Saya pernah gagal dan masih ada yang gagal. Itulah pengakuan sayaa. Ramai yang menganggap saya otai dan sebagainya. Bagi saya, saya masih lagi belajar. Belajar dari kesilapan. Apa yang penting ialah kita perbaiki diri daripada kesilapan dan berusaha untuk berjaya.
Tiada istilah, duduk diam dapat duit. Hanya skim cepat kaya yang mengunakan konsep tersebut. Hanya mereka yang bodoh sombong sahaja yang mempercayainya. Sebabnya kini terdapat banyak sumber rujukan yang boleh dibuat agar dapat mengelakkan diri daripada ditipu oleh skim cepat kaya.
Kenapa kita tak nak belajar agar tidak tertipu? Masih ramai yang beranggapan bahawa perniagaan internet adalah jalan singkat untuk kaya. Tiada jalan pintas untuk jadi kaya. Serius! Bacalah kisah kisah orang yang berjaya kat Malaysia & dunia ni. Semuanya bermula dari bawah. Mereka bekerja tanpa penat dan lelah untuk mencapai apa yang mereka perolehi sekarang.
Begitu juga dalam perniagaan internet. Faktor utama kejayaan perniagaan internet adalah iklan atau promosi. Tanpa sebarang promosi, perniagaan anda tidak akan dikenali. Apatah lagi untuk mendapat pelanggan. Jangan beranggapan anda ada laman web atau blog, orang akan terus berpusu pusu ke lama web anda tanpa perlu berbuat apa apa.
Anda sangat salah kalo beranggapan sedemikian. Inilah kesilapan kebanyakan IM atau mereka yang ingin gunakan internet sebagai medium perniagaan mereka. Dengan adanya laman web, mereka beranggapan pasti orang akan tahu laman web mereka. Mereka terus menunggu dengan harapan ada pelanggan yang datang. Jangan la buang masa macam tu…
Mulakan promosi. Tapi bagaimana untuk promosi perniagaan internet ni?
Saya mendapat banyak pertanyaan tentang perkara ini. Bagaimana nak buat promosi?..
Beli 100 juta email kemudian blast email promosi ke?
Join forum, kemudian buat post promosikan produk ke?
Join Yahoo Group, Google Group.. kemudian create post promosi ke?
Join Facebook, Myspace, add ramai kawan kemudian buat promosi?
Ia adalah cara promosi jugak tu sebenarnya. Cuma dari segi etika pemasaran, ia tidak elok. Ia boleh dikategorikan sebagai SPAM. Ia sebenarnya mengundang rasa tidak senang rakan rakan anda jika berterusan.
Penggunaan perisian blast bulk email adalah salah. Ia dikategorikan sebagai spam dan boleh menyebabkan laman web anda diban. Malah ia membahayakan pihak hosting yang anda gunakan. Ini adalah kerana kebanyakan daripada kita mengunakan shared hosting dimanakan kita berkongsi beramai ramai mengunakan satu server yang disediakan pihak hosting. Anda sebenarnya membahayakan perniagaan orang lain jugak. Ini khianat namanya.
Forum pula adalah tempat orang berborak dan berbincang. Jika anda masuk, kemudian terus masukkan iklan anda. Anda mengundang padah untuk diban daripada forum tersebut. Apa yang anda rasa ketika anda bersembang dengan rakan anda, tetiba mamat yang tak dikenali join & promote produk. Tak ke rasa bengang? Malah agak kurang ajar bukan? Nanti saya terangkan dalam post yang akan datang bagaimana untuk promosi di forum.
Yahoo Group/Google Group pada asalnya digunakan untuk berkongsi dan berbincang tentang sesuatu perkara. Ia seperti forum juga tetapi ia lebih umum. Setiap topik akan dibincangkankan bersama semua orang dalam group tersebut. Contohnya anda menyertai group bisnes, apabila seorang mencipta satu topik..Semua orang dalam group akan membincangkan dalam post berkenaan. Sekarang ni dah tak berapa best dah group sebab ramai yang buat spam iklan entah apa apa, kebanyakannya skim cepat kayap.
Bagi pengemar Facebook, Myspace, Friendster dan sebagainya. Ia adalah tempat anda bersosial dan berhubungan dengan rakan rakan anda samada baru atau yang lama. Jangan salah gunakannya untuk melakukan promosi semata mata. Silap hari bulan, anda mungkin kena ban dari laman web sosial berkenaan.
Jadi bagaimana nak promosikan perniagaan internet ni?
Nasihat saya, cari platform yang fokus pada target market anda. Contohnya penggunaan PPC atau Pay Per Click Advertising seperti Google Adwords, Yahoo Search Marketing dan sebagainya. Ia memang bertujuan untuk promosikan produk anda.
Begitu juga laman web iklan seperti mudah.my dan sebagainya. Manfaatkan kemudahan yang disediakan. Jangan nak mengatal mengacau ketenteraman awam dengan melakukan spam. Ini adalah kerana ia akan menghancurkan perniagaan internet anda sendiri jika melakukan spam. Anda merosakkan nama baik perniagaan anda. Jangan lakukannya!
Blog juga bagus untuk pemasaran. Ia lebih kepada soft marketing. Saya sering kali gunakan blog sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kedudukan laman web saya di enjin carian. Ini adalah kerana enjin carian memang sukakan blog. Konsep enjin carian pada hari ini lebih kepada untuk mencari keputusan carian yang terbaik. Jadi dengan artikel yang menarik di blog anda, peluang untuk anda mendapat tempat di enjin carian memang tinggi. Jangan abaikan blog anda. Kemaskini dengan artikel baru dengan kerap.
Jangan bunuh perniagaan anda dengan melakukan spam!

Zairi Zaidi
Huh, saya benci spam