RM2.65 juta untuk blog bahasa malaysia. Semalam ada berita dimana 3 blog berbahasa melayu diambil alih oleh syarikat RevAsia dengan harga RM2.65 juta. Blog berkenaan ialah SirapLimau.com, Myresepi.com dan Kongsiresepi.com yang dimiliki oleh Dua Marhalah Sdn Bhd. Ramai la yang nak jadi blogger lepas ni. Boleh jadi jutawan. 😛
Ketiga tiga blog ini mempunyai lebih daripada 1.5 juta unique visitor setiap bulan dan akan kemuncak apabila bulan ramadhan. RevAsia Sdn Bhd merupakan syarikat yang menawarkan peluang pengiklanan di internet. Mereka kini mensasarkan niche keluarga dan masakan.
Ia pengambilalihan 70% pemilikan blog berkenaan. Saya jangkakan Dua Marhalah masih lagi akan mengetuai proses kemaskini blog berkenaan. Myresepi dan Kongsiresepi adalah user content generated. Jadi mereka tak perlu risau untuk kemaskini. Ahli secara sukarela akan kemaskini dan masukkan resepi di dalam laman web berkenaan.
Pengambilalihan akan selesai hujung bulan disember 2016.
Pembangunan blog mengambilmasa yang lama. Malah setiap content perlu dirancang sebaik mungkin agar terus “melekat” pada enjin carian. Ia bukan sesuatu perkara yang mudah. Kebanyakan blogger yang menulis di SirapLimau bekerja secara remote dari rumah.
Siapa kata blogger kerja tak lumayan?
Mungkin suatu hari nanti, blogger akan diiktiraf sebagai salah satu pekerjaan yang diiktiraf dan diberi ruang sebaiknya termasuk akses kepada event. Kita kini sedang menuju kearah zaman dihujung jari. Semua benda kini dicari di internet.
Dan inilah yang dilakukan oleh blogger, berikan maklumat kepada orang ramai. Sebagai timbal balas, mereka memperoleh pendapatan daripada jualan dan juga pengiklanan yang terdapat di blog mereka.
Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging, teruskan dengan konsisten. Menulis dengan minat dan bukan kerana duit semata mata. Apabila ramai pelawat ke blog anda, maka duit akan datang dengan sendiri.
Ia juga perlukan perancangan. Bagaimanakan content atau kandungan yang akan disampaikan di blog anda. Ia bukan main hentam sahaja. Mereka berjaya merancang content blog mereka sehinggakan mempunyai traffik yang begitu tinggi kerana ia dishare di media sosial dan mempunyai ranking yang baik di enjin carian.
RM2.65 Juta Untuk Blog Bahasa Malaysia
Siapa sangka bukan. Dengar cerita blog siakapkeli pun hendak dijual pada harga juta-juta. Sebelum ini, ia diambil alih dengan harga RM75,000. Dan pemiliknya sekarang nak menjual pada harga jutaan ringgit.
mama
Wow, satu inspirasi untuk untuk para blogger
sabree hussin
Ada-ada kejutan dalam bidang penulisan blog ni 😀