Dinar Dirham ini adalah antara skim yang baru sahaja dimasukkan ke dalam senarai Watchlist BNM. Ia adalah antara 5 skim yang dimasukkan pada 9 Januari 2017 bersama Mymi1 yang yang saya tulis sebelum ini. Skim ini agak canggih kerana mengekploitasi teknologi baru yang kini sedang hangat iaitu Cripto currency. Yang paling terkenal ialah Bitcoin. Dinar Dirham ini pula membuat skim kriptocurency dengan mengunakan dinar dan dirham iaitu emas dan perak.
Berdasarkan di laman web, ia beroperasi di Hong Kong. Mereka mengatakan mereka mengunakan teknologi BlockChain untuk menghasilkan currency online berteraskan emas dan perak ini. Mereka mengunakan kejayaan bitcoin sebagai tanda aras untuk menghasilkan DinarCoin (DNC).
Status Keselamatan Dinar Dirham Cripto
Terus terang, kripto currency mempunyai isu keselamatan yang sangat berisiko. Skim Dinar Dirham ini sama sahaja dengan skim sebelum ini yang mengunakan e-wallet untuk transaksi. Malah bitcoin sebelum ini mempunyai banyak kes digodam yang teruk sehingga kerugian jutaan dollar.
Matawang Dinar dan Dirham ini digunakan oleh kebanyakan negara arab dan juga dunia Islam dan saling bersangkutan dengan sejarah Islam sendiri. Malah Nabi Muhammad (SAW) sendiri mengalakkan untuk menyimpan emas sebagai untuk perlindungan di akhir zaman kerana suatu masa nanti wang fiat tidak lagi bernilai. Yang bernilai ialah emas dan perak.
Zakat Emas dan Perak
Apabila melibatkan emas dan perak yang disimpan. Sebagai umat islam, anda perlu tahu bahawa anda perlu membayar zakat jika iaya melebih 85g yang tidak digunakan dan disimpan. Jika ia dalam bentuk barang kemas yang dipakai, ia tidak perlu dizakat. Jika disimpan, maka wajib membayar zakat apabila cukup haulnya.
Dengan cara kripto curency sebegini bagaimana statusnya? Lebih lagi ianya hanya eksploitasi dengan nama dinar dan dirham. Ia matawang yang digunakan oleh orang islam dan negara-negara islam di asia barat.
Semakan Whois DinarDirham.com
Saya telah membuat semakan terhadap laman web mereka ini. Daripada rekod whois, ianya mempunyai alamat di Hong Kong sama seperti yang tertera di laman web mereka.
Yang peliknya, syarikat ini mempunyai alamat di Hong Kong, tetapi pelawat yang ke laman web mereka hanya daripada 2 negara iaitu Malaysia dan juga Indonesia. Nampaknya mereka cuba mengelakkan diri dengan undang-undang Malaysia dengan mengunakan alamat di luar negara sebagaimana skim-skim yang terkubur sebelum ini.
Mungkin ini salah satu faktor ia dimasukkan ke dalam watchlist BNM.
Bagaimana Dinar Dirham Menipu?
Pertama sekali anda tidak boleh mengawal e-wallet Dinar Dirham ini. Duit anda ditukarkan kepada e wallet dinar dirham, jika sesuatu terjadi kepada syarikat ini… Anda akan hilang segalanya. Jangan invest terdapat sesuatu yang anda tidak tahu dan tidak faham. Fahami terlebih dahulu risiko yang bakal terjadi sebab ia mengunakan E-Wallet Dinar Dirham.
Kedua – Hukum Islam menetapkan apabila membeli emas, anda mesti dapat emas tanpa bertangguh. Malah dalam Dinar Dirham ini pula menetapkan kontrak selama 6 bulan. Jadi tertangguh selama 6 bulan baru dapat emas seperti yang didakwa. Malah ia mengunakan e-wallet pula. Tidak mendapat emas fizikal. Walaupun mereka ada menyatakan peserta boleh mendapatkan emas mereka daripada yang ditetapkan oleh Koperasi Dinar Dirham Berhad.
Ketiga – Semakan yang saya lakukan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia, tidak wujud pun Koperasi Dinar Dirham Berhad sebagai yang dinyatakan oleh mereka.
kemaskini: saya kemaskini dibawah artikel ini, koperasi ini wujud. Sebab carian gagal sebelum ini disebabkan nama yang diumumkan berbeza dengan yang di dalam sistem SKM.
Keempat – Mereka mengatakan mereka di sokong oleh Saba Capital Inc yang mana disenaraikan Unlicenced Company daripada beberapa negara seperti Australia dan New Zealand. Malah di Hong Kong sendiri ia tersenarai dalam Unlicence Activities. Ianya terkenal salah satu syarikat yang tidak sah dalam menawarkan pelaburan seperti forex dan sebagainya.
Cukup lah 4 sebab ini. Ia sebenarnya dah cukup kuat.
Anda boleh share artikel ini…
p/s :Please jangan copy paste artikel saya dan buat seperti hak sendiri. Penat saya menulis dan buat kajian untuk penulisan saya. Boleh guna fungsi share dibawah.
Kemaskini 16 April :
Seronoknya juga ada blogger for hired hentam saya balik sebab artikel ini.Something new sebab biasanya mereka berbondong-b0ndong datang menyerang. Sebelum saya menjawab balik boleh tengok video interview TNABC bersama pengasas Dinar Dirham ini.
Itu yang orang kewangan Amerika fikirkan tentang skim ini. Tak sedar diperli oleh 2 orang mat salleh tu. Jem..
Tapi saya kagun effort dia untuk yakinkan orang US tentang produk beliau. Tapi ia satu disaster sebab ia memburukkan keadaan je dengan temuramah berkenaan.
Daripada video ini juga ada diterangkan bahawa ia adalah skim emas ETA cuma tak dapat emas tapi dapat cripto DinarCoin. Beli emas tapi boleh keluarkan selepas 30 hari. Dari segi hukum, sah ia riba sebab melibatkan item ribawi iaitu emas dan perak. Apatah lagi ia tertangguh.
Jawapan balas saya untuk blogger Double Y – http://yuseriyusoff.blogspot.my/2017/02/tuduhan-koperasi-dinar-dirham-berhad.html
Thanks to you, saya menyambungkan lagi artikel ini dengan kemaskini baru.
Beliau menuduh saya tak buat kajian teliti. Fine. Saya terima sebab manusia tak sempurna dan ada yang saya termiss. Daripada blog berkenaan, ini yang saya dapat dan membuat kajian semula.
