Kerja dari rumah menjadi idaman setiap orang. Lebih masa untuk keluarga dan anak anak. Indahnya bukan? Begitu juga dengan keadaaan ekonomi yang semakin lembab menyebabkan ramai yang ingin mencari pendapatan lebih untuk keluarga mereka.
Kali ini saya akan menerangkan bagaimana penipuan kerja dari rumah yang dikenali sebagai home data entry, hantar email dapat duit dan sebagainya. Saya pernah terkena juga masa saya mula mula terlibat dalam perniagaan ini. Ingatkan apa? Rupanya ia adalah scam.
Penipuan ini begini:
Di Akhbar
Scammer akan mengiklankan bahawa anda boleh mendapat wang yang banyak dengan hanya bekerja dari rumah. Dalam akhbar pun banyak iklan ni. Pasang mainan la, susun katalog la, data entry la,hantar email la dan bermacam lagi kerja mudah yang mereka tawarkan menerusi “kerja” mereka.
Iklan di Harian Metro banyak menawarkan benda sebegini. Mereka akan meminta anda sms alamat dan nama anda kemudian mereka akan menghantar satu kertas penerangan tentang peluang buat duit mudah dari rumah anda. kemudian anda perlu membayar jumlah tertentu bagi mendapatkan starter kit. Setelah membayar starter kit, mereka akan meminta pula anda membayar untuk yuran guaman mereka.
Jika betul mereka menawarkan anda kerja, kenapa perlu anda membayar untuk bekerja? Mungkin ada yang tak perasan disebabkan terdesak kerana mengangur atau mengalami masalah kewangan. Akhir tiada apa apa. Mereka gunakan alamat PO Box. Ini menyukarkan pihak berkuasa mencari premis golongan scammer ini.
Di Internet
Penipuan home data entry ini pula mengunakan cara yang sama. Anda perlu membayar starter kit. kemudian ulang apa yang telah dibuat oleh scammer. Anda akan dibekalkan tool kit untuk anda jual. Bekalkan tool kit yang langsung tak berkenaan dengan home data entry. Malah tak kena key in data pun!
Itu yang pelik tentang home data entry ni. Anda hanya diberi tools untuk menipu orang lain dan mengulangi kerja yang sama. Saya pernah terkena dengan golongan makhluk perosak ini. Saya tanya kembali kepada “penjual” kit tersebut, kata mereka… orang jual kat dia suruh buat macam tu. Itu bukan data entry namanya.
Saya pada mulanya saya perlu masukkan data,menaip untuk syarikat orang seperti seorang virtual assistant. Rupanya hanya jual kit yang kononnya pekerjaan data entry. Apa yang data entry bagi mereka ialah tulis iklan di laman iklan percuma dan jual kit tersebut untuk mendapat wang. Proses berulang apabila anda menjualnya kepada orang lain.
Ini rupanya yang mereka maksudkan international data entry kerana penerangan dalam toolkit tersebut adalah dalam bahasa inggeris. Memang satu penipuan yang memanipulasi orang yang mencari pekerjaan. Apa yang saya harapkan anda tidak tertipu seperti yang saya alami ketika mula mula berjimak berjinak dalam dunia internet.
Mungkin ada yang menawarkan pekerjaan data entry yang betul betul. Tetapi jumlahnya sedikit sahaja. Yang banyak ialah penipu yang mencari mangsa. Hati hati. Internet bukan sahaja boleh menjadi anda seorang jutawan, malah seorang mangsa penipuan.
inilah realiti dunia maya- internet. Jangan percaya bulat bulat apa yang orang kata! Kaji terlebih dahulu ye.
Anda boleh baca artikel oleh ustaz Zaharuddin tentang hantar email,dapat duit. Ia adalah sama. Ada juga yang membekalkan senarai email untuk dispam. Email tersebut dikumpul menerusi email crawler. Dah la suruh buat benda tak betul, cara pun tak betul jugak.
p/s: Saya merasa jelik apabila ada orang menjual ebook pada testimoninya yang mengatakan mereka telah menyelesaikan hutang pendidikan mereka awal. betul ke? Kebanyakan produk yang dijual adalah produk scam tetapi testimoni mereka nampak real. Tetapi bila testimoni cakap mereka telah selesaikan hutang ptptn pada usia tertentu,saya gelak sorang sorang. “Bertanggungjawab betul orang tu ye”. 😛
p/p/s: Macam tak betul je bila cakap cari duit untuk bayar loan ptptn je. Biasanya orang akan kejar untuk bayar keta,rumah,kawin dulu.Bukannya loan ptptn, sebab tu ramai lagi tak bayar hutang tu kot.:)
Incoming search terms:
- svb system tipu
- kerja dari rumah data entry
- kerja dari rumah yang boleh dipercayai
- https://www shamsuriyadi com/scam-alert/scam-alert-home-data-entry/
Rizal KomenEbook
Salam Sham.
