Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Cara Mudah Promosi Produk Affiliate
Umum

Cara Mudah Promosi Produk Affiliate

sham 4 Comments

Saya menerima banyak emel bagaimana untuk mempromosikan produk affiliate. Jadi untuk memudahkan kerja saya, saya sediakan post ini. Jadi lain kali, saya hanya perlu minta mereka rujuk post ini. Bukan malas untuk reply, tetapi memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Work smart.. 😛

Cara Mudah Promosi Produk Affiliate

Sebelum tu, biar saya terangkan dulu menatang apa tu affiliate. Kasar pulak ye. Ok. Apa yang dimaksudkan dengan affiliate ni?

Kalau ikutkan WikiPedia, affiliate adalah

Marketing practice in which a business rewards one or more affiliates for each visitor or customer brought about by the affiliate’s own marketing efforts

Maksudnya: Kaedah pemasaran dalam perniagaan yang menawarkan ganjaran kepada agen affiliate yang membawa pelanggan menerusi usaha yang dilakukannya.

Kita pergi kepada istilah-istilah penting dalam Affiliate Marketing ini.

  1. Program Affiliate  – ia bermaksud perniagaan yang menawarkan komisen atau insentif bagi mempromosikan produk mereka. Mereka ini adalah business owner. Mereka yang akan menguruskan pembayaran komisen kepada agen affiliate. Biasanya komisen berdasarkan jualan, lead dan sebagainya.
  2. Agen Affiliate – ia bermaksud ahli kepada program affiliate. Mereka akan diberikan link affiliate yang tersendiri yang digunakan untuk mengesan jualan yang dilakukan. Ia memerlukan pendaftaran.
  3. Sistem Affiliate – ia bermaksud sistem pengurusan bagi program affiliate. Ia akan menyimpan semua data seperti maklumat agen affiliate,link affiliate, tools pemasaran affiliate, maklumat klik, referal site (sumber dari mana pelawat datang)  dan pelbagai statistik bergantung kepada kecanggihan sesuatu sistem affiliate.

Komisen Affiliate

Saya harap anda boleh membezakan ketiga tiga entiti ini. 3 pihak ini yang akan terlibat ini. Jika sebut pasal affiliate, pasti kesemua pihak ini akan terlibat. Jika salah satu daripadanya tiada, ia bukanlah satu bisnes affiliate.

Perlu bayar ke untuk menjadi Agen Affiliate? Perlu modal ke?

Jawapannya tidak. Kebanyakan program affiliate adalah percuma.Ya. Percuma. Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk menyertai program affiliate. Jangan sertai jika mereka meminta anda membayar.

Tapi ada program affiliate berbayar. Itu bagaimana?

Kebanyakan program berkenaan boleh dikatakan bukan program affiliate sebaliknya ialah skim cepat kaya. Mereka mensasarkan ahli baru untuk terus hidup dan menjerumus kepada konsep Money Games. Konsep ini adalah konsep dimana duit ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli lama. Jika tiada ahli baru menyertainya, ia akan terkubur. Bagi orang Islam, hasilnya adalah HARAM.

Jadi betul ke ada cara mudah promosi produk affiliate?

Betul. Anda mungkin tidak menyedarinya pun bila anda melakukannya. Serius!

  • Facebook – Ramai orang ada facebook. Sebenarnya menerusi facebook ini anda boleh mempromosikan produk affiliate yang ada sertai. Tapi bukan cara memasukkan link affiliate pada wall orang lain. Wall anda ia tidak salah. Tetapi menerusi Facebook Fanpage ataupun Facebook Group tertentu.
  • Blog – bagi mereka yang ada blog anda boleh letakkan banner pada blog anda. Cara yang paling berkesan ialah menulis review berkenaan produk yang anda promosikan. Ia sangat berkesan dan mempunyai conversion rate yang tinggi berbanding meletakan banner pada blog anda.
  • Forum – Anda boleh menjadi ahli forum tertentu. Pada signature, anda boleh letakkan link affiliate anda. Sambil anda berbincang dan berforum, anda mempromosikan produk affiliate pilihan anda secara tidak langsung.

3 kaedah ini merupakan cara mudah promosi produk affiliate.

Paling malas sekalipun anda boleh gunakan Facebook.Sebabnya ia adalah trend sekarang ini. Tak perlu saya cerita panjang kaedah lain yang mungkin agak teknikal untuk anda seperti landing page, Pay per Click, Google Adwords dan sebagainya.

Ambil salah satu kaedah sudah memadai. Anda tidak perlu menjadi pakar untuk mempromosikan produk affiliate. Anda hanya perlu cari program affiliate yang anda rasakan boleh menjana jualan untuk anda. Tugas anda hanya membawa pelawat ke laman web affiliate. Tugas seterusnya akan diambil alih oleh surat jualan laman web berkenaan.

Harap anda artikel ini membantu anda untuk mula mempromosikan sebarang produk affiliate yang menjadi pilihan anda dengan mudah. Ia adalah satu cara mudah untuk mempromosikan produk affiliate. Bezanya ialah malaas dan rajin sahaja.

Selamat berjaya! Sekian sahaja artikel berkenaan Cara Mudah Promosi Produk Affiliate.

Artikel Berkaitan
  • 5 Cara Mudah Iklankan Produk Affiliate Malaysia
    Setiap bulan pasti ada produk affiliate baru dilancarkan oleh usahawan internet Malaysia terutamanya...
  • Cara Mudah Buat Duit Dengan Youtube
    Youtube merupakan salah satu top 5 laman web paling dilawati di dunia. Youtube menjadi fenomena yang...
  • Buat Duit Paling Cepat Di Internet
    Bagaimana nak buat duit paling cepat di internet? Cuba teka jawapannya. Affiliate? Adsense? Jual ...
  • Buat Duit Dengan Affiliate: Cara Sembunyikan Link Affiliate
  • Buat Duit Dengan Affiliate Program
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 252
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:affiliate cara mudah promosi produk affiliate produk affiliate promosi affiliate

Related Articles

Demam Lagi
Saya jarang demam. Sepanjang bulan puasa ni, dah 2 kali …

Demam Lagi

Dah lama saya tak review laman web yang meragukan. Hari …

KuasaRM.com Ekploitasi Orang

4 Comments

  1. shamthecoklatwrapper

    terima kasih atas tips yang diberi.

  2. sham

    sama sama.

  3. cik

    terima kasih 🙂

  4. its maey

    info yg berkesan dan bgus utk diamalkan.. sy tambah sedikit klu boleh praktikkan dgn teknik soft selling dan ditambah dengan SEO..

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Radi Soberi on Kos Membersihkan Kebun
  • Hanie on Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook
  • Nazeera on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Klikjer.com Membantu Usahawan Internet Baru

Rasanya ramai yang masih tak perasan kewujudan Satu Direktory Perniagaan Ebook y…

Buat Duit Dengan Affiliate Program

Ramai yang suka tentang program buat duit di internet. Saya akan menulis skit te…

5 Cara Mudah Iklankan Produk Affiliate Malaysia

Setiap bulan pasti ada produk affiliate baru dilancarkan oleh usahawan internet …