Atas permintaan beberapa orang yang meminta saya review pasal Blogstarz. Adakah betul betul menjana duit seperti yang diorang cakap? kalo Gangstarz dapat la USD100,000 tapi blogstarz takdela. Apa yang blogstarz buat tu nampaknya mula dihentam beberapa orang blogger seperti Mael,Taukey & beberapa lagi blogger lain.
Kami memang alert dengan berita semasa…hohoho
Saya tak nak tulis panjang pasal marketing plan ke apa..Korang leh baca la kat blog dibawah ni.Memang panas seperti biasa…penyokong diorang akan reply dengan maki makian dengan alasan blogger berkenaan fitnah & dengki dengan Blogstarz.
Blogstarz: Apa Yang Kau Perlu Tahu Sebelum Lebur RM99 untuk Blog Sampah
Blogstarz.my Siri Kedua
Negeri Perak dah buat Pertubuhan Blogger Perak.Takde info lagi tentang 26 blogger ahli diorang tu.Diorang mungkin akan fokus pada blog politik je kot. Disebabkan rakyat Malaysia dah berkenan dengan blog maka timbul idea bisnes dengan blog ni.Masyarakat Malaysia mula berminat dengan blog ditambah dengan pengaruh Pakatan Rakyat dalam meningkatkan permintaan terhadap blog.
Lebih senang nak educate orang. Tak perlu terang apa benda tu blog? Kalo 2,3 tahun lepas,ramai orang tak tau apa tu blog? makanan kah? hehehe
Kalo blogging sorang sorang macam saya ni memang lambat kaya.Jadi diorang wat la stail rekrut atau networking.Itu yang diorang nak buat dengan Blogstarz ni kan? Satu idea yang sangat bagus.Bisnes networking adalah antara bisnes yang paling senang nak dapat duit.
Maka timbul la idea buat blog ala myspace & ditambah dengan beberapa fungsi lain seperti BulkSMS, 2 ways sms dan sebagainya agar nampak banyak produk dalam tu. Itu bagus la.Tapi income tu semua masuk ke mana dulu? Blogstarz atau blogger yang join?
BulkSMS adalah one way sms.Dengan sistem tu, kita boleh blast sms ke banyak nombor. Ia merupakan tools yang bagus untuk perniagaan sebenarnya. Tapi ada isu plak, dari mana nombor yang kita nak blast tu? Kalo nombor yang tak diketahui dengan tujuan promosi, ia dah jadi SPAM sms. Itu tak bagus untuk bisnes anda.Kalo saya,saya terus delete je sms tu lepas tengok.
Bagi 2 ways sms, bayaran daripada telco sangat la lembab malah ada yang memakan masa hampir 1 tahun. Telco seperti Celcom memang suka simpan duit sms sehingga 1 tahun, dalam terma dia pun cakap at least 6 bulan untuk dapat payment. Kalo maxis pulak ialah 4 bulan dan Digi, kurang dari 3 bulan. Lama tu nak dapat duit, bagaimana diorang bagi duit tu kat peserta Blogstarz?. Terdapat juga masalah kelainan transaksi sms. Peserta dapat admin panel sistem sms ke?
Tentang caj RM99 tu, tak kisah la. Diorang nak wat bisnes.Apa salahnya kan? Diorang provide servis & tanggung kos jugak.Kalo anda nak blog free guna je blogspot,wordpress & sebagainya. Yang bestnya siap ada pangkat setiap pakej tu. Bila lagi kan nak dapat pangkat?Bayar je & dapat pangkat dalam blogging. hehehe
Apa yang saya tak setuju ialah mereka meminta peserta mereka klik iklan yang ada di Blogstarz tu. Yang tu tak beretika. Sebelum nampak la jugak iklan Google Adsense, sekarang dah ganti kepada Bidvertiser. Dah kena ban akaun Google Adsense dia kot sebab mengalakkan orang klik iklan. Google melarang klik sendiri iklan, menyuruh orang klik atau menyediakan hadiah kepada mereka yang klik.