Molek jugak highlighkan hal ni, dalam “Panduan Beli Ebook” versi pertama saya, saya bagi modul lengkap perniagaan macam ni kepada pembeli – Sekadar Pengetahuan, Bukan untuk diamalkan 🙂
sekurang-kurangnya, biar newbie tahu, produk ala macam ni sememangnya menipu, dah lari dari konsep asal.
good job bro!
titan
tapi sham. memang aku berjaya bayar duit ptptn lepas kuar universiti nih. Orang lain aku tak tau la. Haha..
abgzol
..saya pun pernah terkena masa mula-mula nak belajar buat duit di internet. Pada mulanya saya ingatkan betul-betul ler kerja menaip dari rumah & dibayar gaji atau komisyen. Sekali dapat kononnya starter kit..hampeh dah ler type-setting pun berserabut & kerja kita cuma promosikan laman web yang sama, apabila ada pemohon just hantar kit yang sama! Tu sama lah mcm kononnya bisnes gaya pos..tapi photostate menda yang sama & pos. Membazir masa & duit stem jerk..belum campur duit minyak gi pos opis! Thank’s Sham dedahkan penipuan ni..!!
fiona
salam..
mula2 saya nak join..nak cari duit lebih time cuti semester..
banyak pulak cerita- cerita saya dengar…takot la..dah tak tahu lagi nak beza mana yang betul dan mana yang palsu..tawaran dia memang besh tapi kalo yang tak kena bayar tu..kalo kena tipu tu tak der la nyesal sgt…
azman b ayob
saya minat nk buat kerja data entry sila email saya kalau2 ada betul kerja itu tq.
azman b ayob
abdul_leisure@yahoo.com sila email apa2 bz yang berkaitan dgn data entry tp nk yang betoi2 ok.
Nasha
Salam Sham, i pun teruja nak buat kerja dirumah je kerana penat kehulu kehilir buat MLM, networkinglah insuran 10yrs tapi penatnya Masyallah.. I sedih tu i tinggalkan anak2 dri kecil smpi besar Skrg nak cari duit extra.. Bkn xbersyukur tapi nak buat simpanan juga utk hari tua atau dlm kecemasan, ya lah Klu xada duit xada siapa nak tlg kitakan.. Tapi pelik tu Ada kena Bye RM10 Ada yg suruh bnk in RM50 mana satu yg betul.. I nak kerja yg tak membuang masa dan amat lah rugi rasanya Xdpt melihat anak membesar depan mata …. I nak kerja dgn fikiran yg tenang dan tidak dlm tekanan … Wallahualam bilsawab.
sham
Puan kena berhati hati… memang mereka menawarkan sesuatu yang sangat menarik kepada kita. Jangan tertipu. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran. Puan perlu membuat kajian terperinci tentang apa yang ingin puan lakukan di internet untuk menambah pendapatan. Jika tidak, ia hanya membuang masa sahaja.
Afif
..stakat ni saya pernah skali je kerja data entry yang btol2.. tp bukan home-based la… tp siyesly.. keje part-time terbaik saya yg tu laa..maklumla zaman student,, nk cri duit lbih.. data-entry yg saya wt tu..kje shift mlm… 8 jam.. sabtu ahad, konpem cuti… g kje pakaian bebas berkasut.. pastu duduk je.. n ade pantry room, bwk cwn je,, barang2 banduh air sume dlm tu.. kitorg wat data entry untuk shipping fedex.. tp typing kne laju la jgk .. mmg dpt kje tu through agency..tp yg pnting xpyh byr pape.. basic 1100.. elaun shift 10 sehari.. so bulan2 law xwt o.t pon gaji bersih 1.2++ konpem dah.. yg online punye jgn caye..mengarut je…
sham
afif, tu keje data entry yang sebenarnya. Kalau online, banyak yang tipu. kalau minta kena bayar tu, elakkan sahaja.
