Ini adalah antara skim cepat kaya buatan tempatan yang biasa biasa. Ia sememangnya berkonsepkan money games dimana pendapatan berdasarkan kemasukan ahli baru. Produknya ialah ebook yang lama dan berusia lebih dari 5 tahun. Ia langsung tidak berguna.
Ia merupakan produk yang lama dan tidak lagi relevan dengan masa sekarang. Kebanyakan orang yang menyertai skim ini, ia bukan disebabkan oleh produk tetapi tawaran duit yang diterima daripada kemasukan ahli baru.
Laman Web tidak Selamat
Ia terbukti apabila seorang daripada ahli mereka tiba tiba menerjah mesej facebook saya mengatakan saya telah merampas downline dan duit beliau.
Akaun ahli tersebut telah digodam dan ditukarkan kepada nombor akaun pemilik skim cepat kaya jutaRM.com yang saya telah review sebelum ini. Namun, saya syaki ia sebenarnya pemilik RM2osegera.com. Laman web JutaRM.com dan RM20segera.com dimiliki oleh syarikat yang sama.
Ia adalah salah satu kemungkinan apabila ianya didaftarkan pada registrar yang sama iaitu dynadot.
Orang Melayu memang suka akan skim sebegini. Sebab itulah orang saya menghasilkan pelbagai skim yang mudah bagi mendapat duit mudah. Dalam kes ini, log masuk ke akan ahli dan menukarnya kepada akaun sendiri. Jadi duit akan terus masuk ke akaun sendiri, bukan lagi akaun ahli.
Sudah-sudah la. Jangan join benda macam tu lagi. Ia berkonsepkan money games kerana fokusnya ialah head hunting atau mencari ahli atau donwline. Ia bertentangan dengan islam. Rasanya sudah banyak post saya sebelum ini berkenaan konsep money games ini.
Penganjurnya memang pandai buat skim murah murah.. RM5, RM10, RM20 dah sebagainya.
Anda boleh search mengunakan fungsi search diatas.
Incoming search terms:
- rm20segera
- www rm20segera com
- rm20 segera
- rm20segera com penipu
- rm20segera penipu
- rm20segera com
- bisnes rm20segera
- bisnes rm20
- biz rm20segera
- rm 20 segera
tips komputer secara santai
program macam ini la saya terkena dulu. masa tu tahun 2008, baru umur 19. bru nak kenal2 internet. konon nak buat duit di internet. sekali kene tipu. lepas semggu lebih masuk, tgk2 website tu tutup. x sempat nak dapat untung pon. tapi x pe la.. at least tawu da skim2 mcm ni tipu je. program yang mengarut. jauhi la dari pendapatan tak halal mcm ni
Black
Huh!Bahaya tul zaman skarang ni.Dalam internet pun boleh kena fitnah.Oh ya saudara Shamsuriyadi.Boleh tak buat e-book bagaimana menangani kes ditipu dan difitnah dlm internet?
encik kedai
Kalau skim mcm facebook pulak macam mana..? bayar RM100 sekali seumur hidup…?
Urang Sandakan
SILA GOOGLE NOMBOR NI 0129829390
HA HA….TULAH NOMBOR HP ADMIN 20SEGERA.COM DARI SANDAKAN SABAH.
TUNAISEGERA.COM JUGA ADMIN YANG SAMA. SEKARANG DAH TUTUP!!!
KORANG GOOGLE NOMBOR HANPON TU UNTUK INFO SETERUSNYA……
KANTOI……..
Urang WP Labuan
0129829390 Bukan dari Sandakan tu geng………dari WP Labuan tu geng…….
dia kontrol iklan di internet……hu hu
jual email berjuta-juta dan macam macam iklan……..
