Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Ulasan The Apprentice Asia Minggu Kedua
Berita

Ulasan The Apprentice Asia Minggu Kedua

sham 1 Comment

Apa yang boleh dipelajari dalam The Apprentice Asia Minggu Kedua

Ini sambungan ulasan saya berkenaan rancangan The Apprentice Asia. Dalam episod kedua minggu kedua The Apprentice Asia, kedua dua kumpulan ditugaskan untuk membuat video popular bagi Expedia iaitu agen pelancongan online terbesar di dunia. Ia adalah video popular, bukan iklan.

Biasanya video popular berbentuk lawak jenaka dan sesuatu yang unik dan menarik. Jadi mereka perlu mengelak daripada membuat seperti iklan. Video popular akan dikongsi dan akan menjadi viral. Ia adalah satu pemasaran percuma yang mudah!

Seperti yang saya jangka, Hanzo akan buat hal lagi sebagaimana dalam episod pertama. Bagi kumpulan lelaki iaitu Mavericks, mereka melantik Samuel daripada India sebagai Project Manager. Insiden yang paling teruk berlaku apabila Hanzo menyuruh Samuel atau sam diam apabila beliau meminta membuat keputusan segera.

Bagi saya ia adalah wajar untuk Sam meminta keputusan segera kerana mereka hanya bertanya harga lolipop. Namun Hanzo meninggikan suara menyuruh beliau diam dan nak menelefon kembali dalam masa 5 minit. Ini menyebabkan kesemua ahli kumpulan Mavericks terdiam termasuklah Sam. Ia sesuatu yang tidak profesional. Bayangkan kita suruh bos kita diam apabila meminta membuat keputusan segera. Ia sesuatu perkara yang tidak patut.

Kemudian Sam cuba menampilkan idea melakonkan kembali Richard Branson menjadi pramugari AirAsia baru baru ini. Ia satu idea yang bijak. Namun tidak dipersetujui oleh Hanzo. Video parody adalah satu perkara yang paling mudah untuk menjadi video popular.

Ketika pengambaran pula, Sam menguasai sepenuhnya. Beliau langsung tidak mendengar pandangan ahli lain dan membuat ikut apa yang dia suka.  Itulah yang perlu dibuat oleh mereka. Sebaliknya mereka menghasilkan video seolah olah iklan.. kaku dan ikut skrip.

Bagi pasukan wanita iaitu Apex, mereka melantik Drusadee daripada Thailand sebagai Project Manager. Dalam perbincangan awal, terlalu banyak idea. Pasukan wanita saya lihat terlalu agresif. Semua orang ingin nampak menonjol dan menang. Drusadee dilihat tenggelam kerana ketiadaan idea. Akhirnya beliau menyerahkannya tugasan Pengarah kepada Andrea daripada Singapore. Pada hari pengambaran, secara tiba tiba Drusadee mengambil alih tugas mengarah.

Hasil daripada idea Andrea ini, mereka buat tarian goyang. Ia ada sedikit unsur video popular. Akhirnya mereka menang dalam cabaran kedua ini. Kemenangan kedua mereka dalam The Apprentice Asia. Hadiahnya minum-minum di pub di KLCC..Agak kekok buat peserta Islam mereka iaitu NIK yang bertudung masuk ke pub walaupun dia hanya minum jus.

Daripada episod ini, apa yang boleh kita pelajari:

1. Kenalpastikan keperluan client. Dalam kes ini, klient mahukan video popular bukan iklan. Video popular yang akan jadi viral di internet. Ia satu kaedah pemasaran percuma.

2. Hormati Ketua selagi apa yang diarahkan adalah betul.

3. Sebagai Ketua, kita juga perlu menerima pandangan orang lain.

4. Kejayaan adalah hasil kerja berkumpulan, bukan individu. Jadi buat kerja berkumpulan dengan pengagihan kerja.

Peserta The Apprentice Asia Minggu Kedua Yang Dipecat

Dalam episod The Apprentice Asia Minggu Kedua ini, Hanzo telah dipecat. Ia berikutan kekurangan sumbangan dalam penghasilan video. Beliau tak bersetuju dengan idea orang, tapi tidak pula memberikan idea beliau. Beliau merupakan satu satunya peserta tanpa degree,iaitu hanya dengan SPM. Nama sebenar Hanzo adalah NG KIAN TAT.

Hanzo

Dalam episod akan datang, nampaknya Team Mavericks akan menerima seorang ahli daripada Apex iaitu Andrea. Beliau seorang wanita yang agresif. Jangan sampai tenggelam dengan kemahuan beliau untuk berjaya. Nantikan pada Rabu nanti.

Artikel Berkaitan
  • The Apprentice Asia Minggu 1: Apa Yang Boleh Kita Belajar
    The Apprentice Asia Bermula Episod pertama The Apprientice Asia telah ditayangkan di AXN. Ia adalah...
  • Ulasan Episod Ketiga The Apprentice Asia
    Saya telah di"sound" kerana tidak menulis review episod ketiga..Maafkan saya, bukan terlupa. Cuma ag...
  • Jemputan ke ThinkExport With Google
    Saya baru menerima email jemputan ke program ThinkExport with Google sekejap tadi. Ia adalah ...
  • OnlineBoss Program Realiti TV Pemasaran Internet Pertama Malaysia
  • Google Membuka Cawangan Asia Pasifik Di Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 12
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:expedia hanzo NG KIAN TAT the apprentice asia the apprentice asia episod 2 The Apprentice Asia Minggu Kedua the apprentice asia week 2

Related Articles

Saya kini menetap di kawasan paling lembab di Malaysia iaitu …

Tempat Paling Lembab di Malaysia, Ujan je

petai menangis
Sejak 2,3 hari ini dalam akhbar agak kecoh tentang pokok …

Petai Menangis Rupanya Kencing Reriang

One Response

  1. haru

    tak sabar untuk menunggu!

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ulasan Episod Ketiga The Apprentice Asia

Saya telah di”sound” kerana tidak menulis review episod ketiga..Maaf…