Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
Cari Duit dan Buat Duit Online
Perniagaan

Cari Duit dan Buat Duit Online

sham 5 Comments

Cari duit online atau buat duit online adakah ia satu mitos atau hanya angan angan kosong? Bagi saya tidak. Tetapi anda perlu tahu apa yang anda buat. Jangan hanya mengikut kata orang bak kata pepatah “ukur baju badan sendiri”. Ada sesetengah orang tak berkemampuan untuk buat duit di internet. Kalo nak promote skim cepat kaya,pelaburan yang jenis duduk diam dapat duit tu boleh la.

Tetapi halal kah cara begitu? Langkah pertama untuk anda memulakan perniagaan internet ialah membeli di internet. Jika anda sendiri tak pernah membeli sesuatu di internet. Jangan mimpi la jika anda ingin buat duit di internet. Ini adalah kerana perniagaan internet adalah berkenaan dengan kredibiliti dan kepercayaan. Ini adalah kerana anda perlu memberikan duit anda tanpa melihat sendiri produk berkenaan.

Jika ada orang bertanya kepada saya, bagaimana untuk berniaga kat internet? Saya akan tanya balik… Pernah tak beli pape kat internet? Kalo tak pernah, saya akan suruh dia beli dulu. Sebabnya? Anda belajar untuk percaya kepada usahawan tersebut. Jika anda percaya, orang pun boleh percayakan anda!

Sebab lain ialah untuk membiasakan diri anda tentang perjalanan transaksi online. Ia berlainan dengan jual beli biasa. Jika di kedai,kita akan terus mendapat produk yang kita hendak. Namun, pembelian online…anda perlu tunggu samada produk tersebut dihantar menerusi email atau pos kepada anda. Ada orang beranggapan penantian itu satu penyeksaan. Terima lah hakikat. Itulah sebenarnya perniagaan internet. Anda tidak akan mendapat produk anda segera. Ia memerlukan masa untuk mendapatnya.

Jangan terlalu teruja dengan janji manis yang kononnya anda boleh mendapat sekian duit setelah menjual sekian banyak produk. Secara teori, ia boleh dilakukan. Dunia sebenar jauh berbeza. Saya bermula dalam perniagaan internet sejak tahun 2004. Sumber rujukan sangat terhad. Apa yang perlu dilakukan ialah belajar sendiri. Kini dah banyak sumber dah.

Untuk menjual 2000 unit ebook pun saya mengambil masa hampir 2 tahun. Dengan pelbagai karenah pelanggan yang dihadapi. Inikan pula produk berbentuk iklan. Usahawan hari ini sendiri masih belum sedar akan potensi iklan. Inikan pula anda disuruh jual iklan. Saya menulis ebook siri Pengiklanan adalah semata mata untuk memberi pendedahan. Namun, ia masih sukar untuk menembusi minda para usahawan. Itu adalah matlamat jangka masa panjang saya. Ada perancangan lain untuk ebook siri pengiklanan.

Perniagaan internet secara teori adalah mudah. Ala apa yang nak susah kan…Jual je.. Tetapi bila anda mula menjual, ada tak orang beli? Itulah yang banyak terjadi kepada usahawan internet baru. Nasihat saya, mulakan dengan branding atau penjenamaan. Jenamakan nama anda. Tempatkan nama anda dikalangan senarai usahawan internet yang disegani. Biar orang respek anda dan menganggap anda seorang pakar dalam bidang tertentu.

Anda perlu jadi “champion” dalam bidang perniagaan yang anda buat. Jika anda jual ebook…jadi juara dalam penjualan ebook. Jangan orang memandang anda sebagai orang yang tidak berkelayakan. Saya mempunyai ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat. Mungkin ia satu tambah nilai yang baik untuk saya. Anda bagaimana? Apakah kelayakan yang anda ada? Kelayakan tidak penting dalam perniagaan internet sebenarnya. Jika anda seorang pelajar pun masih boleh memulakan dan berjaya dalam perniagaan internet. Contoh terbaik ialah Adik Labanon yang baru sahaja abis SPM telah mempunyai pendapatan 5 angka sebulan. Tak rasa tercabar ke? 🙂

Apa yang perlu anda buat ialah belajar dari mereka yang berjaya. Ikut cara mereka. Disamping itu bina kenyakinan orang terhadap anda. Inilah bahagian yang paling sukar. Jangan ingat ia senang. Saya bukan lah pakar dalam bidang perniagaan internet. Tetapi ramai orang yang beranggapan saya adalah pakar walaupun saya merasakan saya belum layak. Apabila orang percayakan kita, apa sahaja title akan kita perolehi.

Perkara lain ialah kejujuran. Anda perlu jujur. Jika ada pelanggan anda terbayar lebih, pulangkan kembali. Ia secara tidak langsung, anda akan mendapat seorang pelanggan tetap buat selama lamanya. Kebanyakan pembeli ebook Rahsia Penulis Ebook saya adalah dari pelanggan Ebook Panduan Raja Adsense. Kenapa? Sebab mereka berpuas hati dengan apa yang mereka dapat. Mereka tidak teragak agak untuk menjadi pembeli tetap produk anda tidak kiralah apa sahaja yang anda jual.

Diharap post saya yang tak seberapa panjang ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda. 🙂

Artikel Berkaitan
  • Program JutawanKlik dan RezekiKlik Sudah Terkubur
    Jutawanklik terkubur Suatu masa dahulu saya ada menulis berkenaan JutawanKlik.com . Ia satu nasihat...
  • 10 Cara Cari Duit Raya
    Sedar atau tidak, sudah seminggu kita berpuasa.Pasti ramai yang berkira kira bagaimana untuk menamba...
  • Ebook Percuma – Panduan Buat Duit Dengan GDI
    Dah lama saya tak menulis ebook percuma. Semalam tergerak hati untuk menulis satu ebook percuma yang...
  • Iklan H12 – Buat Duit Atau Buat Dosa?
  • Lain Benor WordPress 2.7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 1,527
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:buat duit online cari duit duit online ebook iklan penulis ebook Perniagaan perniagaan internet

Related Articles

Bisnes SMS tak semuanya Indah…
Bagi yang mereka yang berminat dengan perniagaan SMS, perlu saya …

Bisnes SMS tak semuanya Indah…

Gelombang GDI sedang melanda Malaysia. Itulah yang saya nak katakan. …

GDI – Global Domain International Scam Ke?

5 Comments

  1. titan

    betul. Benda yg sama jugak aku suruh diorang. Beli sesuatu even harganya cumalah 1 dollar sahaja.

  2. kasimo

    aku setuju dengan artikel ni…. bukan mudah nak jual ebook ni….

  3. Kerja Kosong Kat Google

    Yup! nak menjual kita kena membeli sama. baru ada win win

  4. jawatan kosong

    Tul tu, cari duit bukan perkara mudah, mesti kerja keras.

  5. Soleh

    Assamualaikum, ada kedai beli online, kita beli dari kedai tersebut.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pilihan Raya dan Perniagaan

Bahang pilihanraya masih belum hilang. Banyak isu yang timbul selepas pilihan ra…

Keperluan Menguasai Ekonomi

Semalam saya baru sahaja selesai menjalani kursus Perundingan Perniagaan anjuran…

Perkhidmatan 24 Jam dari VirtualNiaga

Perkhidmatan rekabentuk laman web dalam masa 24 jam!. Itulah pengalaman saya apa…