Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
Berita

Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books

sham No Comments

Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books

Bagi mereka yang ingin menerbitkan sendiri ebook mereka, ada beberapa pilihan yang boleh digunakan antaranya ialah dengan menerbitkan sendiri di laman web sendiri dan keduanya mengunakan platform seperti Amazon Kindle Books. Bagi penulis di Malaysia, peluang terbuka luas. Jika inginkan karya anda dibaca di luar negara, ada boleh menerbitkannya sendiri.

Ya. Terbitkan sendiri menerusi Kindle Direct Publishing atau KDP. Amazon membenarkan penulis-penulis daripada seluruh dunia menerbitkan ebook mereka dan dijual di laman web e-dagang terbesar di dunia iaitu Amazon.com. Royalti yang ditawarkan juga agak baik sebab harga ditetapkan dalam USD atau matawang negara yang mempunyai Amazon.

Royalti

Terdapat 2 pilihan royalti iaitu 35% dan juga 70% royalti daripada harga jualan ebook. Ada syarat tertentu bagi pilihan royalti ini.

35% Royalti – harga ebook mestilah berharga $0-$0.99 dan $10.00 ke atas. Contohnya anda meletakkan harga buku anda $12.99. Jadi royalti yang akan diterima adalah 35% daripada harga berkenaan.

70% Royalti– harga ebook mestilah berharga $1.00- $9.99 sahaja. Jika anda meletakkan harga $5.99, jadi anda akan menerima 70% royalti daripada harga berkenaan.

Ini adalah asas. Terdapat beberapa cara lagi yang boleh digunakan untuk mendapatkan duit daripada amazon kindle ebook ini seperti Kindle Select Program dan juga affiliate marketing. Dalam artikel ini, saya hanya menerangkan tentang penerbitan ebook terlebih dahulu. Anda boleh rujuk

https://kdp.amazon.com/self-publishing/help?topicId=A29FL26OKE7R7B

Ini adalah jualan ebook saya bulan ini. Hanya 3 sales. Saya tak buat sebarang promosi, hanya publish di Amazon Kindle sahaja.

kindle

 

Ebook yang diterbitkan ini juga akan dijual di semua negara yang ada Amazon seperti UK, Italy, Spain, China,Jepun dan terbaru India. Harganya akan diselaraskan mengikut harga yang anda tetapkan di Amazon US. Anda hanya perlu tetapkan harga USD, manakala harga di negara lain akan diselaraskan secara automatik berdasarkan matawang negara berkenaan. Jadi ia sama harga walaupun matawang berbeza.

Bagaimana nak menerbitkan Ebook Di Amazon Kindle?

Pertama sekali anda perlu mendaftar di

http://kdp.amazon.com

Kemudian anda boleh uploadkan ebook anda ke dalam sistem Amazon berkenaan. Seeloknya format adalah dalam bentuk format .mobi . Boleh juga nak upload dalam format html, .doc atau pdf. Cuma settingnya dalam ebook akan berterabur. Pembaca di Kindle sangat menekankan layout dan susunan dalam ebook. Jika berterabur, mereka akan menulis review yang teruk. Ini akan merosakkan reputasi anda sebagai penulis.

Bagaimana kita akan dibayar?

Amazon akan hantar cek bila dah cukup kuantiti tertentu.  Jangan risau sebab Amazon pasti akan membayar royalti anda tidak kira anda berada di mana. Cek ini dalam USD. Saya tidak pernah menerima bayaran lagi daripada KDP ini. Masih bertatih dalam pemasaran dan penerbitan ebook kindle.

Cek ini anda boleh clearkan di mana-mana bank komersil di Malaysia seperti RHB,Maybank, Cimb, Public Bank dan sebagainya.

Anda boleh dapatkan Panduan Kindle di www.terbitebook.my/kindle

Artikel Berkaitan
  • Buat dan Jual Ebook – Bagaimana Mengesan Permintaan
    Pada hari ini industri penerbitan buku semakin mencabar berikutan penurunan permintaan terhadap buku...
  • Cara Mudah Terbit dan Jual Ebook Di Peringkat Antarabangsa
    Ketika saya menulis post ini, kadar tukaran wang asing diantara MYR dan USD adalah bersama 1USD bers...
  • Anda Wajib Tahu Sebelum Membangunkan Kedai Online Amazon
    Amazon.com dan Amazon.co.uk merupakan antara tempat permainan eksperimen saya dalam dunia internet M...
  • Buat Duit Dengan Amazon: Aku Dapat Sales Dari Amazon
  • Buat Duit Amazon: Keputusan Eksperiman Bulan Ogos
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 3,564
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:cara terbitkan ebook kindle ebook kindle penerbitan ebook di amazon royalti ebook kindle terbit ebook kindle

Related Articles

Hukum Forex Berdasarkan Muzakarah Jakim
Ramai yang masih tertanya tanya apakah hukum sebenar forex secara …

Hukum Forex Berdasarkan Muzakarah Jakim

harga minyak masak
Mencabar betul pada bulan November ini, 2 jenis minyak yang …

Harga Terkini Minyak Masak dan Bahan Api

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Cara Mudah Terbit dan Jual Ebook Di Peringkat Antarabangsa

Ketika saya menulis post ini, kadar tukaran wang asing diantara MYR dan USD adal…