Panduan Raja Adsense merupakan ebook saya yang pertama dan menjadi panduan Google Adsense pertama di Malaysia dalam bahasa Melayu. Kini ia sudah tahun dipasaran dan kini sudah ada versi baru yang lebih power untuk memaksimakan pendapatan mereka menerusi blog dan juga v-blog.
Alamak, Sudah Kena Ban Sebelum ini. Boleh lagi ke?
Boleh. Tiada masalah. Cuma jangan ulangi kesilapan yang lama. Fokus untuk buat dengan cara yang betul yang menyebabkan kehilangan akaun lagi. Akaun Adsense untuk publisher di Malaysia sangat terhad dan susah untuk diperolehi. Ada yang 4-5 kali mohon baru dapat akaun penuh.
Panduan Google Adsense Pertama Malaysia
Panduan Raja Adsense mula ditulis pada akhir 2005 selepas graduasi daripada UUM dan mula dijual pada tahun 2016. Semasa itu ebook “tsunami wang” sedang hangat dipasaran. Dah saya terbitkan ebook ini dan bersama arus yang dicetuskan oleh ebook berkenaan. Sasaran saya bukan untuk jangka masa pendek atau hit & run. Hasilnya ia sudah 11 tahun berada di pasaran.
Panduan google adsense ini menfokuskan blogging sebagai cara untuk mendapatkan wang dalam matawang USD ini. Ada cara yang lebih mudah seperti video Youtube dengan akaun Hosted. Namun, apa yang saya nampak ialah peluang monetize lebih banyak dengan cara blogging berbanding video yang terhad.
Jadi kenapa perlu hadkan peluang pendapatan menghasilkan duit USD lain? Ada banyak cara untuk buat duit dengan blogging. Tapi perlu belajar bagaimana untuk menghasilkan content yang baik agar terus mendapat tempat di enjin carian dan mungkin menjadi viral di media sosial.
Media sosial telah mengubah lanskap budaya masyarakat kita pada hari ini. Enjin carian pula menjadi punca masyarakat kita menjadi maklumat dan penyelesaian masalah mereka. Mereka sakit tidak berjumpa dan bertanya kepada doktor sebaliknya mencarinya di Google terlebih dahulu. Malah media sosial menjadi sumber berita terkini berbanding media lain yang boleh dimanipulasi atas kepentingan politik. Tetapi tak semuanya betul, kita perlu tahu dan pandai menapis berita yang diperolehi samada benar atau fitnah semata mata.
Disebabkan kecenderungan masyarakat kita yang gemar untuk mengunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat, kita sebagai blogger boleh menawarkan perkhidmatan dengan menghasilkan artikel yang mampu mereka menyelesaikan masalah mereka. Berita baiknya, kita boleh mendapat duit daripada kerja ini.
Ramai yang masih tak faham bagaimana blogger buat duit dengan blog mereka itu. Tak ada kerja lain kah? Tak nak mencari kerja kah? Inilah yang menjadi persoalan yang menjadi pertanyaan.
Terlalu banyak cara untuk buat duit dengan blog mereka. Sebab itulah beberapa minggu lepas ada blog yang dibeli pada harga RM2.65 juta. Nilai sangat besar!
Bagi mereka yang belum mempunyai kerja, boleh jadikan penulisan ini sebagai satu kerjaya. Ia boleh dilakukan dimana mana asalkan mempunyai talian internet. Graduan yang menganggur boleh mencari duit mereka dengan cara ini. Untung-untung pendapatan lebih daripada gaji seorang eksekutif yang bekerja 8-5 setiap hari. Semuanya hanya dirumah.
Ini zaman IT. Segalanya dihujung jari sahaja. Inilah salah satu daripada digital economy yang boleh memacu ekonomi baru negara. Alibaba menjadi gergasi internet dengan menjadi orang tengah untuk perniagaan. Dan penulis dan blogger, ia boleh menyumbang dengan cara yang tersendiri dengan menghasilkan maklumat yang membantu menyelesaikan masalah orang ramai.
Mulakan menulis. Duit USD sedang menanti buat mereka yang bersungguh-sungguh. Anda boleh dapatkan rujukan untuk Google Adsense ini di www.rajaadsense.com

Incoming search terms:
- apps yg menghasil kan wang di dalam google adsens