Tanpa teragak agak akaun Google Adsense akan diban jika dikesan.Semua pendapatan yang ada tu akan burn/dipulangkan kepada pengiklan mereka. Saya pernah tengok dimana duit ni dimasukkan kembali ke akaun Google Adwords saya, google akan tulis adjustment dalam statement. Sebenarnya ia adalah klik dimana terdapatnya Click Fraud.
Yang bagus pasal Google Adsense, iklan keluar berdasarkan kandungan atau content laman web. Kalo program lain seperti Bidvertiser,iklannya berdasarkan CPC atau Cost per Click. Tak kisah la iklan pasal apa pun.Iklan judi pun banyak. Jadi akan timbul soal halal dan haram daripada pendapatan tu.Kalo dok klik iklan judi & dapat duit daripada tu, tak ke haram duit yang dapat. Tengok screen capture Blogstarz ni:
Kredit pada Taukey untuk image ni.
Kebanyakan yang join Blogstarz adalah orang Melayu beragama Islam. Sanggupkah anda dapat duit dari sumber yang haram? Ini adalah kelemahan sistem pengiklanan PPC seperti Bidvertiser. Mereka tidak lah sebaik Google Adsense yang dalam mempunyai sistem crawler yang bagus dan mempunyai filter bagi iklan yang kita mahu ia ditapis.
Satu perkara yang saya nak highlight skit tentang blogging. Ia tak semestinya menghasilkan duit. Kalo dapat duit tu, bersyukur la. Apa yang penting dalam blogging ialah kandungan yang memberikan kesan atau impak. Ini akan menarik minat pembaca tetap sebagaimana blog Tun Dr. Mahathir, Anuar Ibrahim, Lim Kit Siang malah Raja Petra.
Dengan pembaca setia yang ramai, itulah yang meningkatkan nilai blog berkenaan. Bukannya buat blog spam atau semata mata nak rekrut orang jadi blogger & dapat komisen. Itu dah salah.
Saya masukkan dalam kategori Scam Alert jugak artikel ni sebab ada banyak perkara yang meragukan dalam Blogstarz dari segi etika. Saya tengok blogstarz menjadi tempat skim cepat kaya berkembang. Laman web pun seperti Script Clone Myspace. Jika anda pandai cari di internet ni, anda boleh dapat free je skrip tersebut.
Elakkan daripada program yang melanggari etika atau terma dan syarat program lain. Blogstarz boleh cari pengiklan mereka sendiri.Kalo ada pengiklan sendiri, tak kisah la nak suruh peserta klik iklan tu banyak banyak pun. Pengiklan pun suka sebab dapat klik banyak. Tapi kalo guna untuk dapatkan dari program lain seperti Google Adsense,Bidvertiser & sebagainya. Ia menyalahi terma dan syarat mereka. Ia adalah click fraud sebab pengiklan membayar setiap klik tersebut.Pengiklan ada target mereka seperti lead,sale dan sebagainya. Ia dah kira meniaya pengiklan tersebut.
update: Kini mereka menawarkan pengiklanan mereka sendiri. Bagus. Harap iamembantu jualan pengiklan tersebut.Kalo ada pengiklan sendiri, tak kisah la nak suruh klik iklan setiap saat pun.Kalo guna iklan pihak ketiga, ia meniaya pengiklan namanya.
Nak cari pengiklan bukannya mudah.Begitulah juga masa nuffnang & Advertlets masa keluar dulu. Sebab pengiklan akan tanya, Apa buktinya iklan disana memberi kesan kepada perniagaan mereka? Kalo tak dapat bagi bukti, mereka takkan iklan.Setiap syarikat besar memang berkira dengan duit yang keluar masuk.
Harap Blogstarz memperbaiki modus operandi mereka.
Update: Ada orang emailkan SSM syarikat yang menguruskan Blogzstar kat Mail. Ia sebenarnya bermodalkan RM2 je. :P. lawak je.. cakap dalam metro paid up capital ialah 5 juta. on the way kot. . tapi takpela.Start small,finish big. 🙂

zaki
saudara punya pendapat .. dgn saya punya pendapat saya terasa ada persamaan. Post yang bagus ni.. semoga dapat sedarkan org ramai.
kataks
setuju dengan statement kat atas.blogstarz menggalakkan fraud click.
