Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Dividen dan Bonus ASB Tahun 2016
Berita

Dividen dan Bonus ASB Tahun 2016

sham No Comments

Pada hari ini PNB telah mengumumkan agihan dividen dan bonus untuk ASB bagi tahun 2016. Terdapat penurunan dari segi agihan dividen dan bonus pada kali ini. Semakin lama semakin menyusut. Mungkin faktor ekonomi sekarang yang tidak menentu kali ini.

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Pada tahun lalu, agihan pendapatan tabung itu adalah sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. Bagi Amanah Saham Nasional (ASN), agihan pendapatan adalah 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Agihan pendapatan ASB dan ASN itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar di sini, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/226223

Ia penurunan sebanyak 0.50 berbanding tahun lepas. Tahun depan jika keadaan ini berterusan, mungkin dividen akan lebih berkurang lagi. Peliknya pemimpin negara masih terus enjoy sakan dan menafikan bahawa ekonomi negara sedang bahaya.

Penurunan Dividen ASB Berterusan

Dengan penurunan berterusan daripada Amanah Saham pilihan ramai ini, kita boleh jangka betapa serius cabaran ekonomi yang bakal kita hadapi. Petandanya mudah, dividen rendah apabila keuntungan yang diperolehi semakin rendah. Jika perolehan tinggi, makan dividen juga akan tinggi.

asb

Kadar tukaran Ringgit semalam telah jatuh kepada paras 4.48 bagi 1 dollar US. Pastinya produk yang diimport akan terasa kesan berikutan peningkatan harga. Di Malaysia je apabila barang tak reti nak turun harga balik walaupun kos dah kembali turun. Semua dok pakat buat tak tahu je.

Mohon pakar ekonomi dan penasihat kerajaan jangan berikan feedback positif walaupun keadaan negatif kepada pemimpin atasan kerana mereka bergantung kepada analisis anda semua. Berikan figure sebenar. Jangan jadi punahsihat yang akan merosakkan ekonomi negara kerana tindakan pemulihan dilaksanakan terlalu lambat. Rakyat dah mula terasa kesannya.

Pemimpin diatas perlu dapatkan feedback dari rakyat bawahan. Rasanya sudah tahu apa yang berlaku. Tapi masih enjoy sakan dengan program I Love PM yang memakan kos ratusan ribu. Sebagai generasi yang sempat merasa 3 orang PM, saya lebih suka cara Tun Mahathir dalam program bersama rakyat. Cukup sekadar khemah biasa je. TPM masa tu Tun Ghafar Baba datang untuk program bersama rakyat dengan khemah biasa. Siap agas-agas masuk dalam mata.

Berbeza dengan sekarang apabila PM dan TPM turun padang, kos terlalu banyak digunakan. Rakyat pilih untuk memimpin mereka, bukan untuk ditatang sebagai hero walhal kebanyakan rakyat kais pagi makan pagi. Perbelanjaan terlalu boros akan memakan diri suatu hari nanti.

Tidak mengapa untuk buat program dengan kos minimum. Matlamat tetap tercapai iaitu pemimpin bersama rakyat. Bukan banyak pun rakyat minta, permudahkan segala urusan harian mereka. Tidak terbeban dengan peningkatan pelbagai kos sedangkan GLC yang berkaitan mengumumkan peningkatan keuntungan. Tetapi ia diambil daripada keperitan rakyat.

Wake up!!

Artikel Berkaitan
  • Dividen dan Bonus Tabung Haji 2014
    Berita baik buat mereka yang menabung di dalam Tabung Haji. Dividen dan bonus telah diumumkan dan ia...
  • Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
    Ketika saya ke RHB Bank untuk clearkan cek Clickbank. Pengawai bank ada terangkan skim Pinjaman Pela...
  • MyMi1 Sudah Bermasalah?
    Sebenarnya sudah agak lama saya menerima request untuk menulis review tentang MyMi1 ini. Malah ada k...
  • Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rujukan Exam Online PTD
  • Bagaimana Buat USD1000 Seminggu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • Dividen ASB 2016
  • bonus asb 2016
Post Views: 6,641
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:asb dividen asb dividen asb 2016

Related Articles

Pemilihan UMNO Semakin Hangat
Semua cerita dalam surat khabar hari ini adalah berkenaan pemilihan …

Pemilihan UMNO Semakin Hangat

Facebook Akan Ditutup Pada Mac Ini?
Sekarang ni berita yang paling hangat tentang Facebook. Bagi saya …

Facebook Akan Ditutup Pada Mac Ini?

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

51 Laman Web Kerajaan Digodam Team Anonymous Hacker

SKMM baru mengumumkan 51 laman web berkaitan kerajaan digodam bermula semalam. M…

Oh..Pulau Batu Putih Dapat Kat Singapura!

Singapura nampaknya akan bertambah luas apabila Pulau Batu Putih dapat kepada me…

Sedihnya..Rakyat Palestin Menderita, Kita Bergembira

Setiap kali melihat berita tentang penderitaan rakyat Palestin,rasa nak menitis …