Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Perbezaan Kopi Radix Asli dan Radix Tiruan
Scam Alert

Perbezaan Kopi Radix Asli dan Radix Tiruan

sham 4 Comments

Saya pernah tengok kopi radix tiruan ini ketika di Taiping beberapa tahun lepas. Namun, tidak mengemabil kisah tentang perkara ini. Jenama HPA sememangnya merupakan antara syarikat MLM yang patuh syariah yang paling berjaya. Di Malaysia tidak banyak syarikat MLM yang patuh syariah.

Apabila Kopi Radix keluaran HPA (Al Wahida Marketing Sdn Bhd) mula mendapat sambutan, kopi ini mula diciplak dengan desain yang hampir sama. Cuma apa yang ditambah pada pakejing ialah Master. Ketika menetap di Taiping beberapa tahun lepas, kopi ini ada dijual di pasar malam. Yang menjualnya ialah orang Melayu juga. Mungkin masa tersebut mereka menyangka ia daripada syarikat yang sama walhal kopi tiruan ini dihasilkan di Taiping sendiri.

radix tiruan

Radix Tiruan

Daripada pakejing, kopi Master Radix ini hanya dihasilkan oleh syarikat berstatus bisnes (enterprise) berdasarkan nombor pendaftaran bisnes iaitu IP0292670-X. Ia bukanlah syarikat berstatus syarikat Syarikat. Dari segi jaminan kualiti, pastinya tidak dapat menandingi HPA yang mempunyai kilang di Perlis dan Kedah.

Apa yang lebih mengejutkan ialah Logo HALAL yang digunakan adalah PALSU. Saya telah membuat carian di laman Direktori JAKIM dan mendapati Master Radix tidak pernah memohon sijil halal daripada JAKIM. Bagaimana mereka boleh meletakkan logo HALAL pada pakejing mereka?

Saya berharap pihak berkenaan boleh membuat pemeriksaan diatas sijil halal kopi ini.  Mereka bukan sahaja menciplak produk yang dihasilkan oleh orang Islam, kemudian mengunakan Logo Halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM.

Bagaimana dengan HPA?

Saya menemui rekod sijil Halal yang dipohon oleh HPA. Anda boleh rujuk di http://www.halaljakim.gov.my/

Direktori Halal JAKIM

Direktori Halal JAKIM

Ini membuktikan produk HPA adalah disahkan HALAL. Manakala produk ciplak iaitu MASTER RADIX adalah tidak disahkan halal oleh mana mana badan yang bertanggungjawab. Sebelum ini negara digemparkan dengan Kopi yang mengandungi bahan daripada babi dimasukkan ke dalam kopi Kluang Rail Coffee yang majoriti diminum oleh pelanggan berbangsa Melayu dan Islam.

Bagaimana pakejing HPA yang ASLI?

Mudah sahaja. Pastikan ianya mempunyai logo HPA. Ia bermakna ia adalah Kopi Radix asli yang dihasilkan mengikut kaedah IMP atau Islamic Manufacturing Practical. Antaranya pekerja yang sedang bekerja diwajibkan dalam keadaan berwuduk dan berpakaian yang bersih.

Radix Asli

Radix Asli

Motto untuk Kopi Radix Asli juga ditiru. Yang asli ialah MAI SECAWAN manakala master radix meniru dengan MAI SATU LAGI.

Jika anda menjumpai kopi tiruan ini, jangan dibeli kerana kandungannya yang meragukan dan mengunakan logo halal tidak sah. Jika mereka yang berniaga, elakkan daripada membeli kopi Master Radix diatas sebab ini. Mereka tidak pernah memohon sijil halal, tetapi meletakkan logo halal untuk mengelirukan pengguna Islam.

Mohon sebarkan artikel ini. Dan sokonglah keluaran umat Islam.

Artikel Berkaitan
  • Penternakan Lebah Madu Di Malaysia
    Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang cukup banyak. Ada diantaranya ialah lebah. Terdapat dua je...
  • Bunga Misai Kucing Bersama Madu Kelulut Untuk Merawat Diabetes
    Penemuan ini telah ditemui oleh penyelidik Mardi, Dr. Suri Roowi berkenaan kandungan dan khasiat bun...
  • BossMailer adalah Malware?
    Disebabkan respon terhadap post sebelum ini menyebabkan saya tambah skit. Buat yang tak tahu apa itu...
  • Program JutawanKlik dan RezekiKlik Sudah Terkubur
  • Daun Ketapang Terbuang Tapi Sangat Lumayan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kopi radix tiruan
  • kopi radix
  • kopi radix palsu
  • radix tiruan
  • radix
  • beza kopi radix tiruan
  • kopi radix hpa palsu
  • perbedaan kopi radix asli dan palsu
  • kopi master radix
  • https://www shamsuriyadi com/scam-alert/perbezaan-kopi-radix-asli-dan-radix-tiruan/
Post Views: 996
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:kopi radix radix asli radix palsu radix tiruan

Related Articles

Tadi saya menerima 2 panggilan daripada 2 nombor berbeza. Mereka …

Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Saya berjaya mengesan satu kaedah baru scammer untuk menarik minat …

Scam Alert: Tawaran Perniagaan Lumayan

4 Comments

  1. sayacomel

    orang bila dah buta hati..macam ni la..nak duit aje kejenya..

  2. sham

    tu company cina rasanya yang buat kopi tu.

  3. alamonline

    terima kasih sebab tolong sebarkan. kopi master radix memang sykt orang cina. hari tu dah kena tangkap dgn pihak berkuasa. boleh tgk FB pengurusan HPA. ada gambar sekali.

  4. sham

    oh..yeke… Memang diorang cari nahas. Ambil kesempatan je. Tapi rasanya diorang pasti pakai proxy punya. Owner dia mesti cabut entah kemana.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Semalam saya ada menerima satu mesej di Facebook yang bertanya tentang masalah b…

bitkingdom-return

BitKingdom Adalah Skim Piramid?

Saya menerima banyak pertanyaan tentang bitkingdom ini. Adakah ia satu entiti ya…

venus fx

Skim Venus FX Terkubur, Kerugian lebih RM80 Juta

Semakin banyak pula skim berteraskan Forex sekarang ini. Yang terbaru ialah Venu…