Urang WP Labuan
Dia punya sasaran orang Melayu di semenanjug…….. hu hu
Urang WP Labuan
Ramai yang sangkut pancing dia di rm20segera.com……………
saudagar_fx
setahu sy rm20segera bukanlah skim cepat kaya. Admind tidak mendapat apa2 keuntungan. Web ini sama seperti mana2 web referal lain. ada downline maka ada lah duit masuk. Contohnya sy menaja anda kemudian anda bayar RM20 maka sy yg akan dapat wang tersebut, bukan admind. Org salah anggap mengatakan web tersebut penipu sebenarnya anda yg salah anggap kerana ingin wang tanpa usaha. Duit xkan masuk jika anda tidak buat kerja untuk mendapatkan downline. Sy komen kerana sy sendiri telah menyertai dan alhamdulillah lebih 2 tahun sy menyertai dapat kumpul lebih RM5k setakat ini.
sham
Ia berkongsepkan money game iaitu head hunting. Boleh rujuk:
http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/485-kenali-skim-haram-a-mungkin-tipu-di-internet.htm
Linn
Slm. Yeke benda ni tak boleh dipercayai? Mana anda tahu? Pernah cuba masuk dan fahami selok belok dia? Zaman skrg, apa2 yg berkaitan bisnes online semua nak di cop sebagai haram, x boleh dipercayai. Bisnes ni perlukan kita utk bekerja juga. Kalau tak ada downline, memang satu sen pon x dpt. Bukan nya skim cpt kaya. Xde pihak yg akan rugi pon.
ace
Terbaca ttg rm20 segera rasa somethin fishy pastu google mmg scam, kalo somethin too good to be true mmg betol la, melayu n scam tak habis2..
sham
orang kita memang suka nak kaya cepat.. halal, haram kemudian kira.
adilah adnan
Sy bru jer usha2 jgak n txt untk tnya tp org yg sy txt tu ckp kna rgster dlu,bru dia trangkan kmudian..i doubt it since dp whatsapp pun xd,nampk sgt mcm nk smbunykn idntiti,i am a stdnt and I really need mney cz I wnt to be indpndnce wthout troublesme my parents bt I thnk its btter for me to do part time job drpda dpt hasil duit bsnes yg xthu mana dtngnya keuntngn ni..May Allah protect all people frm ths illegal scheme e7cially for stdnts..
Mohd saad samsudin
Memang saya pun terkena masa time student poli dulu.disebabkan kos semurah rm20 terpedaya dengn tipu helah pembuat website rm20 segera.waktu saya tiada ilmu tentang dunia perniagaan internet.bila saya imbs kembali betapa bijaknya admin menipu dengan meletak link-link asal yg membuatkan pengguna tidak klik pada link affliate kita.
wahai kawan2 semua jangan lah tertipu dengan blog sedemikian,kamu hanya dipermainkan dan tdak membawa apa2 faedah.
lebih bnyak cara untuk membuat bisnis dngn pasif diinternet,salah satu cara yg akan membuat kita lebih berilmu dan mahir selok belok dunia online,contohnya
membuat wang melalu adsense
menjdi affliate produk digital
menjdi vendor produk digital
memberi service membuat website
menjual produk fizikal
dan lain yg sehaluanya
biarpun ia sulit tapi inilah sebetulnya.
Aceer
Alhamdulillah…nasib baik sy servey n check detail dl sblm wt kptsn nk join…Ternyata dlm pencarian bertemu jwpnnya..Terima kasihkasih syamsuriyandi…skiranya ada info2 terkini mengenai syarikat2 yg menganjurkan skim cepat kaya @ berkonsepkan money game,sudilah share dgn sy..email sy dh ltkkn di atas..t.q.