- Pertamanya pihak DD ada membuat penafian BNM menyenaraikan mereka dalam watchlist kerana terkeliru dengan Dinar Dirham Global yang mengunakan laman web dinardirham.online . Jadi saya buat semakan terhadap laman web berkenaan dan mendapati sudah expired dan tidak diperbaharui. Semakan menerusi waybank machine saya menjumpai imej transaksi belian bitcoin menerusi CoinBox keatas nama Extra Trade Sdn Bhd di laman web berkenaan. Kali terakhir proses upload berlaku pada 16 November 2016 dan saya dapati ada imej yang sama yang terdapat di kedua dua laman web seolah oleh ia adalah laman web untuk merekrut orang bagi skim DD ini.Saya juga buat semakan balik dengan BNM. Dinardirham.com masih tersenarai di nombor 54.
Dalam blog berkenaan juga menyatakan pihak dinardirham ia salah faham dan sedia disiasat oleh BNM.
Kalau saya, agak sukar untuk menerima penafian daripada yang tertuduh. Sebab saya pelik tiada tindakan dilakukan untuk membersihkan nama mereka. Sebabnya mudah, sejarah sebelum ini Public Gold pernah disenaraikan dalam watchlist BNM pada awal operasi mereka, namun mereka proaktif untuk berhubung dengan BNM dan menerangkan konsep perniagaan mereka dan dikeluarkan daripada watchlist. Jadi apa dinardirham buat? Tak nak bersihkan nama? - Menurut mereka koperasi yang ditubuhkan mereka ialah Koperasi DinarDirham Berhad. Jadi saya membuat carian di SKM dan gagal. Namun saya menukar carian kepada Koperasi Dinar Dirham Berhad, barulah ada data mengenai koperasi mereka. Jadi ia adalah berdaftar dengan SKM. Cuma nama yang mereka umumkan berbeza dengan ejaan rapat dan ejaan jarak. Jadi saya mohon maaf tentang kesilapan ini.
- Blogger berkenaan tidak komen pasal hukum sebab rasanya dia tahu jual beli emas secara bertangguh adalah haram. Jadi mengatakan ia tuduhan saya tidak berasas. Konsep yang diterapkan oleh dinardirham ini akan ditentang oleh agamawan bidang ekonomi dan fiqh. Mereka boleh merujuk kepada pihak yang berkenaan seperti Majlis agama negeri untuk penjelasan. Jawapanya adalah sama = RIBA.
- Terselit Skim cepat kaya dalam Dinar Dirham sebagaimana skim yang dibangunkan sebelum ini. Mereka menawarkan keuntungan tetap 10% selama 6 bulan kemudian memberi option kepada peserta untuk teruskan kontrak selama 6 bulan atau jual kepada syarikat atau menukar kepada emas fizikal di premis Koperasi mereka jika tak nak join lagi. Jadi bila ada skim sebegini, tunggu matang tiada orang masuk maka tersungkur la beramai ramai. Penganjur boleh buat skim lain pula selepas itu. Inilah yang diperli oleh 2 orang mat salleh dalam video diatas tu.
Dari sudut bagusnya, Malaysia boleh didedahkan dengan teknologi blockchain. Sekarang ini sudah ada 777 Cripto Currency telah dibangunkan dan diterima. Dinarcoin belum diiktiraf untuk masuk dalam senarai. Anda boleh tengok senarai ini – http://coinmarketcap.com/all/views/all/
Nilai cripto currency sekarang ini bernilai lebih daripada USD 28 Billion. Tapi buat apa kalau ada berjuta cripto curency? Tak ke pening kalau setiap orang buat currency sendiri? Dulu matawang sebagai nilai matawang negara, sekarang semua orang ada peluang bangunkan matawang mereka sendiri. Bayangkan saya ada matawang dengan nama SHAM..hahaha
Namun pendapat saya, satu hari nanti semua teknologi ini tidak berguna lagi. Nabi menyarankan kita menyimpan emas dan perak secara fizikal yang boleh ditebus terutamanya kita diakhir zaman ini. Nabi dan beri ingatan sebab diakhir zaman kita kembali mengunakan pedang dan panah untuk berperang. Ia pasti datang..
Ramai yang tidak mempercayai skim ini kerana pengasasnya mempunyai rekod tidak baik seperti mengasaskan skim RGCX yang telah terkubur dan beberapa skim cepat kaya sebelum ini yang menyebabkan kerugian berjuta ringgit. Malah pernah dipenjarakan di indonesia kerana menganjurkan skim ponzi selain sebagai orang dikehendaki oleh pihak berkuasa negara Brunei.
Tapi ia bukan kriteria review saya, semua orang ada hak untuk peluang kedua. Jadi saya takkan menyentuh pasal sejarah yang telah berlalu berkenaan.
Briliant mind but taking a wrong steps.

Incoming search terms:
- dinar dirham tipu
- dinar dirham penipu
- dinar dirham
- dinar dirham penipuan
- dinar dirham malaysia
- dinardirham
- dinardirham scam
- dinardirham penipu
- pelaburan dinar dirham
- koperasi dinar dirham berhad
Nasihat Saja
Masyaallah. Rupa seperti beragama tapi sayang tulisan saudara lebih bersifat kebencian semata dan membawa fitnah kerana hasil semakan sy ttg tulisan saudara ini nyata ianya tidak benar. Penulisan tidak beretika begini tanpa fakta sebenar dan mengeliru orang awam. Nyaris sy terkeliru. Hairan sungguh, apa yg saudara dapat? Apakah tujuan saudara sebenarnya?
Berdasarkan jumlah share orang ramai akan berita palsu ini, maka imej orang yg difitnah dan organisasi yg difitnah itu sudah tercalar dan membawa kepada kerugian perniagaan dan tekanan emosi.
Besar kosnya tu, biasanya mahkamah akan tentukan gantirugi bersepadanan yg perlu saudara bayar atas kemusnahan yg saudara telah buat kepada orang lain ini.
Mungkin orang yg di fitnah sudah sediakan pasukan guaman untuk mengambil tindakan undang2 kepada saudara.
Samada mereka teruskan tindakan atau saudara pergi saja berjumpa mereka dengan permohonan maaf kerana menfitnah dan publish permohonan maaf saudara itu di media utama, online dan lain2 yg dirasakan perlu, rakaman video saudara menyesal atas perbuatan fitnah yg diviralkan di media sosial juga boleh di buat untuk membetulkan fitnah saudara itu atau saudara diam saja sambil mengira tabungan, persediaan buat membayar saman malu mereka itu nanti.
Pilihan di tangan saudara kerana sy yakin mereka tidak akan melepaskan orang jenis macam saudara ini tanpa diberikan pengajaran dan tanggungjawab atas perbuatan salah sendiri.
