Saya diminta oleh seorang pelabur di internet membuktikan berkenaan prefered stock adalah haram. Berikut adalah keratan artikel daripada blog Ustaz Dr. Zaharuddin. Ia bukan sebab dengki ke apa. Tetapi sebagai peringatan agar sentiasa berjag-jaga dalam mencari harta.
9) Saham Keutamaan ( Preference Shares)
Antara keterangan bagi saham keutamaan adalah seperti berikut :-
A class of ownership in a corporation that has a higher claim on the assets and earnings than common stock. Preferred stock generally has a dividend that must be paid out before dividends to common stockholders and the shares usually do not have voting rights.
The precise details as to the structure of preferred stock is specific to each corporation. However, the best way to think of preferred stock is as a financial instrument that has characteristics of both debt (fixed dividends) and equity (potential appreciation). Also known as “preferred shares”. (http://www.investopedia.com/terms/p/preferredstock.asp )
Hukum ;
Majlis Fiqh Antarabangsa, Dallah Al-Barakah dan Majlis Fatwa Eropah memfatwakan pembelian saham keutamaan adalah haram. Antara ciri yang menjadikannya haram adalah kerana : –
a- ia mempunyai unsur jaminan modal,
b- pulangan yang terjamin; biasanya jika tiba-tiba satu bulan tiada sebarang keuntungan boleh dibahagikan oleh syarikat, pihak pemegang saham keutamaan tetap akan dibayar juga secara terkumpul (cumulative). Ini bermakna semua pemegang saham jenis ini dijamin keuntungannya. Ini jelas bertentangan dengan hukum Shariah.
c- Mendapat keutamaan untuk diberikan pembayaran di ketika pembahagian keuntungan dan ‘liquidation’. Malah jika syarikat menghadapai masalah dan ditutup sekalipun, pemegang saham ini akan mendapat kembali nilai awal sahamnya tanpa sebarang kerugian. (Al-Muamalat Al-Maliah al-Mu’asiroh, Dr Uthman Syabir, hlm 205 )
Di dalam Islam, di dalam sebuah persyarikatan, tidak sepatutnya terdapat sebarang keutamaan kepada mana-mana rakan kongsi dan mereka patut diberikan hak sama rata. Kecuali nisbah pembahagian keuntungan sahaja yang boleh dipersetujui bersama.
Bagaimanapun, fatwa ini juga menjelaskan bahawa jika keutamaan yang dimaksudkan hanya terhad kepada beberapa hal prosedur dan pengurusan semata-mata. Ia adalah halal.
Jadi adakah prefered stock sama preference shares?
Jawapanya ialah YA. Buktinya – http://en.wikipedia.org/wiki/Preferred_stock
Preferred stock, also called preferred shares, preference shares, or simply preferreds, is a special equity security that has properties of both an equity and a debt instrument and is generally considered a hybrid instrument. Preferreds are senior (i.e. higher ranking) to common stock, but are subordinate to bonds in terms of claim or rights to their share of the assets of the company.[1]
Preferred stock usually carries no voting rights,[2] but may carry a dividend and may have priority over common stock in the payment of dividends and upon liquidation. Terms of the preferred stock are stated in a “Certificate of Designation”.
Similar to bonds, preferred stocks are rated by the major credit rating companies. The rating for preferreds is generally lower since preferred dividends do not carry the same guarantees as interest payments from bonds and they are junior to all creditors.
Adakah pelaburan “itu” prefered stock?
Ya. Boleh rujuk terus pada laman web mereka. Ini adalah salah satu contoh mereka yang menawarkan kaedah prefered stock.
Jadi ia menawarkan prefered stock.
Penentuan Hukum Adalah Mudah
“Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama.” (al-Haj: 78)
Penentuan hukum dalam Islam sebenarnya sangat mudah. Contohnya ada segelas susu, kemudian setitik arak terjatuh kedalam susu tersebut. Susu tersebut adalah haram diminum. Kenapa? Susu kan halal untuk diminum? Sebabnya arak adalah haram untuk diminum. Jika susu dan arak telah bercampur, ia menjadikan susu tersebut adalah haram untuk diminum. Perkara yang halal dan haram tidak boleh bercampur. Walaupun sedikit unsur haram didalamnya. Ia dikategorikan sebagai shubhah.