Arif Zulhilmi
hehe… kelakar pulak bila dengar ada orang bersemangat menghabiskan hutang ptptn. Tak sangka orang yang jenis menipu ni pun bayar hutang ptptn. 🙂
chi
saya tak kerja benda ni pon tapi dah habis bayar ptptn 😀 saya mcm interested la nak kerja dari rumah tapi lepas baca artikel ni, aduh saya fikir 10 kali. nasib baik saya tak buat pape lagi.
saya terasa sgt bangang sebab percaya (nasi bbaik blum bayar apa2)
thank you selamatkan sayeee!!
sham
hati hati kat internet. terlalu banyak jerat yang menanti.
sis eida hafieda
asslkum..saya baru nak join epay2u..hm..tapi masih ragu2..memandangkan saya dalam keadaan sarat hamil anak ke2,dan melihat suami bertungkus lumus mencari duit tergerak hati ingin meringankan beban suami tersayang.. boleh dipercayai ke kerja macam ni?hanya menghantar email saya akan di bayar rm20…buat permulaan saya kena buat pembayaran rm20…http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=1&ved=0CBcQFjAA&url=http%3A%2F%2Femailcash.terapad.com%2F&ei=NfXhTcfYPMnirAeHi8GkBg&usg=AFQjCNGlg9TnbwD8O3VeLdfr7dRhbMH1IA
sham
scam… elakkan sahaja.
Liza
Salam, sham.agaknye, ade tak website yang betul2 untuk keje data entry nih?
sham
mungkin ada tapi mereka pasti tidak membuka secara terbuka.
Zaritha
Salam Sham,
Saya pernah membantu rakan saya buat data entry masa kami sama2 belajar di universiti dulu. Pada masa tu kami di kehendaki ambil guni2 surat daripada PO Box di pejabat pos dan key in dalam system. Pendapatan x lah banyak sangat, sebab dia kira i borang beraduan yang kita key in dengan bayaran 11sen, biasanya satu guni saya akan dapat dalam RM110.00.
Seandainya saudara syam ada contact or tahu mana2 company yang betul2 menawarkan kerja data entry dari rumah, harap dapat beritahu saya.
Saya betul2 perlukan kerja sambilan ini.
Thanks
sham
Sekarang ni nak cari syarikat yang betul2 menawarkan pekerjaan sebegini sangat sukar. Jika ada pun, mereka tak tawarkan secara terbuka. Dan tidak ditawarkan menerusi internet. Yang saya jumpa ialah scam.Lepas keluar U dulupun saya pernah kena.Tengok iklan kat paper. Memang terkena.Dari situ saya nekad untuk dedahkan sebarang penipuan dengan membuat analisis dan review di blog saya.
farah
hai sham,saye memang baru mulakan perniagaan internet.saye menjual baju bayi dan kanak2…….tapi sepanjang 3 bulan nie memang tiada satu pun customer.faktor itu yang mendorong saye ingin melakukan part time lain di internet seperti part time data entry.tapi bile awak dah dedahkannyer saye jadi takut.tapi tak ade ker yang memang jujur?
sham
Tiada jualan sebab silap dalam pemasaran tu.. Barangan bayi dan kanak2 ni sentiasa ada demand. Buat laman web/blog, kena promosikannya. Jangan harap ada orang masuk je tanpa buat sebarang promosi. Langkah terbaik ialah mengunakan facebook.
Jobless Girl
Zaman sudah berubah.. banyak scam disekitar kita orang jadi kenalah berhati-hati..
nasyita
Sy nk tahu lh laman web http://www.kerjadarirumah.com.my ni pn scam ke?
sham
Nasyita itu lebih kepada direktori untuk membantu wanita mencari kerja dari rumah..mereka dah ada pelanggan tetap tersendiri.
sensasi2020
Betullah..sekarang ini heboh pasal mejana duit melalui online, silap haribulan boleh tertipui. Kena berhati-hati dlm bab ini. Jangan mudah tertipu. Bagus artikel yg anda buat. Ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada rakan2 lain.
Sue AK
Saya pun terkena juga.. SVB System…
Mula2 byr Rm38 lps tu suh byr lg RM78 utk junior n RM258 utk senior..
Memang terbukti Scam..
Cindy
Ya, SVB system homebased data entry memang tipu je. Kata mereka bayar Rm 38 dapat kit untuk mulakan typist job, tetapi request RM 78 Dan RM 228 lagi untuk join senior atau junior member. You have to find other people to pay Rm38 first then only you get pay. Mulanya cakap freelance vacancy tetapi after bayar RM 38 mereka cakap INI bukan vacancy tetapi online business selling their tool kits and system.Bullshit!!!
amutha
Aiyoo I just send my reply to SVB SYSTEM dia orang tipu jugak after I read all their post here.if anyone has contact number for home base data entry please send me
yana
sangat membantu, terima kasih…..huhu…
syuhada
Salam..kiranya kerja data entry yg mcm job di rumah ITU pun tipu laa sebenarnya?
sham
jobs dirumah..itu saya tak pasti sebab tak pernah tengok bagaimana kat dalamnya.