Akaun Google Adwords Diban Sebab Pause Iklan?


Ini adalah isu terbaru tentang pengiklanan Google Adwords. Malah saya sendiri terkena dengan polisi terbaru ini tanpa mendapat sebarang amaran atau pemberitahuan. Saya hanya mengetahui polisi terbaru ini setelah diban akaun berkenaan.

Rupanya Google ada menghantar emel kepada pengiklan tertentu tentang mereka akan menyemak semua kempen samada yang aktif mahupun yang telah dipause atau dihentikan. Inilah antara kanduangan emel yang diterima oleh sesetengah pengiklan adwords:

Dear AdWords Advertiser,

We’re writing to let you know about some upcoming changes to the types of ads we review.

What’s happening?

Starting on 6 September, we’ll begin reviewing paused ads the same way we review active ads.

This means that your new and existing paused ads will be sent through the standard ad approval

process. As a result, if your paused ads violate one or more of our AdWords advertising policies,

they are likely to get disapproved.

Why?

We’re proactively reviewing paused ads to eliminate unnecessary delays in getting your ads approved

and to ultimately enhance your experience with Google AdWords.

When?

Starting on 6 September, we’ll begin reviewing new paused ads, followed in the coming weeks by the

review of existing paused ads.

Jadi jika ada kempen atau laman web yang diiklan sebelum ini tidak menepati polisi Landing Page Adwords yang telah dihentikan (pause) akan menerima amaran dan diban kerana “melanggar polisi pengiklanan”. Malah ramai pengiklan mengeluh apabila akaun mereka telah diban disebabkan oleh iklan yang telah bertahun telah dihentikan (pause). Ia mungkin untuk rujukan dan rekod oleh pengiklan, namun ia memberikan implikasi yang besar kepada mereka iaitu dibatalkan akaun.

Apa yang terjadi jika laman web yang diiklan bukan milik pengiklan? Ini adalah antara isu berkenaan perkara ini.

Domain Expired/Dimiliki Orang Lain

Contoh mudah ialah ia adalah nama domain telah tamat tempoh domain dan tidak direnew. Ada pengiklan mempunyai nama domain laman web yang telah dimiliki orang lain disebabkan telah expired beberapa tahun yang lepas. Iklan adwordsnya telah dihentikan beberapa tahun lepas. Disebabkan polisi ini, Google telah menyemak url yang diiklan dan mendapati ia telah menjadi laman domain parking oleh pemilik domain yang baru. Akaun pengiklan telah dibatalkan diatas sebab yang tidak dilakukannnya.

Laman Affiliate

Ini banyak terjadi kepada para affiliate marketer yang mengunakan Google Adwords sebagai langkah promosi yang pantas. Ia mungkin terjadi kepada para affiliate marketer yang menggunakan kaedah direct linking. Jika laman web affiliate tidak menepati Polisi Landing Page Adwords, akaun adwords affiliate akan menjadi mangsa Google. Dalam terma mensyaratkan bahawa laman web yang diiklan perlu mempunyai laman privacy policy dan juga earning disclaimer.

Namun sesetengah pemilik produk mengabaikan page ini dan hanya meletakkan laman tempahan semata-mata. Dan mungkin ada page lain seperti page affilliate dan juga contact us. Begitu juga laman web affiliate yang banyak mengunakan imej atau gambar sebagai sales letter. Memang terdapat teks tetapi ianya dalam format imej menyebabkan spider google tidak dapat mengesan “kandungan” yang ada dalam sales letter. Ini akan menyebabkan sistem adwords secara automatik akan “flag” laman web tersebut tidak menepati polisi Landing Page mereka yang mensyaratkan landing page mestilah mempunyai kandungan dan maklumat yang diperlukan.

Yang menjadi mangsa ialah affiliate marketer yang mempromosikan produk tersebut. Sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengubah sales letter produk mengikut apa yang dimahukan oleh Google untuk menepati polisi landing page.

Laman Digodam

Ada kes dimana laman yang diiklan oleh pengiklan telah digodam dan digantikan dengan laman web hacker. Akaun tersebut telah dibatalkan walaupun ia dluar kuasa anda disebabkan laman web anda digodam dan google mengesannya dan membatalkan akaun tersebut.

Apa yang boleh buat setelah dibatalkan akaun Adwords?

Biasanya rayuan tidak akan diterima. Sangat jarang kes ban akaun Google Adwords dibebaskan kembali. Daripada apa yang terjadi di seluruh dunia, sebarang tidakan ban ini adalah permanent. Merayu macamana sekalipun akaun tidak akan diberikan kembali walapun anda membelankakan USD100,000 setiap bulan untuk Google Adwords. Malah ada pengiklan yang membelanjakan jutaan dollar dibatalkan akaun mereka.

Begitu besar perbelanjaan mereka? Sudah pasti. Mereka biasanya adalah agensi pengiklanan yang menyediakan perkhidamatan pengiklana B2B atau business to business. Ada syarikat yang membelanjakan jutaan dollar setiap bulan untuk beriklan di Google. Jadi jangan terkejut jika mereka yang berbelanja super besar dengan Google pun dibatalkan akaun mereka.

Dan yang paling best! Akaun mereka dibatalkan buat selama lamanya. Rayuan juga tidak diterima walaupun mereka berbelanja besar dan memberikan banyak keuntungan kepada Google daripada segi pendapataan pengiklanan Google. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan Google Adsense kerana pengiklan besar dibatalkan akaun mereka.

Mereka adalah pakar… Namun mereka pun dibatalkan akaun mereka… Itulah Google apabila mendominasi dunia pengiklanan internet.

Ramai pengiklan dah muak dengan telatah Google dan mula beralih kepada sumber alternatif lain. Namun kesannya, Google masih terbaik daripada conversion rate berbanding alternative lain.

p/s: Dah terpaksa guna akaun simpanan dah walaupun saya cukup berhati hati dalamĀ  beriklan dengan Google Adwords.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 7

  1. Freepercuma September 19, 2011
  2. touya September 19, 2011
  3. sham September 21, 2011
  4. Azham Zanal September 21, 2011
  5. Azham Zanal September 21, 2011
  6. sham September 21, 2011
  7. titan September 25, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.