Sy bagi nasihat saja. Terpulang saudara mau ikut atau tidak, ianya pasti mendatangi saudara juga walau sejauh mana saudara lari…
Terima kasih.
sham
Balik batu sembunyi tangan ya “nasihat saja”. Please rujuk bank negara sebab skim dah masuk dalam watchlist BANK NEGARA MALAYSIA.
Saya tak menulis tanpa sebarang rujukan. Sila rujuk link-link agensi luar negara yang saya berikan.
Jika mereka berada di jalan yang benar, bisnes yang betul. Kenapa tidak clearkan dengan Bank Negara. Yang lebih pelik berdaftar di Hong Kong tapi mensasarkan malaysia dan indonesia. Something wrong there. Jika nak beroperasi di negara terlibat, ikut undang-undang negara berkenaan.
Bisnes bukan boleh diramal. Bila sebut “jika itu.. jika ini… semua bisnes nampak berjaya. Hakikat sebenar, ia sangat berbeza.
Mereka sedang mempergunakan item ribawi iaitu emas dan perak yang mana Islam mempunyai hukum mengenainya. Saya hanya buka minda mereka. Hopefully mereka baca. Jangan main-main dengan hukum Allah. Mahkamah Allah lagi dahsyat daripada mahkamah dunia.
Nasihat acik kau
Mana ada pelaburan yang menjanjikan profit banyak, dengan risk rendah atau takda risk langsung. Merepek. Owner pun dulu pernah masuk penjara sebab ada kes scam jugak. Kesian orang yang bodoh takda ilmu dalam pelaburan.
suka membaca blog mcmni
En.nasihat saja…dah on tong billion rupiah ni ^_^ en.syam teruskan bongkar skim cepat kayap mcm ni.
ariff
Tuan syam… arai ezrra sanggup masuk tv, dia nak buktikan dinar dirham ni bukan scam.. sijil dan bukti kukuh pun banyak… apa pendapat tuan…? (Getthiss scam… dinar dirham scam…. mface scam… semuaaaaa scammmmm…) 🙂
ZB
Terima kasih di atas rencana yg tuan tulis di sini. Pejabat operasi Dinar Dirham Sabah hanya 1 km dari rumah saya, kempen utk melabur juga telah sampai. Tapi saya bersikap berdiam diri dahulu utk melihat pandangan pakar. Saya merasa pelik apabila urusniaga emas tapi x dapat emas, hanya dapat angka ……..yg terbaru kempen digembar gembur apabila seorg kenamaan melabur dgn nilai hampir RM30 K………
sham
Ariff, masuk tv tak clearkan pun kat senarai Bank Negara tu. Kalau setakat nak cari orang guna tv, bersepah sebelum ni eksploitasi TV. Mobile income la.. apa la.. Ia tak membuktikan merekanya sah. Yang boleh sahkan ialah BNM. Kalau dengan BNM pun tak selesai, buang masa ja. Urusan monetary dan pelaburan adalah menerusi BNM. Bukan TV!
Asrul b Mohd Salleh
Jawapan balas oleh pihak DD
Lihat di: yuseriyusoff.blogspot.my/2017/02/tuduhan-koperasi-dinar-dirham-berhad.html
sham
Terima kasih tuan. Supporter Dinar Dirham tu..hehehe . Blogger for hired.. Blogger politik.
Nanti saya buat kemaskini artikel. Kalau ada yang salah nanti saya perbetulkan dan buat kajian balik.
Amar J
Dinar Dirham yang masuk iklan tv AL HIJRAH MyDinarDirham itu ke? Tolong bagi pencerahan ye Tuan Syam. Rasa nak join tapi musykil jugak. Cuba dapatkan review dan jumpa blog ini. Tolong ye.
sham
Mungkin ya. sebab saya jarang tengok tv. Idea untuk bangunkan cripto curency tu bagus. Tapi bila masukkan skim cepat kaya, itu salah.
Ridhwan
assalamualaikum tuan boleh terang kn pada saya berkenaan dinardirham tersebut sebenarnya sbb sy dh Bermula labur di dinardirham tersebut tapi bila sy tanya pada group dinardirham tersebut link2 seperti biasa saja sy dapat..bagaimana kita nk dapat kepastian bahawa bnm dh luluskn dinardirham tersebut?
sham
Ada dalam senarai watchlist BNM berkenaan unlicence activities.
Ridhwan
owh mcm tuu…baru2 ni siap masuk tv semua…berita alhijrah bagai..humm sy jadi keliru dgn skin cmni zaman skg…nk kata x betul mcm betul nk kata x betul pon ea….bila ditanya pada mereka mcm nk marah yg buta hati pon ada mungkin sbb tgk duit tiap bulan masuk kot tuan…
Jj
Arai Ezra ni Ada Nama sebenar….
Aspro
Zaman skrg ni makin menjadi jadi penipuan berskala besar dlm malaysia ni… Mereka makin berani dan makin licik… Jgn mudah terpedaya dgn skim mcm ni… Aktiviti mereka berselindung disebalik perniagaan yg nmpk telus… Seperti bisnes koperasi mereka yg menjalankan perniagaan jual beli dinar fizikal adalah tidak salah… Tetapi kemusykilan mula timbul apabila menyimpan dinar dgn mereka utk mendaptkan dinarcoin(dnc) or utk membeli terus dnc tersebut… Yg pertama sistem etps mereka tidak link terus kepada koperasi mereka… Hanya akan diactivate secara individu menerusi salah seorg dari ejen mereka… Begitu juga kalau hendak membeli terus dnc.. Duit perlu ditranfer ke dlm acc bank personal mereka terlebih dahulu baru lah kita akan terima dnc tersebut… Seolah olah koperasi mereka tiada kaitan dgn aktiviti tersebut… Klu lah ape2 berlaku dlm sistem dnc tu pasti sekali koperasi x akan bertggungjawab… Yg kedua benarkah dinarcoin tersebut diikat dgn dinar fizikal sebenar? Or dinarcoin itu sebenarnya hanya ikatan spekulasi yg mengikut pergerakan harga pasaran dinar… Sekiranya dinarcoin benar bersandarkan dinar fizikal oleh itu pengeluaran utk dnc sepatutnya amat terhad sbb ia akan hanya dikeluarkan mengikut simpanan dinar fizikal sahaja… Wallahualam…
Ibnu rahman
Tuan Syam perlu terus mengulas, supaya kami yg tak arif hal2 ‘pelaburan’ ni, boleh dapatkn pandangan kedua!. Wslm.
beware
adalah lebih baik beli emas direct and dapat emas…better than byr sekarang tggu 6 bulan br dpt emas…
bdk2 DD ni pernah dtg rumah bg penerangan..alasan utama knape better beli scr cryto crrncy sbb xperlu byr zakat emas since tak melibatkan emas fizikal….yela, konon pakai crypto crrncy…
sgt merepek..y dtg kenalkan diri as ustaz…tp xfaham konsep zakat…sedangkan zakat is utk menyucikan harta…
once he mention pasal xperlu byr zakat, terus tau this is not more than a scam…
sham
Adeh… ingat mcm nak lari cukai ke? Jem betul. Ada juga nak lari bayar zakat…. Rosak-rosak. Jika layak bayar zakat, bersyukurlah sebab ia satu penghargaan yang allah bagi kepada mereka yang berjaya untuk menyucikan harta daripada harta haram yang mungkin ada dalam harta.
