Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang cukup banyak. Ada diantaranya ialah lebah. Terdapat dua jenis lebah diternak di Malaysia iaitu lebah madu(sting bee) dan juga lebah kelulut(stingless bee). Terdapat 5 spesis lebah bersengat iaitu Apis Dorsata (Lebah Tualang), Apis Mellifera (Lebah Import), Apis Cerana (Lebah kampung/keran), Apis florea (Lebah lalat), Apis Andreformis (Lebah kecil). Namun hanya 2 spesis yang boleh dijinakkan dan diternak di Malaysia iaitu lebah import dan lebah keran.
Bagi lebah kelulut terdapat 39 spesis telah dikenalpasti namun hanya 9 spesis yang sesuai untuk diternak. Bagi tujuan komersil, hanya 2 spesis paling banyak digunakan untuk penternakan iaitu H.Itama dan juga G.Thoracica yang aktif dalam penghasilan madu dan propolis.
Namun penternak perlu memastikan semua pemangsa bagi lebah dikurangkan untuk membolehkan lebah yang diternak berkembang dengan baik. Antara pemangsa utama lebah adalah burung berek-berek (bee eater) yang mengancam penternakan lebah di Malaysia selain tebuan. Burung ini memakan beratus ekor lebah setiap hari dan boleh menyebabkan koloni lebah menjadi lemah.
Burung ini merupakan satu spesis burung migrasi yang diancam kepupusan. Menurut undang-undang negara, mereka yang menangkap burung ini boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 jika didapati bersalah. Namun ia menjadi satu ancaman besar terhadap industri ternakan lebah kerana burung ini makan dalam kuantiti yang sangat banyak.
Kemuncak kehadiran burung ini adalah sekitar Ogos-Oktober setiap tahun. Tempoh ini merupakan tempoh yang sukar bagi penternak lebah madu diluar sana.
Masa Depan Ternakan Lebah Madu Malaysia
Permintaan untuk madu lebah dari Malaysia sangat tinggi. Negara seperti Asia barat, US dan China memandang tinggi madu daripada Malaysia kerana ia terhasil daripada pelbagai jenis bunga di Malaysia. Berbeza di negara mereka yang terhad kepada nektar daripada sesejenis pokok sahaja.
Di Asia barat terutamanya di Dubai, saya dimaklumkan madu daripada malaysia dijual pada harga RM1000 sebotol. Dan permintaan tidak cukup. Namun penghasilan madu di Malaysia tidak banyak. Ditambah dengan lambakan madu tiruan merosakkan industri madu di Malaysia. Terdapat sendikit yang menghasilkan madu sintetik daripada bahan kimia yang seakan akan madu asli. Apa yang membezakannya ialah enzim yang terdapat dalam madu.
Penyelidik daripada Universiti Malaysia Terengganu telah menunjukkan hanya ujian makmal sahaja yang boleh mengesahkan ketulinan madu. Selain itu, ujian seperti penyerapan pada tisu, membakar dan melihat cara madu dituangkan di dalam gelas memberikan hasil yang sama diantara madu tiruan dan asli.
Inilah cabaran utama negara. Madu asli seperti yang dinyatakan di dalam al-quran ia menjadi penawar kepada penyakit, madu tiruan pula menjadi penyebab pelbagai penyakit. Ketiadaan standard untuk madu Malaysia menyebabkan perkara ini berlaku.
Langkah Penjenamaan Madu Malaysia Sebagai Superfood Malaysia
Sejak kebelakangan ini, media hampir setiap hari menyiarkan berita berkenaan Madu Kelulut sebagai Superfood Malaysia. Ia satu langkah bijak dalam mempopularkan industri ini. Namun ia perlukan sokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakannya.
Ia telah membuka mata ramai orang untuk mengamalkan madu sebagai satu makanan sihat seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
p/s: Nampaknya harga madu dan juga sarang kelulut akan meningkat dengan mendadak selepas ini berikutan permintaan tinggi dan kekurangan bekalan.
Channel Youtube Pasal Ternakan Lebah Madu Malaysia
Anda boleh layari https://www.youtube.com/channel/UCHUdugaDKrcuLgur-uA1Pvw
Itu channel saya. Harap boleh sama-sama belajar. Boleh subcribe ya. 🙂

Incoming search terms:
- https://www shamsuriyadi com/umum/penternakan-lebah-madu-di-malaysia/
Azmi
Ada tak article atau pengesahan dari pengkaji lebah mengatakan kelulut ni sejenis lebah?
sham
banyak. kelulut ada beratus spesis. Malaysia ada 32 spesis. Di brazil ada beratus. Sesetengah kelulut ia unik di sesebuah negara. Nama pun stingless bee. Di negara barat ia dinamakan native bee. Boleh cari. Ada banyak buku dan juga penulisan mengenai kelulut di luar negara.
khalis
boleh sy tau di mana sy boleh dptkan atau beli lebah sengat.untuk tujuan perubatan.
sham
Boleh terus ke pusat apiriari di Parit Botak, Johor.
Muhamad fadzly
Assalamualaikum tuan, boleh beri info di mana saya boleh berjumpa dan berunding dengan penternak lebah . Boleh tuan ? Saya bercadang ingin komersialkan produk madu saya sendiri . Kalau tak keberatan . Minta jasa baik tuan . Email pada saya contact number . Fadzly.kamil@gmail.com
liza
nak tanya ada tak tempat untuk saya kursus ternakan lebah
sham
Tanya jabatan pertanian atau Pusat Apiari Negara, parit botak.. johor
amir
salam tuan,,di mana kah sya nk dpatkan pmbekal koloni lebah,,
Ramadass
Berapa harga Satu koloni lebah APIs melisfera
sham
biasanya antara RM800 ke Rm1800
jjjj
Dekat mane blh beli lebah madu(koloni)?
Mohd khairul azry
Slm encik sham, sy khairul dari rembau n9, di mane tempat jual koloni lebah melifera yg harganya rm800 tu,
zulkifli
En syam
Mcmana nk dapatknkoloni lebah dr tuan?
0184719567