Perbezaannya boleh dirujuk pada artikel ini Halal, haram dan syubhah .
Kembali kepada isu asal berkenan prefered stock…
Antara syarat yang mengharamkannya ialah
1. Ia mempunyai unsur jaminan modal
Ia bermaksud tiada risiko langsung. Jika anda melabur RM1000, ia langsung tidak terjejas walaupun syarikat rugi. Dividen tetap dapat. Adakah anda terlibat dalam pelaburan sebegini? Jika ya. Elakkanlah.
Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan sekiranya menetapkan kepada pelabur keuntungan yang dijamin tidak bertambah dan berkurangan, walaupun keuntungan mungkin berlipat kali ganda atau kerugian yang merudum maka ia menafikan keadilan yang jelas nyata dan ini adalah roh riba yang keji.
Jaminan untung dalam kontrak pelaburan disepakati ulama sebagai haram kerana ia ialah riba. Hadis Rasulullah SAW menyebut :
Maksudnya:
(Bagi mendapatkan) keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap yang dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli).
2.Pulangan yang terjamin; biasanya jika tiba-tiba satu bulan tiada sebarang keuntungan boleh dibahagikan oleh syarikat, pihak pemegang saham keutamaan tetap akan dibayar juga secara terkumpul (cumulative). Ini bermakna semua pemegang saham jenis ini dijamin keuntungannya. Ini jelas bertentangan dengan hukum Shariah.
Adakah anda terlibat dalam pelaburan sebegini?
3.Mendapat keutamaan untuk diberikan pembayaran di ketika pembahagian keuntungan dan ‘liquidation’. Malah jika syarikat menghadapai masalah dan ditutup sekalipun, pemegang saham ini akan mendapat kembali nilai awal sahamnya tanpa sebarang kerugian. (Al-Muamalat Al-Maliah al-Mu’asiroh, Dr Uthman Syabir, hlm 205
Ini adalah bentuk jaminan modal. Pelabur langsung tidak mempunyai sebarang risiko. Mereka juga tidak perlu risau apa apa sebab boleh mengeluarkan dividen setiap bulan selagi syarikat wujud.
Jika keutamaan yang dimaksudkan hanya terhad kepada beberapa hal prosedur dan pengurusan semata-mata. Ia adalah halal. Ia bermaksud keutamaan hanya berkenaan pengurusan dan prosedur tanpa melibatkan kewangan (untung,dividen), ia dibolehkan.
Tiada halangan buat BUKAN ISLAM
Dalam penentuan hukum ini hanya melibatkan orang Islam. Orang bukan Islam tidak terlibat kecuali dinyatakan oleh agama mereka.
Hati Hati dalam menambah dan mencari harta
Sebagai Orang Islam ada kekangan tertentu dalam mencari harta. Ada sebab dan hikmah diatas larangan-larangan yang terdapat di dalam Al Quran, Hadis dan juga Ijmak Ulama’.
Begitu juga dengan pelaburan di internet,Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengistiharkan pelaburab internet adalah haram. Jadi jauhkan diri daripadanya.
Jabir bin Abdullah ra. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw (mafhumnya): “Rasulullah saw melaknati pengambil riba, pembeli riba, saksi kedua-duanya, semua mereka adalah sama.” (Riwayat Imam Muslim)
Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” (al-Baqarah 278-279)
Incoming search terms:
- rgcx halal ke
- hukum rgcx
- hukum melabur dalam rgcx
- rgcx haram
- rgcx halal atau haram
- rgcx pandangan islam
- hukum pelaburan emas rgcx
cermin hikmah
Secara peribadi pd pendapat saya CPS yg dilanggani pelabur2 adalah merupakan modal pertama yg digunakan oleh VGMC utk meneruskan kegiatan perusahaannya. Modal tersebut digunakan utk mencari premis utk disewa dgn segala peralatan pejabatnya. Membeli peralatan cari gali dll keperluan samada utk memulakan atau meneruskan perusahaan yg sedia ada. Maksudnya segala modal drp pelabur2 dlm bentuk CPS adalah sebagai modal pokok utk memulakan sebuah perusahaan besar seperti membeli berbagai2 jenis aset dlm menguruskan sebuah perusahaan pd peringkat awalnya.