Roziman
Adakah Sham dan tulisan nya mempunyai crediblity utk komen hal hal ini dan seterusnya jadikan panduan pembaca? itu jer…im not dinarius……….apa ka..just a second thought of how we justify which web or writter should we rely or take his/or her opinion…Terutamanya yang berkaitan dengan hukum halal dan haram…
sham
Tujuannya untuk suruh orang berfikir dan buat penilaian sendiri. Halal itu jelas, Haram pun jelas. Tiada kelonggaran diberikan apabila melibatkan item ribawi seperti emas dan perak. Sila rujuk agamawan ditempat anda sendiri.
Roziman
heard that DD is now considering to take legal action on every of your single statement. Are you ready if they proceed?
Fbi
Adakah dinar dirham dilulus oleh bank negara?
Pernah dengar rangkain LETCHAT tak? Adakah company tersebut diluluskan oleh bank negara? Adakah syarikat tersebut boleh dipercayai?
sham
Kedua duanya tak diluluskan oleh BNM.
sham
Settlekan dulu isu dengan BNM. BNM tak keluarkan lagi Dinar Dirham daripada senarai mereka.
Fbi
Tetapi kenapa dinar dirham tersebut ada keluar Di dalam TV 3, TV alhijrah? Dan hugs masuk dlm surat kabar? Apakah tindakan yg dibuat oleh bank negara terhadap Cmpny dinar dirham tersebut setelah keluar di dlm berita,tv, dan surat kabar? Atau adakah bank negara hanya menunggu apabila ramai rakyat malaysia menyertai skim tersebut baru la bank negara ingin bertindak? Mohon pencerahan
sham
Paid advertising. Media terima je kalau orang beli iklan dengan diorang menerusi slot mereka. Saya tak pasti gerak kerja mereka di BNM. Bukan senang untuk mengumpul bukti dalam sebarang kes. Kadang2 ia ambik masa kecuali mereka ada bukti kukuh barulah pembekuan akaun dan pendakwaan akan dijalankan oleh pihak berkuasa. Apa yang boleh mereka buat ialah mengeluarkan amaran dalam Watchlist kepada orang ramai untuk mengelak daripadanya sebagai langkah awal.
Ada banyak skim berkepentingan terkubur setelah dimasukkan dalam watchlist berkenaan. Ada juga yang liat kerana asetnya dalam bentuk digital dan juga berada di luar negara.
Ada syarikat yang pernah masuk senarai tetapi dikeluarkan setelah pihak syarikat memberikan bukti berkenaan perniagaan mereka. Antaranya ialah Public Gold.
Fbi
Mcm mana pula dengan BITCOIN? APAKAH BITCOIN juga diharamkan oleh pihak bank negara? Kalau BITCOIN juga diharamkan kenapa 1MDB juga membuat pelaburan di dalam BITCOIN? apakah fungsi blockchain? Setahu saya syarikat syarikat pelaburan mata wang digital ni sekiranya blockchain sudah masuk pihak bank negara tidak boleh berbuat apa apa kerana syarikat ini adalah syarikat world wide
sham
bitcoin adalah e-currency dalam bentuk blockchain teknologi baru. Namun kebanyakan negara tidak mengiktiraf ia sukar dikawal dan untraceable. Ia matawang gelap kerana digunakan secara meluas dalam Dark Web iaitu pasaran gelap internet. Apa yang kita lihat sekarang hanya 5% internet, lagi 95% adalah darkweb dimana jual beli orang, organ, dadah,senjata dan sebagainya secara terbuka dan tidak terkawal. Encik FBI boleh search pasal darkweb ini. 🙂
Kalau nak akses, berhati hati kerana anda mungkin menjadi sasaran. Mesti “cloak” sehabis-habisnya identiti anda termasuk semua IP address, username & etc.
Matawang yang digunakan adalah bitcoin kerana ia tidak dapat dikesan siapa yang hantar.. siapa yang terima..
Ada individu berpengaruh seperti Sir Richard Branson menyokong pembangunan blockchain untuk masa hadapan. Ia adalah teknologi open source, siapa sahaja boleh bangunkan matawang mereka sendiri.
Bitcoin adalah mawatang utama blockchain. Selepas itu Etherium iaitu apa yang dinar dirham sandarkan.
Sudah banyak kali isu bitcoin dihack dan hilang secara besar besaran. Walaupun ia tak dapat dikesan, tapi ada hacker yang faham tentang teknologi ini boleh mencuri data bitcoin individu lain.
Ia cabaran teknologi baru.
Bukan salah bitcoin, tetapi orang mengunakannnya ke jalan salah dan membuat skim ponzi dengan mengunakan nama criptocurency. Jadi hati-hati, kebanyakan critocurrency ini perlu dilombong atau beli daripada individu lain. Tetapi asalnya ia dilombong. Bukan secara magik muncul.
Namun, ada negara yang berminat untuk menjadikan criptocurency sebagai salah satu matawang yang diterima seperti di Dubai. Ia satu perkembangan yang baik.
