Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Tips
Buat dan Jual Ebook – Bagaimana Mengesan Permintaan
Tips

Buat dan Jual Ebook – Bagaimana Mengesan Permintaan

sham No Comments

Pada hari ini industri penerbitan buku semakin mencabar berikutan penurunan permintaan terhadap buku. Malah penerbit kini sangat berhati-hati dalam menerbitkan buku bagi memastikan buku mereka terbitkan laku dan memberikan pulangan kepada mereka. Jadi sekarang agak susah untuk menerbitkan buku melainkan anda mempunyai follower atau pengikut yang ramai di dunia maya.

Buat dan Jual Ebook Bagaimana?

Bisnes buat dan jual ebook masih relevan kerana kos penerbitan ebook yang masih rendah. Anda boleh mulakan bisnes ebook ini secara percuma dengan apa yang anda ada. Dengan kemahiran dan pengetahuan anda, anda boleh menghasilkan  dan menerbitkan ebook anda sendiri.

Dengan perkembangan teknologi mobile hari ini, internet kini di hujung jari. Kebanyakan daripada kita kini mempunyai telefon pintar dengan akses internet yang pantas. Malah telco kini berebut menawarkan pakej internet yang semakin mampu milik dengan data yang tinggi.

Ia satu perkembangan yang cukup baik untuk perniagaan di internet dan juga penerbitan ebook anda sendiri.

Disitu Ada Masalah.. Tawarkan Penyelesaian

Perkara paling mudah dalam mengenalpasti pasaran yang “masyuk” dalam penerbitan ebook ialah mengenalpasti masalah yang boleh memberikan anda pulangan yang hebat. Daripada masalah, anda boleh tawarkan penyelesaiannya. Mereka yang mempunyai maklumat boleh menguasai dunia. Betul. Ini dunia hari ini.

Dengan maklumat, anda boleh buat duit dengan mudah. Tapi pastikan maklumat itu unik dan tidak ada dipasaran atau kurang. Contohnya peperiksaan online kerja kerajaan, tiada rujukan yang ada dipasaran berikutkan perubahan maklumat dan isu semasa. Pihak penerbit tidak sanggup menerbitkan buku yang cepat outdated. Ia a kan merugikan mereka jika ia tidak lagi laku.

Jadi anda boleh buat rujukan mengenainya. Itu jika anda tahu tentang format dan bentuk soalan yang akan ditanya.

Contoh lain,bagaimana untuk membeli rumah pertama. Ia satu topik yang cukup menarik. Ramai orang yang ingin membeli rumah pertama tetapi tidak tahu prosedur yang boleh membantu mereka membeli rumah pertama mereka. Apa dokumen yang perlu disediakan, bagaimana untuk memudahkan proses kelulusan pinjaman, memilih developer yang baik dan terbaik, yuran guaman serta fees berkaitan dan banyak lagi berkenaan isu membeli rumah pertama. Ini maklumat yang boleh ditukar menjadi duit jika anda mempunyai maklumat mengenainya.

Anda juga boleh mengunakan tools seperti Google Keyword Planner untuk mengenalpasti carian yang seringkali dilakukan oleh penguna enjin carian itu.

Maklumat ini boleh jadi dalam bentuk konsultasi mahupun dalam bentuk pengalaman anda sendiri. Jadi buat dan jual ebook sebenarnya tidak lah sesukar mana. Kini ada platform yang boleh membantu anda memasarkan ebook yang anda hasilkan seperti media sosial,blog dan sebagainya.

google-play-books

Malah Google sendiri mempunyai satu ruangan Google Books pada aplikasi Google Plus untuk kita memasukkan ebook yang kita hasilkan dan dijual oleh google kepada semua penguna telefon android di pasaran.

Platform Amazon Kindle

Selain itu, bagi ebook dalam bahasa inggeris. Anda boleh masukkan ke dalam platform Amazon Kindle Publishing. Ia menawarkan royalti setinggi 70% daripada harga ebook. Saya ada ceritakan teknik penerbitkan ebook di KDP ini dalam ebook Panduan Kindle saya.

Malah royalti yang tawarkan sebanyak 50% daripada harga ebook yang anda jual dan akan dikreditkan kedalam akaun anda setiap bulan. Selain itu anda boleh menjual ebook anda sendiri menerusi platform sendiri seperti laman web dan juga media sosial anda sendiri.

Dunia kini tanpa sempadan. Pelanggan anda mungkin serata dunia.

Artikel Berkaitan
  • Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook
    Bagi mereka yang tahu akan potensi jual ebook di internet. Ramai yang akan berusaha menerbitkannya. ...
  • Buat Duit Paling Cepat Di Internet
    Bagaimana nak buat duit paling cepat di internet? Cuba teka jawapannya. Affiliate? Adsense? Jual ...
  • Ebook Percuma – Panduan Buat Duit Dengan GDI
    Dah lama saya tak menulis ebook percuma. Semalam tergerak hati untuk menulis satu ebook percuma yang...
  • Bagaimana Membeli Hosting Hostgator Pada Harga 1 Sen
  • Review Pakej Pakar Ebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 52
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:buat duit dengan ebook buat ebook ebook ebook amazon ebook google play jual ebook membuat ebook menjual ebook terbit ebook

Related Articles

Sebelum anda menghasilkan sebarang ebook, anda digalakkan untuk membuat kajian …

Tips Buat Ebook: Nilai Komersil Produk

Security Setting FB
Sekarang ini isu pengodaman dan hacking semakin hebat diperkatakan. Bermula …

Tingkatkan Keselamatan Semasa Mengunakan Facebook

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Betul ke Jual Ebook Tu Tipu?

Topik hangat skit.Saya tergerak hati melihat beberapa kes penipuan melibatkan be…

Cara Mudah Terbit dan Jual Ebook Di Peringkat Antarabangsa

Ketika saya menulis post ini, kadar tukaran wang asing diantara MYR dan USD adal…

Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook

Bagi mereka yang tahu akan potensi jual ebook di internet. Ramai yang akan berus…