syameer zaqrin
Assalammualaikum..en.syam…saya syameer drpd sri gombak..bg pendapat saya..rm20segera ni bkn menipu..yg menipu nya adalah penaja yg xjujur…saya baru join smlm dan alhamdulillah 5 org dah join saya…memang ebook tuu dah lama..tp at least ada juga ilmu yg kita boleh kongsikan dan gunakan..saya aktifkan pelanggan saya 5minit jr..cuma pelanggan sebelum mendaftar kene pastikan betul2 nama penaja..jgn silap. .kdg2 ada penaja nama admin..itu yg silap bank in..better penaja registerkn pelanggan dulu..kemudian pelanggan akan kemaskini password didalam tuu…
Ayie Suhairy
Setahu saya bisnes tidak melakukan sebarang penipuan kerana setakat ni kebnyakan websited2 memuji dan menyatakan yg bisnes rm20segera ini sangat menguntungkan. Hanya websited ini shj yg menyatakan bisnes ni menipu. Tak baik tau menuduh tanpa bukti. Mungkin awk yg salah sbb awk tidak mendapatkan sbrg keuntungan dari bisnes ni. So awk mereka2 cerita. Saya dapat je keuntungan dari bisnes ni n duit dalam akaun bank sy xhilang. Tlg fhm bisnes rm20segera menjual websited. Bukan menipu atau songlap duit sesapa. Bisnes ni bnyak membantu sy ketika sy belajar jauh dari kluarga. Minta maaf kalau ad trkasar bhsa. Sy nasihat kn supya awk mnx maaf pda pihak brkenaan. Takut awk mmbuat fitnah. Assalamualaikum.
sham
:).. Saya maafkan awak. Tengok senarai ke 150 BNM ini..
[+]http://www.bnm.gov.my/documents/2014/20141231_FCA_EN.pdf
Owh..lupa.. Bank Negara Dengki, Bank Negara Fitnah..
Ia berkonsepkan head hunting.
sham
Konsep yang sama boleh rujuk artikel UZAR- http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline–login-facebook-dapat-rm100.html
Boleh guna dalil yang sama..
abdfatah
bro… mohon jangan kacau sikit boleh tak… saya cukup terkecil hati dengan artikel ini yang akan menyebabkan kacau bilau rezeki saya dengan adanya artikel yang sebegini. … mohon jangan buat hasad dengki banyak2 sangat… bnm pun satu hal. dengki tak habis habis orang nak buat duit online… jualan website nih tidak menyusahkan sesiapa pun hatta bro sendiri… kenapa pulak bro nak sibuk2…
ps: ini hanyalah sarakas semata mata…
Ayie Suhairy
Bisnes sy mnta awk fhm btoi2. Bisnes ni hak persendirian. Takda sgkut paut ngn bank negara keyh. N one more thing awk buat statement ni awk da kcau rezeki sy dan semua org yg telah buat bisnes ni. Sy buat bisnes sbb xnak nyusahkan ibubapa sy bg duit blanja toq sy belajar. But statement ni telah kacau rezeki kami semua. Mohon maaf sekali lagi.
Users
mohon statement ini dipadam kerana benda awak terangkan ni benda yg dh lapok,dh lma.. awak pun dah menyekat rezeki kami semua yg join bisnes ni.. klau x faham jgan nk buat spekulasi sesuka hati!
sham
Rujuk alert daripada BNM..
Ramzi
Sudah-sudah lah tu nak memfitnah orang..setahu aku konsep rm20segera ni x perlu admin x akan dapat apa2 keuntungan..hanya trafik sahaja..
So..kat mana yang menipunya? x perlu nak cakap BNM atau konsep money game, cuma tlg beri bukti kat mana yang menipunya?
Ada IM kat malaysia ni lagi kuat menipu..buat seminar adsense bayar ribu2, last2 habuk pun x ada..sms, whats app pun payah nak reply..
Ribu-ribu tu, bukan rm20..
Elena
setuju ngn uols…saye pon dah join rm20 segera nie…elok je??yg penting downline kna daftar bwh nma kita sbg penaja…siapa yg rasa ditipu sbnrnya cuba nak menipu diri sndr…malas,hrpkan duit masuk je tanpa usaha…mmglah xdpt!
Unknown
Just ad trbaca pasl bnda ni..kat web ni.http://en.islamtoday.net/node/779..
rahimi nordin
perniagaan yg sah depa tak mau join sbb lambat. yang cepat kena sontot ni mmg ramai melayu nak join.