HAHAHA
KITA DAH NAK MENUJU KIAMAT BESAR DAHHH…APA BENDA PUN YANG KITA LIHAT SEKELILING SEMUA PENIPUAN, JAHIL, KEJAM, ZALIM, RIBA DAN SEGALA TOK NENEK KEMUNGKARAN, BERJUTA-JUTA SYARIKAT GAH2 HANGAT2 BELAKA SUDAH TUMBANG ZAMAN BERZAMAN BENDA2 PERNIAGAAN SEPERTI INI, BUKAN ANDA TAK TENGOK BERITA, BUKAN TAK BACA SURAT KHABAR, BUKAN TAK ADA FACEBOOK TAPI KENAAAA JUGAK BAU HANCING, ULANG DIULANG DAN SETERUSNYA ULANG LAGI SEHINGGA 100 KETURUNAN. ZAMAN PEMERINTAHAN IMAM MAHDI BARU LAH ADIL SEADILNYA UMAT MANUSIA BERNIAGA DAN JALANI KEHIDUPAN 100% MENGIKUT SYARIAT. RIBA PENZINAAN, MINUMAN KERAS LENYAP, AMANAH DITUNAIKAN , PERKARA-PERKARA KEJI HABIS BINASA, PERKARA-PERKARA BIDAAH DAN KHURAFAT DIHAPUSKAN, MANUSIA SEMUA HIDUP AMAN DAMAI, TIADA SEORANG PUN YANG MISKIN KERANA DIBERIKAN HAK SEWAJARNYA, ADIL DAN SAKSAMA. SO KESIMPULANNYA, KERJA LAH MACAM BIASA, OFFICE HOUR PUN OFFICE HOURLAH JANJI SUMBER YANG JELAS DAN TIDAK MELANGGAR SYARIAT, BERCUCUK TANAM PUN BERCUCUK TANAMLAH, MENJUAL BESI BURUK PUN JUALAH, BERNIAGA NASI LEMAK SETIAP PAGI LEBIH MENGUNTUNGKAN, INSYAALLAHH TAK RASA MISKIN ATAU SERBA KEKURANGAN. ADA KEUNTUNGAN SIKIT SIMPAN TERUS BAWAH BANTAL.
Ein
Assalam ya sham..baru semlm sy brjumpe dngn ib dd ini atas ajakan kawan yg sungguh.bertalu2 soalsn saya ajukan yg sy dapar dari laman ini namun djawab dngn lancar.azrai sendiri telah d pnggil ke kementerian kewangn n bnm baru 2 ini dan minta dibuktikn lajer perjalan dd.dari 15 minit menjadi 2 jam kerama bnm sendiri masih newbie dngn ctypto namun logiknya wujudnya crypto ini mmg nyata .tentg acc crypto ini d godam pula bg sy adalah salah pada empunya akaun sendiri.teknologi sha256 ini sngt tinggi .buktinya pengeluaran btc yg sngt terhad.jika seng d godam kenapa para kackers dunia tidak trus godam miner atau lombongnya??sha256 ini kesukaran matematik yg teramat tinggi.
Bnm hnya pesan jgn buat sistem piramid pokok melainkn ikut seperti sistem insuran shj.
Tentg deposit untul membeli dd ini sama seperti konsep local depositor broker house forex.sebab itu perlu sahkn n bru approved.
Tentg tidak libatkn akaun koperasi itu pula rasanya tidak berasas kerana etps ini mempunyai byk akaun yg di dlsagkn oleh dd sendiri untuk dptkn nilai digital nya.
Tentg riba pula rasanya tuan sham telah slh fhm d sini.ia crypto dnc n bukan emas.hnya mengikt untuk pengeluaran atau deposit melalui nilai dinar atau emas semasa.
Sama seperti forex .ia asset digital namun asas fiat adlah rizab emas yg ada setiap negara.ia berbeza dengn menyimpn duit fiat n tunggu kenaikan n tukarkn dngn duit fiat yg d ingini.
Forex asset digital kewangam yg d sandarkn dunia.tiada riba disitu.melainkn swap gmt.namun blh pilih untuk non swap.
Begitu juga konsep dd digital ini .cuma melalui medium crypto yg bersndarkn nilai emas dinar 4.25 g.forex konsep asset digital yg medium fiat money.
Ini yg sy diberitahu oleh mereka yg ceburi n ilmu bidang ini.forex halal d brunai.100% hudud.
So konsep cryto ini pun sama cuma medium yg berbeza maka ada juga kebenarannya.itu kata mereka yg saya dpt.tq
sham
TQ. Saya akan ubah artikel apabila BNM tarik balik DD daripada watchlist mereka.
kurtrosaki ichikurt
Teruskan bongkar.. Sy menunggu keputusan.. Btw, terima kasih atas penjelasan
BM
Saya dah ikut program Dinar Dirham ini selama 9 bulan dan setelah melakukan banyak pembacaan terutama dalam pencarian saya dari segi halalnya skim ini, saya terserempak dengan blog saudara ini. Dan setelah membaca artikel tuan saya terpanggil untuk memberikan komen yang saya cuba tidak menyebelahi mana mana pihak (neutral) kerana ada sesuatu yang rasanya perlu diterangkan secara lebih terperinci.
Saya rasa sebagai blogger yang ingin dilihat sebagai ada kredibility kita perlu ada ilmu tentang sesuatu perkara, terutama yang banyak melibatkan pengetahuan teknikal seperti skim seperti Dinar Dirham ini. Dari pembacaan saya tentang artikel tuan di atas saya rasa pengetahuan tuan tentang skim ini adalah tidak mendalam dan hanya berkisar kepada apa yang sudah ada di media lain (mungkin di blog orang lain). Bukan juga salah tuan sebab tuan tak masuk dalam sistem DD sendiri. Tapi saya rasa banyak point yang tuan tertinggal atau memang tak ada pengetahuan tentangnya.
Ternyata pengetahuan tuan tentang teknologi Blockchain itu sendiri sangat lemah bila tuan kata untraceable sedangkan blockchain itu adalah decentralised ledger yang merekodkan segala perjalanan sesuatu transaksi – siapa owner, siapa receiver, dari mana datang asalnya dan traceable sehingga ke owner asalnya. Memang ada kelemahan sistem Blockchain ini dan tiada sisten yang sempurna pun kerana kesempurnaan itu cuma milik Allah tapi Blockchain adalah teknologi yang lebih telus dan transparent banding dengan ‘centralised server’ yang digunakan kebanykan bank bank yang ada sekarang.
DD melakukan program ini bukan bersendiri. Ada lebih 10 business partners yang sama2 membangunkan program ini termasuk broker, liquidater, pembuat emas 999.9 dan Dinar Dirham adalah penyedia teknologi. Sistem ETPS di mana pooling fund berlaku adalah berpusat di salah satu offshore sebab Malaysia belum ada undang-undang untuk sistem ini. Sebab itu registered office yang pertaman di Hong Kong kerana Hong Kong dah ada undang2 merangkumi urusniaga guna Blockchain. Dan office lain di Singapore sudah beroperasi.
Anda katakan kemunculan DD di tv adalah paid media. Lucu. Apa yang saya tahu, DD adalah dijemput bukan membayar untuk promo bisnes DD. Malah DD dijemput bukan semata cakap pasal DD tapi lebih kepada crypto currency, teknologi Blockchain dan hal berkaitan inovasi fintech.
Penat pulak menaip.. Itu sajalah dulu.
