Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Review
Membuka Akaun Al Rajhi Bank
Review

Membuka Akaun Al Rajhi Bank

sham 17 Comments

Saya telah ke Al Rajhi Kota Damansara untuk membuka akaun. Ia hanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk settle semua. Apa yang perlu anda buat hanya bawa duit RM20 untuk deposit. Sebab utama saya buka akaun ialah untuk mengeluarkan wang daripada Paypal saya.

Memang servis bank ini sangat bagus dan cepat. Memang bank bertaraf antara bangsa. Apa yang yang perlu anda buat ialah ke kaunter, mereka akan minta Mykad untuk dapatkan nombor giliran. Saya terus dipanggil ke kaunter selepas mendapat nombor giliran. Kemudian saya diberikan 3 borang,satu borang maklumat diri dan 2 borang yang hanya memerlukan saya tandatangan & tulis nombor IC.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan iaitu yang biasa dan murabahah. Yang biasanya anda deposit ialah RM20 dan Murabahah ialah RM100. Yang membezakannya ialah murabahah terdapat keuntungan bulanan yang akan didebitkan ke akaun anda. Anda juga perlu pastikan ada baki sekurang kurang RM200 dalam akaun murabahah tersebut.

Saya hanya membuka akaun biasa dengan deposit RM50. Saya diberikan satu kad debit yang bertindak sebagai kad atm.Anda boleh setkan limit pengeluaran sehinggan RM5000 dan juga limit pembelian menerusi kad debit tersebut. Saya hanya setkan RM3000 sahaja. Jika nak ubah limit, anda perlu ke bank berkenaan.

Al Rajhi Bank telah mengabungkan semua kemudahan yang diperlukan sebagai seorang usahawan internet. Apa susah sikit ialah cawangan Al Rajhi Bank masih kurang di Malaysia. Kita masih belum dapat buat interbank transfer dengan Al Rajhi bank kerana ia masih baru. Jika sesama akaun Al Rajhi, tiada masalah dah.

Nanti saya akan buat post bagaimana untuk mengeluarkan duit dari akaun Paypal ke akaun Al Rajhi Bank.

Artikel Berkaitan
  • Mengeluarkan Duit Dari Paypal
    Ini adalah sambungan kepada post saya yang lepas tentang bagaimana untuk mengeluarkan wang dari Payp...
  • Perkara Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Menyertai Program Francaisor
    Artikel kali ini saya perolehi daripada nota bisnes puan ainon. Ia berkenaan bisnes francaisor. Ini ...
  • Google Membuka Cawangan Asia Pasifik Di Malaysia
    Google akhirnya memilih Malaysia sebagai cawangan kedua Asia Pasifik selepas Singapura. Mungkin dise...
  • Scam Alert: CIMB Phising Email Lagi
  • Email Phising Cimb Bank
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • buka akaun al rajhi
  • buka akaun bank al-rajhi
  • https://www shamsuriyadi com/produk-review/membuka-akaun-al-rajhi-bank/
Post Views: 1,633
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags: al rajhi bank debit card keluar duit paypal paypal withdraw paypal via debit card

Related Articles

Saya telah mendapat review copy pada minggu lepas untuk review …

Review Rahsia PPC Percuma

Perkhidmatan 24 Jam dari VirtualNiaga
Perkhidmatan rekabentuk laman web dalam masa 24 jam!. Itulah pengalaman …

Perkhidmatan 24 Jam dari VirtualNiaga

17 Comments

  1. titan

    kat banting pun takde lagi bank tuh..:(

  2. zGreat

    Sham, bila nak cerita bagaimana untuk mengeluarkan duit dari akaun Paypal ke akaun Al Rajhi Bank.
    tak sabar dah ni…

  3. sham

    Sabar ye.Saya nak kumpul banyak skit dalam tu.baru ada usd200 lebih dalam tu.Tak syok plak skit transfer. 🙂

  4. faizah

    tolong beritahu saya fungsi sebenar paypal. saya budak baru blajar.

  5. sham

    faizah, Paypal gunanya untuk kita terima duit atau bayaran menerusi akaun paypal atau kad kredit. Jika kita ada perniagaan internet,penerimaan menerusi kad kredit adalah satu kemestian..

  6. Pingback: Mengeluarkan Duit Dari Paypal | Shamsuriyadi.com
  7. raimi

    saya baru bljr bank al-rajhi tue kat damansara mana. saya x reti tengok paypal macam mner

  8. samsuri sakariah

    Kenapa pihak paypal mengatakan butir-butir kad debit
    al-rajhi yang saya berikan tidak sah sedangkan segala butir mengenai nama, no.card,expiry date,security code semuanya betul tetapi menyuruh menggunakan kad debit yang lain .Kenapa boleh bantu saya.

  9. noorashikin

    adakah paypal tidak boleh dilihat selagi akaun al-rajhi tidak di buka

  10. sham

    tak semestinya. akaun alrajhi just guna untuk keluarkan wang daripada paypal.

  11. zainol

    Assalamualaikum saudara,
    saya ada beberapa kemuskilanlah ttg Paypal. Saya menggunakan Visa Card Debit Electron Public BAnk utk acc paypal saya, just apply card je tak perlu buka buku bank. blh digunakan dan PAypal, ianya terima. Cuma yg menjadi masalah saya sekarang saya masih belum menerima 4 digit code daripada paypal untuk confirm card tu.

    Blh saudara bantu saya.. kat mane nak dapatkan 4-digit code tu?? dia hantar melalui email ke?? atau cam mane??

  12. sham

    biasanya ada penyata. cek balik penyata public bank tu. kalo takde jugak,request balik dalam akaun paypal tu.

  13. yatie

    akum..nak tanya la kan if saya buat personal loan ngan al-rajhi bank,mcm mana saya nak byar by month sbb dkat terengganu nie xder bank tue?ader sape2 yg leh jawapan

  14. sham

    Orang kat terengganu tak boleh lagi nak wat personal loan dengan al rajhi. kena tinggal berdekatan. bank pun fikir jugak risiko orang tak bayar.

  15. akidah

    Akaun murabahah sudah dimansuhkan. Dan jangan lupa bawak bil air/elektrik yang terkini untuk buka akaun.

  16. sham

    Terima kasih atas makluman.

  17. Shakeelah

    Bolehkah kita transfer dr al rajhi malaysia ke al rajhi saudi.

  18. wanie

    salam…nk tnye sy baru bwt ic baru…kalo sy bwk ic smntara or photostat ic yg lme blh proceed utk pmbukaan akaun ke ?
    timekasih

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Dah Boleh Keluar Duit Ke Akaun Bank Dari Paypal

Semalam Paypal baru sahaja update polisi terbaru mereka tentang Malaysia. Ia ber…

Panduan Paypal: Mengeluarkan Duit Dengan Debit Kad

Dah lama saya tak buat ebook percuma. Tadi saya mengambil masa 1 jam untuk menul…

Mengeluarkan Duit Dari Paypal

Ini adalah sambungan kepada post saya yang lepas tentang bagaimana untuk mengelu…