Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Penipuan Penternakan Burung Walit @ Layang Layang
Scam Alert

Penipuan Penternakan Burung Walit @ Layang Layang

sham No Comments

Dalam akhbar Kosmo hari ada berita tentang penipuan tentang penternakan burung walit. Ia sebenarnya memang sudah dijangkakan kerana penternakan burung walit adalah antara perniagaan asas tani yang mendapat sambutan cukup tinggi. Masa saya balik ke Terengganu baru ini, di kampung saya sudah ada 5 bangunan khusus untuk ternakan burung walit yang diusahakan oleh sepupu-sepupu ayah saya.

Sendikit penipuan ini menawarkan untuk menjual tanah bagi tujuan penternakan burung walit ini. Kemudian mereka melarikan diri setelah mendapat wang daripada mangsa mereka. Berikut adalah keratan artikel berkenaan modul operandi mereka di akhbar Kosmo!:

ALOR SETAR – Polis meminta orang ramai agar berhati-hati dengan sindiket penipuan perniagaan burung walit dan penjualan tanah pada harga murah yang menjadikan pesara dan warga emas sebagai mangsa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Nasbah Jusoh (gambar) berkata, polis sehingga kini menerima dua laporan mengenai kes itu.

Katanya, sindiket itu dianggotai empat orang terdiri daripada tiga lelaki Cina dan seorang lelaki Melayu berusia antara 30 hingga 40-an. “Mereka dipercayai bergerak di seluruh negara bagi mengelak dikesan dengan menyasarkan pesara dan warga emas yang menjalankan perniagaan sendiri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, dalam kes terbaharu Sabtu lalu, seorang pesara kerajaan berusia 58 tahun yang menamatkan perkhidmatan April lepas kerugian RM60,000. Katanya, anggota sindiket terbabit menghubungi mangsa pada 15 Julai lalu dan mengadakan perbincangan mengenai perniagaan burung walit dan penjualan tanah pada 5 Ogos lepas. “Mangsa diperdaya dengan kata-kata manis selain menawarkan penjualan tanah di Johor pada harga murah bagi tujuan projek burung walit itu,” katanya.

Beliau berkata, esoknya mangsa menghubungi anggota sindiket terbabit, namun gagal menyebabkan dia membuat laporan polis. Katanya, kes pertama pula melibatkan seorang warga emas berusia 70 tahun yang menjalankan perniagaan sendiri dan dia kerugian RM35,000.

Jika ada yang berminat untuk menceburi bidang ternakan ini. Lebih baik anda merujuk kepada Jabatan Pertanian dan Jabatan Haiwan bagi mengetahui proses untuk mendapatkan lesen menternak burung walit.  Ya. Ternak burung walit sudah ada lesen. Mereka yang menternak tanpa lesen boleh dikenakan tindakan undang undang. Ia adalah kerana terdapat garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi jika ingin membuka rumah burung walit seperti lokasi, sistem bunyi dan sebagainya.

Jika anda didekati oleh mereka yang meragukan tentang perniagaan dan penternakan burung walit ini. Anda boleh buat laporan polis. Mungkin ada diantara ahli sendikit penipuan sedang mencari mangsa.

Artikel Berkaitan
  • Scam Alert: Penipuan Pelaburan Penternakan Layang Layang
    Keratan artikel dari Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 10 Mei - Penipuan membabitkan skim pelaburan bur...
  • Penternakan Burung Walit Memang Lumayan
    Burung Walit atau layang layang sememangnya bukan sesuatu yang asing buat kaum cina kerana ia menjad...
  • Pelaburan Penternakan Cacing Tipu Pun Ada
    Saya tertarik dengan berita semalam tentang penipuan tentang perternakan cacing dimana pelabur rugi ...
  • Penternakan Lebah Madu Di Malaysia
  • Penternakan Ikan Keli dan Pasaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • burung walik
Post Views: 918
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:burung walet burung walit penipuan burung walit penipuan ternakan walet ternak burung layang layang

Related Articles

Nampaknya scammer mengunakan taktik email yang baru. Sebelum dah banyak …

Scam Alert: Maybank Next Level Security Features

bitkingdom-return
Saya menerima banyak pertanyaan tentang bitkingdom ini. Adakah ia satu …

BitKingdom Adalah Skim Piramid?

No Responses

  1. Pingback: Buat Bisnes Burung Walit - Blog Perniagaan Internet

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Penternakan Burung Walit Memang Lumayan

Burung Walit atau layang layang sememangnya bukan sesuatu yang asing buat kaum c…

Scam Alert: Penipuan Pelaburan Penternakan Layang Layang

Keratan artikel dari Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 10 Mei – Penipuan memba…