Harap ada manfaatnya.
sham
terima kasih.
mz
Satu persoalan yg prnh saya tanyakan kpd agen DD ni, bagaimana mereka mendpt untung hingga blh membayar keuntungan 10% setiap bulan.. Bermakna dah cecah 100% untuk jangka setahun.. Soalan ini juga pernah ditanya oleh american kpd Arai sendiri ketika dia di US..dan kelihatan arai tak blh jawab… Hingga american tu ckp lbh kurang “I think he is an idiot..” sambil ketawa….
beware
family saya ada yang masuk, wlupun da bgtau yang dinar dirham ni scam…pd sy simple je…beli barang kne ade barang…tp diorg ni byr pastu dpt resit, nti 6 bulan br bley bwk kluar dinar (klu nak..klu x, simpan lg dlm bentuk digit)…pastu org y dtg rumah bagi penerangan tu, konon nye ustaz…tp mention yang DD ni xperlukan kan akad beli pun…yela sbb brg xde, mcm mane nk akad ye x? pastu siap bgtau xpayah byr zakat….yela, sbb emasnye x materialize depan mate…padahal zakat tu sendiri2 paham la…xde sape pun nak marah klu xbayar zakat…tp sendiri punye kesedaran…
just bcoz this 2 reason la buat sy lg ragu2 dengan ustaz2 bajet y masuk skim DD ni….igt krypto currency ini semudah tu ke….tlg la sedar…geram sgt dgn family yang masuk…ceria beria habis semua anak beranak nk suruh masuk…
musa
syukur alhamdulillah, penjelasan yg bagus tapi masih neutral adakah scam atau tidak. terus terang saya sudah masuk etps dlm 2 bulan alhamdulillah pabila saya withdraw dorang bayar. cuma saya masih tanda tanya adakah riba atau dsebaliknya. saya tidak mahu mmberi makan keluarga saya bnda yg subhah apa lagi yg haram. terima kasih tuan Sham mnkaji dlm blogger ini.
Danial
Nak masuk pun dah rasa ragu ragu..dulu dah pernah kena dngn syarikat lain..tak nak la pisang berbuah dua kali
Ridhwan
rasa ragu2 xpyh masuk bila kita ragu2 satu hari jgn ada penyesalan…pada yg cetek ilmu tanya pada orang yg sebetulnya..apa yg tuan BM jelaskn betul…orang kita jgn asik dok pikir 1 kerja x jalan..bila orang lain berjaya mula kata menyesal la…pucuk pangkal anda sndri..rasa nak teruskn..rasa xnk sudah diam..itu sahaja..action tuu yg penting kalau pikir 1000 kali action pon masih ragu2 baik jgn jd manusia…kita manusia ni biar la xtaw cmne pon ada kerja yg halal..
Danial
Kepala otak kau kata jangan jadi manusia..hah lepasni dah kena kat batang hidung sendiri makan ubat. Orang terjun lombong kau pun nak terjun lombong. Ini pilihan sendiri, tak ada paksaan sbb ni melibatkan harta dan hidup engkau..kejayaan orang lain tu terpulang kat dia mungkin tu rezeki dia, orang bodoh je yang menyesal dngn kejayaan orang lain.
Ridhwan
hahaha kne batang hidung sendiri ke?berulang kali sy kne bang dlm hidup perlu ada luka perlu ada ubat baru hidup namanya…sy ckp general tuu…sy join mcm2…sy dh merasa mcm2…trpulang..rasa berani terus..rasa ragu2 xpyh..relax bang jgn mrh2…jgn kata orang bodoh x berapa sesuai…kurang pendedahan ke..kurang berani ke…sbb golongan yg join semua ni dunia mereka lain..biar pisang berulang berbuah sekalipun selagi dunia x kiamat cari la rezeki halal..sekian assalamualaikum…lg 1 sy bukan ckp kosong sy ckp berdasarkn pengalaman sekeliling kita juga..
Perati je
So habis suda kamu cerita DINAR??
BNM pun suda approve?cer sembang la lagi..?
sham
Masih Ada dalam Alert BNM – http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20170920_FCA_EN.pdf
sham
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1488-al-kafi-568-hukum-pelaburan-emas-yang-ditetapkan-bonus
Ibnu Rahman
Pencerahan yg berhemah tn Sham.
aku dah insaf
untung sabut timbul
untung batu tenggelam
untung DD… tunggu dan lihat je laaa… kot2 tenggelam tak timbul2.. hanya masa je dapat menentukan sapa yg untung dan sapa yg rugi nanti… kalau dah terhantuk.. pakat2 la hantuk kepala kat dinding rumah masing2 kahakah
Just Me,sharing
En Sham.. Sila Faham apa itu blacklist dan Watchlist yang diterangkann oleh BNM di laman web nya.
Harap semua pembaca pun faham dan baca. BNM ada sebut watchlist makna dalamperhatian tapi DD tidak buat apa kesalahan dari segi undang undang… yang lain sila baca sendiri ya..
Saya cadang Encik Sham beli 1 dinar dan lihat sendiri apa itu ETPS dan beri lebih komen…. serupa kalau kita bidang ofis tak kan mau komen pasal bidang restoran klu kita tak faham..sekian. maaf kalau apa tulisan yang tersinggung mana mana pihak.
eweres
Saya x melabur pon dalam DD..
Tapi saya ada buat kajian sendiri mengenai DD..
Dan dari data saya ada..
Saya boleh jawab semua persaolan yang En Sahm utarakan..
Blokchain tak telus.. Saya sudah buat semakan sendiri. Dan ia agak lain dari yang En Sham terangkan.
10% darimana ia datang. Saya dah tengok macam mana Pemilik DD terangkan, tapi dia tak terangkan dalam video mat salleh tu. munkin ada alasan dia. Tapi dia ada terangkan dan saya ada dapat maklumat itu.
Hukum beli emas dgn beli DD. Apa beza.. Apa hukum bila faham persamaan dan perbezaan. Ada perbezaan pemahaman yg jauh antara En Sham dengan saya.
Haram atau lulus shariah. Saya akan tunjukkan pada En Sham dari sumber saya ada. ini sangat menarik kalau En sham tengok sendiri apa saya ada.
Watchlist BNM. Apa makna watch list dari BNM yg BNM sendiri takrifkan. kita kenefaham takrif utk buat keputusan yang betul.
Harap En Sham boleh hubungi saya utk berbincang dan bertukar fahamam, kerana saya juga nak betulkan pemahana kalau saya tersilap.
Moga En sham sudi tunjuk ajar saya dan hubungi saya di facebook:
http://www.facebook.com/stokissususuffy
Makhluk Allah
Tuan tak update blog lagi ke?yang terbaru premis Dinar Dirham diserbu BNM..
