Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Blogging
RM2.65 Juta Pengambilalihan 3 Blog Bahasa Malaysia Popular
Blogging

RM2.65 Juta Pengambilalihan 3 Blog Bahasa Malaysia Popular

sham 2 Comments

RM2.65 juta untuk blog bahasa malaysia. Semalam ada berita dimana 3 blog berbahasa melayu diambil alih oleh syarikat RevAsia dengan harga RM2.65 juta. Blog berkenaan ialah SirapLimau.com, Myresepi.com dan Kongsiresepi.com yang dimiliki oleh Dua Marhalah Sdn Bhd.  Ramai la yang nak jadi blogger lepas ni. Boleh jadi jutawan. 😛

Ketiga tiga blog ini mempunyai lebih daripada 1.5 juta unique visitor setiap bulan dan akan kemuncak apabila bulan ramadhan. RevAsia Sdn Bhd merupakan syarikat yang menawarkan peluang pengiklanan di internet. Mereka kini mensasarkan niche keluarga dan masakan.

RM2.65-Juta-Untuk-Blog-Bahasa-Malaysia

Ia pengambilalihan 70% pemilikan blog berkenaan. Saya jangkakan Dua Marhalah masih lagi akan mengetuai proses kemaskini blog berkenaan. Myresepi dan Kongsiresepi adalah user content generated. Jadi mereka tak perlu risau untuk kemaskini. Ahli secara sukarela akan kemaskini dan masukkan resepi di dalam laman web berkenaan.

Pengambilalihan akan selesai hujung bulan disember 2016.

Pembangunan blog mengambilmasa yang lama. Malah setiap content perlu dirancang sebaik mungkin agar terus “melekat” pada enjin carian. Ia bukan sesuatu perkara yang mudah. Kebanyakan blogger yang menulis di SirapLimau bekerja secara remote dari rumah.

Siapa kata blogger kerja tak lumayan?

Mungkin suatu hari nanti, blogger akan diiktiraf sebagai salah satu pekerjaan yang diiktiraf dan diberi ruang sebaiknya termasuk akses kepada event. Kita kini sedang menuju kearah zaman dihujung jari. Semua benda kini dicari di internet.

Dan inilah yang dilakukan oleh blogger, berikan maklumat kepada orang ramai. Sebagai timbal balas, mereka memperoleh pendapatan daripada jualan dan juga pengiklanan yang terdapat di blog mereka.

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging, teruskan dengan konsisten. Menulis dengan minat dan bukan kerana duit semata mata. Apabila ramai pelawat ke blog anda, maka duit akan datang dengan sendiri.

Ia juga perlukan perancangan. Bagaimanakan content atau kandungan yang akan disampaikan di blog anda. Ia bukan main hentam sahaja. Mereka berjaya merancang content blog mereka sehinggakan mempunyai traffik yang begitu tinggi kerana ia dishare di media sosial dan mempunyai ranking yang baik di enjin carian.

RM2.65 Juta Untuk Blog Bahasa Malaysia

Siapa sangka bukan. Dengar cerita blog siakapkeli pun hendak dijual pada harga juta-juta. Sebelum ini, ia diambil alih dengan harga RM75,000. Dan pemiliknya sekarang nak menjual pada harga jutaan ringgit.

Artikel Berkaitan
  • Panduan Google Adsense Untuk Mereka Nak Cari Duit USD
    Panduan Raja Adsense merupakan ebook saya yang pertama dan menjadi panduan Google Adsense pertama di...
  • Tip Adsense: Kenapa Akaun Anda Tidak Diluluskan
    Google Adsense.... Cara paling mudah untuk anda buat USD1 pertama di internet. Serius! Namun, sejak ...
  • Blogger Kena GST? Habislah Blogger Mantop Sekalian
    Dalam Sinar Harian hari ini ada menyatakan Blogger akan dikenakan GST bermula April tahun depan. Tap...
  • Google Adsense di Laman Web Bahasa Malaysia? Buktinya Berita Harian
  • Owh…Ranking Alexa ku masih 1 juta lebih lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 865
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:blog blogger jutawan rm2.65juta

Related Articles

Amazon Ogos
Ini adalah sambungan daripada post eksperimen bulan Julai. Pada bulan …

Buat Duit Amazon: Keputusan Eksperiman Bulan Ogos

Teknik Menjana Trafik Percuma Buat Blogger
Salah satu cara untuk menjana trafik percuma oleh blogger ialah …

Teknik Menjana Trafik Percuma Buat Blogger

2 Comments

  1. mama

    Wow, satu inspirasi untuk untuk para blogger

  2. sabree hussin

    Ada-ada kejutan dalam bidang penulisan blog ni 😀

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Owh…Ranking Alexa ku masih 1 juta lebih lagi

Ada apa pada alexa ranking? Banyak jugak la..Ia adalah penunjuk betapa famousnya…

KBS Pulak nak buat blog…

Nampaknya semakin ramai la yang menjadi penulis blog nanti.KBS pulak nak wat blo…

Segmen Blogger di RTM1

RTM nak buat segmen khas untuk blogger kat TV..hmm..memang manarik. Harap ia men…