Harga Pos Laju Prabayar
Pos Laju Prabayar
Pos Malaysia telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu Pos Laju Prabayar. Ia ala pos ekspress la. Ada sampul pos laju. Malah sampul ini siap dengan bubble di dalamnya. Jadi bagi barangan anda lebih selamat di dalam sampul ini. Pihak kami telah mengunakan sampul ini untuk penghantaran produk CD keluaran syarikat kami.
Kaedah ini sebenarnya banyak membantu usahawan kecil terutamanya mereka yang terlibat dalam perniagaan produk fizikal. Kita tidak perlu lagi membalut atau membeli kotak lagi. Kita hanya beli kotak Pos Laju Prabayar, masukkan barangan ke dalamnya. Dan boleh dipos terus.
Harga Pos Laju Prabayar
Berdasarkan pengalaman kami, ia berlaloi. Sebab ia sama dengan kadar pos yang dikenakan kepada kami sebelum ini. Sebagai contoh sekeping CD yang dipos kepada pelanggan berharga RM6.00. Itu belum dikira dengan kos sampul surat dan sebagainya. Dengan sampul Pos Laju Prabayar, hanya perlu beli sampul berharga RM6.00. Sudah boleh pos dengan selamat dengan adanya bubble di dalam sampul.
Jika dibeli di Tesco, sampul dengan bubble berharga RM3.80 sekeping. Jika mengunakan pos laju, ditambah lagi RM6.00. Jadi kos penghantaran sudah menjadi RM9.80 keseluruhan.
Harga dan Saiz
Bagi sampul terdapat 2 jenis iaitu saiz S berharga RM6.00 dengan berat maksimum 500g dan Saiz L yang berharga RM9.00 dengan berat muatan maksimum 1kg.
Kotak Pos Laju Prabayar
Kotak Prabayar S – Saiz 340mm x 250mm x 80mm harganya RM13.00.Muatan maksimum 2kg.
Kotak Prabayar M – Saiz 340mm x 250mm x 150mm harganya RM20.00. Muatan maksimum 5 kg.
Kotak Prabayar L – Saiz 340mm x 250mm x 200mm harganya RM30.00 dan Muatan maksimum adalah 10kg.
Cara Mengunakan Pos Laju Prabayar
Cara mudah sahaja. Ia lebih kurang sama dengan perkhidmatan pos laju sebelum ini. Malah borang yang digunakan adalah sama. Anda perlu mengisi borang tersebut dan bawanya ke pejabat pos atau pusat pos laju untuk penghantaran. Tak perlu bayar lagi sebab anda telah membayarnya. Sebab itu ia dipanggil prepaid atau prabayar.
Maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini anda boleh layari:
http://www.pos.com.my/pos_bm/services/fast_mail/service/prepaid.aspx
Bagi kami, ia memang memudahkan dan menjimatkan kos penghantaran kami sebab kami sememang berurusan dengan pos Malaysia setiap hari.
Ia adalah satu berita yang cukup baik untuk pasaran dan juga perkembangan perniagaan internet di Malaysia. Untuk jimat, boleh guna Pos Laju Prabayar untuk penghantaran produk di sekitar semenanjung Malaysia.

Incoming search terms:
- kotak pos laju
- harga kotak pos laju
- poslaju prabayar
- saiz kotak pos laju
- pos prabayar
- harga pos laju
- sampul pos laju
- kotak poslaju
- poslaju prepaid
- sampul pos ekspress
Assalamualaikum….
Sebelum ini saya menggunakan sampul perkhidmatan Pos Ekspres untuk pos vcd/cd. Kini pihak Pos Malaysia telah mengeluarkan peringatan bahawa sampul Pos Ekspres tidak boleh digunakan uttuk mengposkan barangan seperti cd,vcd dan dvd.
Dengan adanya perkhidmatan terbaru dari Pos Malaysia ini, ia sememangnya memudahkan lagi urusan pengguna yang memerlukan sampul yang selamat dengan harga yang berpatutan bagi mengposkan sesuatu dokumen atau barangan.
CD kami pun pernah retour balik sebab ia bukan dokumen. Bagi cd, jangan guna box kalau guna pos ekspress. Kelemahan pos ekspress,cd mungkin hilang sebab diorang drop je sampul tu. Sekarang kami dah guna pos laju sebab lebih selamat.
Salam, nak tanya ni. Saya ada mencuba perkhidmatan terbaru “pos laju prabayar” untuk penghantaran CD/DVD, tetapi saya dimaklumkan, perlu membeli bubble envelope itu sendiri?? bukankah sepatutnya disertakan sekali? boleh jelaskan atau pun sebenarnya saya ditipu?
sepatutnya sampul tu dah ada bubble…jangan tanya di pejabat pos biasa. tanya di pejabat pos laju.
salam…saye nk tye..harge kotak2 dia ats ni mcm yang 10 kg rm30 ni applicable tuk dari sarawak ke semenanjung gak ke?or ade cas lain…mohon penjelasan
semenanjung je.. setakat ni tak boleh sabah/sarawak.
Harga pos prabayar ni, hanya untuk semenanjung. Kita bayar beli sampul/kotak tu je.. pastu tak perlu bayar lain dah. selagi boleh muat dalam sampul rasanya boleh lepas. tapi dia ada kadar berat dia la. rasanya diorang tak timbang dah kotak/sampul ni. diorang terus terima je.
Kalau kotak rokok marlboro berisi brang,blh ker?kalau nk pos?
boleh je asalkan ia bukan barang larangan.
nak tanya…kotak prabayar pos laju tu sekarang dah boleh ker untuk perkhidmatan pos ke sabah n sarawak..tq.
Ada 2, satu prabayar semenanjung.. satu prabayar borneo untuk sabah dan sawarak.
hi, i nak kirim barang beratnya agak 2/3kg, kalau i package sendiri dan bagi timbang harga punya, harga lebih murah atau lebih mahal daripada prabayar kotak?
Hai nak tanye.. saya comfius.. tu harga plastik prabayar pos laju.. rm7 1 pcs k.. atau dalam rm 7 tu berapa pcs.. heheh
rm6 + gst… satu je.
Klau untuk hantar buku rujukan ..sesuai sampul yg mane ye yg saiz S rm6 atau saiz L rm9 ?
ikut berat dan saiz buku tu.
Salam nak tanya kalo buat postage pakai box prabayar tu berapa hari boleh sampai ye??? Sy check track dia rekod not found
Macam pos laju biasa juga. Dalam masa 24 jam akan ada dalam rekod.
Kalau nak beli prabayr dekat pos laju mmg dh ada plastik bubble tu eh?
Ya,dalamnya ada plastik bubble.
saya dari langkawi hantar rokok sekarton n satu coklat…kenapa xsampai
Semak tracking tentang status barang. Tentang rokok, rasanya ia barang larangan. Mungkin, pihak kastam dah ambik.
assalamualaikum tuan, boleh saya tahu cara terbaik untuk pos laptop??
Klau..nk pos udang hidup boleh ke pakai pos laju??
Kena tanya pos laju. Diorang tak galakkan benda cecair ni.
KaTanya sampai 24 jam.. Brg saya dr 18hb smpi skg tk smpai2 lagi..
Saya nak tanya mngenai barang yang saya order start with code EP.. Tapi bila saya track,no track found. sedgkn barangnya dh sbulan
Penjual tak hantar barang la tu.