Tengokje
Dah kena raid pun dgn bnm. Enough said
sham
Semalam sudah kena serbu BNM dah pun. RM15 juta dibekukan dibawah AMLA -https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/11/29/koperasi-dinar-dirham-premises-raided-over-suspected-illegal-deposit-taking/
Tunggu sahaja pendakwaan dilakukan nanti.
sham
Saya tau. Sibuk dengan komitmen lain. Jadi saya biarkan penyokong DD tengelam dengan labunya. Bila saya terangkan ada taknak percaya. Takkan nak kena serbu macam tu baru nak percaya.
sham
Koperasi Dinar Dirham dilancarkan oleh pengarah SKM. Salah satu agensi yang serbu semalam ialah SKM sendiri. 😛
Jadi apa yang kita boleh belajar?
darnsyz
Difahamkan serbuan yang dibuat terhadap Koperasi Dinar Dirham adalah berkaitan ICO yang dibuat beberapa bulan lepas. Manakala skim pelaburan yang banyak dibincangkan dalam thread ini adalah menggunakan sistem etps yang dijalankan oleh syarikat yang berdaftar di luar negara, bukan oleh Koperasi Dinar Dirham. Wallahua’lam.
sham
Sebelum ICO pitiscoin lagi mereka dalam pemerhatian BNM. Dinar Dirham dan Koperasi Dinar Dirham sememangnya berkaitan walaupun didaftarkan di negara berlainan. Tindakan serbuan dilakukan setelah cukup bukti daripada penyiasat BNM dan juga cyber crime.
Rijal
I’am one of the investor..
Siasatan dh selesai n Arai x trrlibat, Kodinar bgerak solo n keluar dr landasan sebenar investmnt..
So jommm invest..its save,trust ur heart..
darnsyz
Untuk makluman, Skim dinardirham yang dijalankan melalui sistem ETPS adalah telus dan dalam masa dua tahun sahaja, mempunyai lebih dari 90,000 pemegang akaun termasuk dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Cambodia, Singapore, Japan dan Amerika. Tidak ada satu aduan pun dari pemegang akaun bahawa mereka telah ditipu, semuanya berpuas hati dengan pulangan lumayan yang diperolehi setiap bulan. Jangan dikaitkan dengan koperasi DinarDirham yang telah mengheret Dato Arai sama-sama semasa siasatan Bank Negara Malaysia. InsyaAllah mereka akan melakukan ICO pada bulan Mac 2018, jadi rebutlah peluang untuk masuk melabur sebelum itu. Besar ganjarannya bagi orang yang memberi kepercayaan awal.
Jom, invest.
Ex-Wadiah Trading
DD adalah Skim cepat kaya. Ramai terpengaruh sebab dpt 10% setiap bulan selama 6 bulan. Selagi ada orang join, selagi itu orang yang masuk dulu akan dapat seperti yang dijanjikan. Company bayar seperti yang dijanjikan 10% tanpa miss. Semua orang yg join kata tak tipu, betul2 dapat. Teknik ini akan lebih meyakinkan orang yang baru nak join. Akan tiba suatu masa pasaran jadi tepu. biasanya dlm masa 3 tahun. Masa tu xde orang baru nak join dah. company pun takde duit dah nak bayar peserta lama dan baru. Laman web pun hilang dah. tak leh nak login dah. Duit pun hilang dah.. Tak sempat nak WD dah.. Masa tu menangis lah sepuas hati.. Orang yg masuk awal dulu yg sempat WD dapat lah untung sama seperti yang diceritakan didalam plan bisnes.. Tapi masalahnya orang yang sertai kemudian.. Duit mereka lenyap.. beri pada orang yang sertai awal.. Jadi apa status duit yang dapat tu? jawabnya ambil harta orang secara batil. Nak kah kita macam tu? nak bagi makan pada anak bini kita? nak guna duit tu kah? Jauhilah program seperti ini..
zahed
Nk kaji encik syam letak la 1 dinar. Ni kaji luar tak thu benda aoe kat dlm tu nntie orang kata encik syam nie fitnah pula. Register etps pun free boleh kaji. Blockchain system pun encik syam tak tahu. Kajian proof of work, proof of stake dalam cryptocurrency encik syam mesti tahu kan sebelum buat statement mcm nie. Pre order tu tu encik syam ckp benda tak dpt lagi. Sedangkan benda dah dah ade pun. Cuma nk ke tak nak je nk staking atau tak. Klau x nak staking tak boleh buat minting process. Encik syam nak kaji dalam2 lagi? Terus letak la 1 dinar rasa dulu. Sye bg link encik syam register pastu hentam byk2 kat dlm system yee.. Senang sikit nk hentam nntie.
https://etpswallet.gold/Right/zahedaziz1
Lepas register activation dengan password dia hantr kat email. Tauu.
sham
Kita tunggu pendirian BNM tentang kriptocurency ni nanti. 🙂
Saya takde masalah pasal teknologi blockchain ni. Ia open source. Buat masa sekarang bagi saya kripto adalah bubble yang akan pecah bila-bila masa. Kita kembali kepada cerita-cerita akhirzaman oleh pengkaji dan juga dari sirah nabi.
Saya pelik setiap kali review sesuatu skim akan suruh saya masuk atau beli dulu pakej ditawarkan. Lebih baik saya beli dinar betul kat kedai emas daripada kripto yang tak tahu hujung pangkal.
babyku chak chak
ambil iktibar dari Fx united..walaupun dh bertahun bertapak di malaysia..akhirnya terkubur juga. sampai sekarang modal tak dapat balik..kesian pelabur yang buat loan sampai 80k..sebab belum sempat rasa bonus…akaun company dah kene freeze kata org atas…erhmn…
zahed
Sebab tak tahu hujung pangkal la Encik Sham kene tengok balik dari sudut mana yang encik sham cuba ketengahkan. Teknologi Blockchain sangat besar untuk dihuraikan. Kalau tak nak beli tak apa. ETPS adalah free registration. Tuan Sham boleh tengok isi hati ETPS tu dari dalam tanpa membeli. FAQ, T&C, Risk Dislcamer, Syariah Compliace, Whitepaper, semua ada dalam webiste dan juga ETPS. Saya tak boleh nak katakan apa kalau tuan sendiri tak nak usaha untuk cari kebenaran dari fitnah tuan. Public Ledger explorer bagi DNC juga diberikan dan menggunakan ethereum smart contract di etherscan.io. Kalau Encik Sham boleh huraikan network TCP IP protocol bermaksud memang Encik Sham orang IT.
zahed
Jadi saya harap bila orang IT bercakap dengan orang IT saya galakkan supaya Encik Sham try and error sebelum mencarut. Tak main game tapi cakap tak best. Nak tahu best main la sklie. Lepas tu uninstall la balik games tu kalau x best. Noob.
