“Kenapa nak dengki dengan kami, kami bukannya tak bayar pun. Jangan tulis pasal bisnes kami lagi. Asyik nak jatuhkan bisnes orang melayu je”
“Woi..sham.. ko memang dengki dengan bisnes orang malayu.Bisnes orang islam….”
“…kita menoleh kembali pada kes pengharaman SAHAM INTERNET.berapa ramai pelabur2 @ peserta yang telah BERSUMPAH LAKHNAT untuk membalas dendam pada kerajaan dengan mengundi pembangkang.maka hasilnya lumayan.5 negeri berjaya ditawan.
harap2 lepas pengharaman skim2 wang pos ni,hanya 5 negeri milik BN.”
Begitu antara ayat ayat ahli skim cepat kaya tegar yang saya terima samada menerusi email atau pun pada blog post. Fikiran mereka hanya fikir “duit…kaya…”. Ada juga yang telefon meminta saya buang post tentang skim cepat kaya mereka join sebab takut takde orang join dah.
Skim cepat kaya memang sangat menarik. Ia seolah olah kita yang sedangkan kebuluran kemudian dihidangkan dengan daging panggang yang cukup enak baunya. Cukup menyelerakan sehingga meleleh air liur. TETAPI daging itu adalah daging babi yang haram dalam ISLAM. Apakah perlu kita buat…Makan atau tinggalkannya?
Pasti ada yang akan makan…Katanya” Ala, Darurat..dah kebulur sangat dah ni…lagipun babi boleh dimakan kalau darurat“. Sedangkan kita boleh berusaha untuk mencari makanan yang halal. Ia adalah sama dengan alasan ” Saya orang miskin, hidup susah,dengan skim tu saya boleh ubah kehidupan keluarga saya”. Matlamat tidak menghalalkan cara!
Ini adalah kerana kita boleh berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan diredhai Allah. Kunci yang paling utama adalah USAHA!
Babi boleh mengenyangkan anda. Begitu juga skim cepat kaya boleh meng-kayakan anda. Tetapi dimanakan keberkatan sebagai orang Islam?
Hukum haram adalah sama tidak kira ianya babi atau skim cepat kaya. Tidak ada haram kecil atau besar. Yang ada hanyalah HARAM.
Ada yang mempertikaikan apabila Ahli Agama dan Ulamak mengatakannya haram. Kata mereka” Hanya Allah sahaja boleh menjatuhkan hukum, ulamak dan ahli agama tak ada hak untuk menjatuhkan hukum“. Tahukah anda ulamak dan ahli agama merujuk Al-Quran dan As-Sunnah dan ianya dari Allah.Jadi Allah dah pun berikan hukum. Ia menerusi ahli agama dan juga ulamak.
Kenapa masih mempertikaikannya? Bertaubatlah wahai sabahat!
Adakah mereka nak percaya hanya bila ada “suara ghaib dari langit berkata skim cepat kaya itu haram” ?. Jika itu berlaku, hari dah kiamat dan sudah terlambat untuk bertaubat.
Kenapa skim cepat kaya diharamkan?
Mudah sahaja. Ia adalah satu penipuan yang tersembunyi.
Skim cepat kaya biasanya mengunakan wang daripada mereka yang baru menyertai untuk membayar mereka yang menyertai lebih awal. Mereka yang terakhir akan rugi.
Ada juga penganjur yang cabut lari setelah mendapat duit daripada peserta. Ini banyak berlaku dalam pelaburan internet dan penternakan sebelum ini.
Ia bukanlah untuk menyusahkan mereka yang miskin. Tetapi ia adalah untuk melindungi anda daripada menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya. Ada skim cepat kaya yang membayar, tetapi mereka yang awal sahaja bagi mendapatkan testimoni bagi memboleh mereka mencari mangsa baru.
Tak kira lah nama apa pelaburan dan skim cepat kaya yang disertai…kutu pintar, e dana dan sebagainya. Ia adalah haram. Elakkan daripadanya. Kami bukan dengki anda dapat duit daripada skim berkenaan tetapi ia untuk melindungi keturunan anda daripada rosak kerana memakan harta yang haram.
p/s: Maafkan saya jika terkasar bahasa dan mengunakan “babi” dalam perumpaan diatas. Saya berpendapat ia lebih mudah untuk difahami jika mengunakan nama haiwan yang diharamkan berkenaan.

KomenEbook
Kadang2 perlu gunakan bahasa kasar agar orang yang terasa/terkena tu teringat. Larang bukan kerana dengki. Larang kerana sayang dan tak mahu terus terjerumus pada jalan perniagaan yang salah. Selagi belum terkena pada diri sendiri, selagi itula orang yang join skim tah pe2 ni akan terus mempertahankannya….
Nur Azlan Zaa
stuju.. terima kasih. 🙂
Md. Fairus
Bagus juga ada orang2 yg perihatin memantau skim-skim yg penipu ni…. Harap2 bertambah lah penghuni syorga.
SS
Semoga Allah swt sntiasa melindungi kita drpd penipuan dunia yg merosakkan..
Kodir
Saya nak tanye syarikat I usahawan global berhad (IUGB) adakah betoi ataupon tidak?, sebab sye bru labur 4k. Hope penjelasan sangat. Thank