Jadi apa yg dikembalikan kpd pemegang2 CPS jika berlaku risiko bengkrup kpd VGMC ialah aset2 perusahaan yg telah pelabur2 laburkan diperingkat awal perusahaan dimana ianya tidak melibatkan pemegang2 saham biasa yg melanggani saham VGMC selepas ke IPO. Sebagaimana kenyataan VGMC sendiri seperti berikut pd perenggan ke 2 di bwah;
Satu-satunya risiko yang mungkin dihadapi Virgin Gold adalah bangkrut. Namun, perusahaan seukuran Virgin Goldyang bergerak di bidang eksplorasi dan pertambangan emas belum pernah dilikuidasi kecuali ada kesalahan manajemen yang fatal. Nilai korporat kami, kebijakan dan struktur tata laksana memastikan bahwa setiap keputusan dievaluasi dan dipantau di hampir setiap tingkat di korporat ini. Dengan demikian, risiko Virgin Gold menghentikan operasional dapat dieliminasi. Selain itu, Virgin Goldkhususnya belum pernah diketahui mengambil risiko yang tidak penting. Faktanya, kami telah membuktikan bahwa kami adalah korporat yang teliti dan disiplin secara finansial selama dekade lalu. Korporat ini tidak pernah terlalu jauh berkomitmen terhadap proyek yang mungkin tidak menguntungkan atau bergantung pada harga emas yang tinggi.
Dalam skenario terburuk yaitu likuidasi, pemegang saham CPS masih menikmati distribusi prioritas terhadap aset perusahaan dibandingkan pemegang saham biasa. Sehingga risiko investor kehilangan investasinya dapat diabaikan.
maklumat selengkapnya di : http://www.vgmc.com/our_investors_risk_factors.asp?lang=ID
Namun ini hanyalah pendapat saya. Maaf jika tersalah pandangan. Tapi ia masih boleh difikir2kan berdasarkan kpd sebahagia kenyataan fatwa di atas seperti katanya;
“Jika keutamaan yang dimaksudkan hanya terhad kepada beberapa hal prosedur dan pengurusan semata-mata. Ia adalah halal. Ia bermaksud keutamaan hanya berkenaan pengurusan dan prosedur tanpa melibatkan kewangan (untung,dividen), ia dibolehkan.”
selamat
alamakk..!! jaminan modal..? macam mane pulak dgn ASB..? kan ke ASB tu ada jaminan modal jugak..? halal ke haram..? kenapa tak ada persepakatan antara mufti malaysia..?
selangor kata haram…mufti besar perak kata apa..? mufti johor kata ape..? mufti pahang kata apa..?
apa2 pun..kat malaysia ni…kalau sesuatu benda tu..masyuukk duit pada kerejaan dan “para pembesar” harta masing2…semuanya halal..!!
ulama dan mufti..kene ikut kehendak para pembesar tadi…benda halal..tapi para pembesar kata ” kita tak dapat apa2 hasil, jadi..kita suruh para alaaamaakk dan muffatty cari hujjah untuk jadikan ia haram…tapi..kalau ada hasil masyuukk dalam poker masing2..kita suruh para alaamakkk dan mufatty yg bodoh dan terikat dgn pangkat dato’ dan tan sri cari hujjah untuk jadikan ia halal..”..amacam..? bodoh bin bangang nyee kita org melulu ni…huhuhu..sedih2..yang kaya makin kaya…yang miskin lagi bodoh sombong dan bangang…makin merempat dan papa kedana…
Buluh Betong
Sdr. Selamat,
Aduhhhh….!!! Kenapa cakap macam tu sekali. Tak berhemah langsung sementelah pula berisi jauh sekali. Jgn komen dgn tulisan seperti orang tak bersekolah.
buloh betong
huhu aku bukan nak kutuk ko selamat…cakap ko memang tak berhemah macam siot….TAPI AKU PUJI KO…ORANG KITA SEKARANG MEMANG KENA CAKAP MACAM NI..BARU TERSENTOTTTT..CAKAP BAIK BAIK DIA BUAT TAK TAHU JER MACM SIOT. NAH PADAN MUKA