PipsHunter
pernah ditawarkan kan untuk join benda ni… tapi bila kaji balik..1 dnc di minting pada MT4.. huhu..risau juga.. once broker buat hal.. apa akan jadi.. 6 month lock price.. brp dah swap charges.. brp banyak lock position boleh buat kat MT4.. MT4 ni old technology… mcm mana boleh bayar tahunan up to 100%… belum kire affilate sales lagi.. tapi kalau betul.. ok lah… bergembira…
Elena
Still wondering with the mind-set of certain investors. They claimed how certain government restrain their people to generate side incomes. How that statement had been implemented in their mind by the upliner only to convince the new investor and more into persuasive situation the upliner had showed a very big amount of money. Come on people please read a lot and personally I agree with Mr Sham. Even the co-founder of bitcoin Emil Oldenburg has sold his bitcoins and saying “virtually useless”.
Ps: Mr Sham please update any current news about this DD.
Reitz Jakaria
Apa pun yg di-uraikan dgn panjang lebar tentang negative side of Dinar Dirham, saya, family saya, kawan² saya dan setakat ini lebih 167,000 active users sudah merasa nikmat kewangan selama lebih 2 tahun..10% profit earning, over-riding bonus, referal bonus dan group reward selama ini telah membantu saya menyelesaikan banyak masalah kewangan selama ini..setakat ini group saya tak pernah sekali pun miss kena bayar semua profit earning dan bonus yg dijanjikan dari hari pertama saya melibatkan diri dengan Dinar Dirham..tak tau lah apa yg nak dikatakan lagi..saya sudah berulang kali sambung kontrak (6 bulan) dan dengan itu sudah meraih kembali semua initial investment saya dan sekarang dapat duit free tiap² 30 hari..so, bagi saya apa nak kata yg negative tentang Dinar Dirham, katakan saja lah, yg nyata saya bertuah mendapat rezeki yg lebih dari Allah SWT melalui Dinar Dirham..terima kasih?
Aizat
Seriusly sbb join Dinardirham sy dah settle ptptn dan ada modal buka bisnes…dan skrg kami ahli dinardirham menunggu ke fasa yg lebih besar d mna simpanan dnc dlam etps kalau slama ni dalam server… tp akan ke aset ddk yg betul2 dlm blockchain…
Ariffin
sebaiknya, sebelum kita menilai akan sesuatu perkara, kita perlu ada ilmu terlebih dahulu. Kalau kita membuat penerangan berdasarkan andaian sahaja, bukankah itu melebih kepada fitnah jika disampaikan kepada yang lain. Tertutama pada Dinar Dirham. Kita perlu kaji dan faham akan teknologi masa kini, perjalanan Blockchain, perbezaan Centralized dan Decentralized, apa kaitanya Dinar Dirham dengan DNC, apa kaitannya dengan ETPS, apa programming script yang digunakannya, dengan siapa dia berurusan, negeri mana ia ditempatkan, dimana ia dilesenkan, dimana ia membuat talk, apa teknologi ia gunakan dan banyak lagi… Jika benar Dato adalah seorang yang tidak jujur, maka semua negaralah dia sudah tipu. Kalau anda merasai hairan bagaimana DDKoin / DNC dapat menghasilkan duit Fiat (wang kertas), anda tidak rasa hairankah bagaimana boleh Bitcoin (BTC) boleh ditukar pada duit Fiat (wang kertas) dengan hanya melalui mesin mining?? Kita sudah masuk ke dunia digital. Jika benar teknologi tidak berubah, mengapa kita tidak gunakan telefon bimbit NOKIA 3310? Malahan semua orang masa ini menggunakan telefon bimbit yang dapat menghubungkan ke internet. Sedikit pandangan daripada saya aje. 🙂
Lone ranger
Lone ranger
Salam..ok ni just pendapat akula. X kiralah DD ni sah ka atau x sah ka di sisi undang2..pendapat masing2..bg aku klu ada pihak yg menyekat operasi DD da tentula BNM. Tp tahukah kita selama ini siapa yg memiliki BNM.? Dan central bank di setiap negara? Sebenarnya sistem kewangan di seluruh dunia dikawal oleh Rotschild family orang yg paling berpengaruh di dunia. Bnm adlh satu badan yg diiktiraf oleh undang2..undang2 siapa? Undang manusia. Crypto ni siapa cipta? Boleh jadi dr member2 freemason. Cuma x pasti apa statusnya di masa hdpn. Boleh jadi legal currency ( new world order). Senang cerita dlm hal ni sbg sorang muslim haruslah kita berbalik rujuk mengikut hukum syarak. Kerana Islam itu indah ia merangkumi semua aspek kehidupan. Dari segi halal atau haram..cuba kita perhatikan.. Sumbangan suatu modal dengan perjanjian pulangan yg sudah ditentukan adlh riba.. Cth “aku bg kau pinjam duit aku 1000. syarat kau byr balik dlm tempoh 6 bln beserta pulangan 10% kpd aku” .bukankah itu namanya riba.. Dlm islam yg dibolehkn adlh perkongsian untung rugi. .peratus pulangan adlh bedasarkn untung rugi bukan yg kita tentukan..Dunia x lama..dunia ni ibarat sebelah sayap nyamuk ja dibandingkan ngan akhirat. Bukan senang mau senang.. X da shortcut dlm dunia ni. Klu mau duit byk..beniaga..wasalam
nullpointer
DNC dah tiada, ETPS pun dah tiada. Semua dah tukar ke DDK kononnya akan meroket ke bulan. Kononnya pelabur Jepun, Vietnam, berbaris panjang nak beli DDK… Kontrak emas dah jadi coin sampah…. tp hairan, masih banyak yang hidup dalam penafian.
Si Azrai nie bukan sekali menipu, mula dari eGold, pastu RGCX, pastu FYRANEX, dan terkini DNC/ETPS -> DDK. Kononnya harga mencanak 1 DDK = 1000 USD. Semua SH kena paksa tukar dari DNC ke DDK… dah x de duit kot nak bayar hibah 10% tu.
Walau DDK dah masuk SIMEX, harga awal konon 1 DDK = 200 USD dah jadi 26 USD…. tu pun x de org nak beli… tunggu masa sahaja nak kena tendang keluar dari SIMEX. Kesian pak-pak lebai, ustaz-ustazah dok promote. Ada yang dah meninggal dunia pun tunggu dapat hasil DDK. Ada kawan-kawan yang kena tarik kereta sbb melabur dlm DNC/DDK.
Kesian juga pakcik-makcik yang kat kampung, dulu ingat dapat mas, nie dapat coin sampah… camna nak jual pun tak tahu.