. Dan PAS tak habis2 nak pau rakyat dengan DERMA “JIHAD” di dalam ceramah2 mereka (yg penuh celaan dan caci maki kepada pemerintah).

    Sedarlah Tuan, 1 jari menunjuk kepada pemerintah, 9 jari kembali kepada si penuduh.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Parlimen Dah Bubar.. PRU ke 13 akan berlangsung

Setelah agak lama ramai orang ternanti nanti parlimen dibubarkan. Akhirnya ia te…