Google Membuka Cawangan Asia Pasifik Di Malaysia


Google akhirnya memilih Malaysia sebagai cawangan kedua Asia Pasifik selepas Singapura. Mungkin disebabkan perkembangan internet Malaysia yang sangat pesat menyebabkan ramai pelabur mencari peluang perniagaan di Malaysia.

Baru baru ini GroupON iaitu laman web kupon diskaun terbesar di dunia membeli satu laman web kupon diskaun dari Malaysia iaitu GroupsMore.com untuk memantapkan operasi mereka. Mereka membeli klon mereka yang mempunyai pengguna yang ramai untuk memudahkan kerja promosi.

GroupON juga menolak tawaran Google untuk membelinya sebelum ini. Malah Google memberi tindakbalas diatas penolakan tersebut sehinggakan Google bakal melancarkan laman web kupon diskaun mereka sendiri yang akan dinamakan sebagai Google Offers.

Laman web Mashable.com berjaya mendapatkan mendapatkan dokumen cadangan Google ini. Google seperti yang kita sedia maklum membeli laman web yang berjaya untuk dijadikan sebagai produk mereka. Antara syarikat yang dibeli oleh Google adalah Youtube.com, Blogger.com, Feedburner.com dan banyak lagi.

Operasi Google di Malaysia…Berita Baik atau Buruk?

Bagi saya, ada baik dan ada buruknya.

Baik

  1. Bagi publisher Adsense, mungkin Bahasa Malaysia akan dimasukkan sebagai bahasa yang boleh diterima pakai untuk memohon akaun Adsense.
  2. Urusan lebih mudah untuk menerima bayaran. Mungkin duit adsense boleh ditransfer terus ke akaun bank. Jadi publisger tak perlu bersusah payah untuk ke bank atau wakil Western Union selepas ini. Tunggu duit masuk dalam akaun je.
  3. Support lebih mudah kerana mereka di Malaysia.
  4. Peluang pekerjaan di Google.
  5. Lebih banyak training dan promosi akan dilakukan di Google.

Buruk

  1. Akaun anda lebih mudah diban jika menlanggar terma Google samada Adwords atau Adsense

Jadi lebih banyak kebaikan daripada keburukan apabila Google membuka cawangannya di Malaysia. Ia merupakan satu peluang yang cukup baik untuk rakyat Malaysia. Perkembangan internet di Malaysia yang sangat rancak membantu dalam pemilihan Malaysia sebagai salah satu daripada cawangan mereka.

Sebelum ini Paypal juga berkolaborasi dengan RHB untuk mengeluar dan topup akaun Paypal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!