Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Pengarah Syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd dipenjara dan didenda
Scam Alert

Pengarah Syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd dipenjara dan didenda

sham No Comments

Salah satu lagi syarikat yang ditutup serentak dengan Jazmeen Sdn Bhd ialah Noradz Travel & Services. Skim ini pula memerlukan modal min RM3,300. Kemudian mereka menawarkan pulangan tetap setiap bulan seperti skim cepat kaya. Berikut adalah berita tentang kesalahan mereka ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman (gambar) dan dua anaknya dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara tiga tahun.

Anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.

Seorang lagi anak Adzhar, Noradzrin, 26, yang bergelar penyanyi dan popular dengan lagu Pujaan Malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.

Sumber: Kosmo.com.my

Denda RM1juta ringgit saya kira agak rendah sedangkan mereka memperoleh ratusan juta ringgit. Walaupun ia disenarai hitam oleh BNM, mungkin ada wang yang terlepas ke akaun proxy yang lain. Biasanya begitulah penganjur skim cepat kaya beroperasi.

Sekarang ini, masih ada beberapa syarikat pelaburan sebegini sedang dalam perbicaraan dan ada pengarah syarikat yang masih diburu seperti Jazmeen Sdn Bhd.

Mungkin sebab ini, banyak skim cepat kaya mengunakan pendaftaran di luar negara sekarang ini. Walhal, mereka beroperasi di Malaysia seperti Swisscash dan sebagainya.

Artikel Berkaitan
  • Penipuan Skim Perumahan PRIMA
    Nampaknya pelbagai jenis penipuan telah berlaku. Dalam akhbar hari ini berkenaan dengan penipuan yan...
  • Ulasan Berkenaan Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011
    Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011 Rang undang undang yang ingin dilaksanakan oleh M...
  • Buat Duit Dengan Agoda
    Agoda.com merupakan antara laman web yang menawarkan perkhidmatan tempahan hotel dari seluruh dunia....
  • Koperasi Dinar Dirham Diserbu RM18.2 Juta Disita
  • Pengarah Syarikat Skim Cepat Kaya Jazmeen (M) Sdn Bhd Diburu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • noradz travel & services sdn bhd
  • noradz travel terkini
  • noradz terkini
  • noradz travel terkini 2012
  • kes noradz terkini
Post Views: 59
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:noradz travel Noradz Travel & Services Sdn. Bhd

Related Articles

Mungkin dikalangan anda yang tak tau bagaimana bentuknya email phising …

Maybank2u Phising Email

Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu
Lagi tentang skim cepat kaya. Kali ini dalam bentuk koperasi. …

Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

MIRSB Tak Serik, Kini Maroon Online Pulak

Selepas tutupnya MIRSB dengan sistem SMS  yang tak pernah bayar kat orang. Siste…

Scam Alert: Maybank Next Level Security Features

Nampaknya scammer mengunakan taktik email yang baru. Sebelum dah banyak kaedah y…

Scam Alert: Maybank Phising Email (Critical-Problem)

Hari ini terdapat satu lagi email phising yang kononya daripada Maybank2u. Meman…