Taukey
terima kasih kerana mengentengahkan cerita mengenai blogstarz ini bro. Aku pasti nanti pasti ada yang singgah di sini dan cakap mengarut dan kata kita fitnah dan nak bawa ke mahkamah. Persoalan demi persoalan tidak dapat dijawab.
kita tanya dan dia orang ni akan putar alam jer. apa apa pun harap berita sampai ke setiap orang
titan
jika diorang berubah, mungkin kita boleh terima. tapi ramai yang bersikap lepas tangan aje..
SyedHafidz
Baguslah abg sham dedahkan perkara ni.. 🙂 supaya orang yang nak join ni fikir panjang dan masuk dengan pengetahuan..
jangan membabi buta je..
Rizal KomenEbook
(salam) Sham. nice report :-).
macam biasa, yang dah masuk akan terus menyokong dan memburuk-burukkan si pelapor selagi tak kena. Masa saya search kat blog ala-ala starz ni pun, jauh hati saya, macam yang join tu dah buat 90% keputusan yang salah.
Baik pakai domain dan hosting sendiri je. at least ada identiti sendiri..(RM 99? Namsahaz murah, Net KL murah..manyak rugi loh!)
Kalo terus hantam, mulalah dikata dengki, tak suka tengok orang melayu maju la, suka cari pasal..itula pandangan stereotaip orang melayu kita ni..
si penghantam ni pun satu, tak berani, macam “chicken” sebab tak letak link site mereka…
Mereka tak sedar, SEBAB tak nak bagi mereka rugi lah, review berkaitan dengan hal ini perlu diteruskan. Dunia siber penuh dengan penipuan sekarang. manusia sanggup buat apa aje untuk duit.
Jangan jadi IM yang hanya “lembu kenyang” dan sekadar nak kejar duit aje. Takut nak berkata benar walhal dah terang-terang tipu orang yang tak tahu ape. Dah tak boleh dah guna konsep “Lu Lu Punya Hal..Gua Gua Punya Hal”
Setiap IM ada tanggungjawab sosialnya. Gunakan pengaruh anda sebaiknya. Jangan takut selepas komen/review boleh terjejas periuk nasik, kerana suma2 tu Allah yang bagi
Teruskan Sham, Teruskan usaha anda. Saya kagum dengan semangat dan keberanian anda. Saya percaya dengan keikhlasan anda membongkar hal-hal macam ni. So, tak usah amik ati sangat la orang yang hentam anda selama ni.
All the best bro!
sham
Saya tak kisah orang maki maki tu,sebab biasanya mereka tu adalah orang yang desperate atau terdesak untuk mempertahankan produk mereka.Mereka tak reti untuk komen elok elok.
Bangkai gajah kalo nak tutup dengan daun sehelai.Mana boleh beb.
Nanti bila company dah nak lemas,senyap la diorang.
tah laa
Mungkin ini baru permulaan blogstarz….tu kot banyak kecacatan…
Mungkin kita leh bagi masa utk diaorg improve dulu….
Tunggu sambil tengok laa….
sham
yup.saya just tegur apa yang silap termasuk pasal clickshare mengunakan third party ads. kalo iklan sendiri, tak kisah la kalo galakkan klik iklan tu.
ini adlah kerana pengiklan bayar per clik,kalo clik suka suka, ia kira meniaya orang.
mohamad yusoff yaacob
sham,saya ni baru melangkah masuk kedalam dunia yang tak pernah saya terfikir seblum ini,penuh dengan berbagai-bagai kekalutan dan kekeliruan menggerun dan menakutkan namun apa pun ia berkisar seputar gelagak manusia dan iblis sama seperti dunia luar juga . bezanya diluar sana kita tidak dapat melihat iblis tapi dapat melihat manusia didunia internit ini kedua-duanya tak dapat dilihat, ini yang menggerunkan tapi mujurlah kita ada dua lagi pengelihatan yang akan membantu kita dari terperangkap iaitulah ;ILMU DAN AKAL sebab itu lah kerja membungkar segala penipuan itu adalah suatu amalan jihad yang baik,syabas sham,teruskan….teruskan memberi ilmu kepada yang tak berilmu ,menyuluh ditempat gelap semuga semuanya selamat.
fadli
nasib saya x join blogstar..nice info