Dalam berita hari ini Amerika menyediakan robot latihan menembak dengan wajah arab dan mereka berpurdah. Mereka secara tidak langsung menanam dalam minta tentera mereka, orang islam adalah pengganas, orang arab adalah pengganas dan mereka yang berpurdah adalah pengganas.
Kredit: Utusan
Ia adalah satu latihan separa sedar yang dilakukan oleh Israel untuk menentang Islam. Syarikat yang mencipta robot ini adalah syarikat Israel. Mudah sahaja kan?
Malah mereka menanam dalam minda rakyat mereka bahawa Islam adalah punca keganasan. Anda boleh tengok sedutan bagaimana pandangan remaja Amerika tentang Islam.
Ia begitu berkesan apabila sentimen orang anti Islam di negara mereka. Kempen media Israel untuk menjatuhkan Islam secara halus. Dalam video diatas menunjukkan betapa seriusnya keadaan sebenar dan mentaliti barat tentang Islam. Kita berada di negara yang majoriti Islam mungkin tidak merasai apa yang mereka menjadi minoriti di negara barat.
Mereka dianaktirikan. Mereka mencanang mereka menyokong demokrasi. Tetapi mereka menentangnya apabila rakyat Palestin memilih Hamas, kumpulan yang menentang mereka. Mereka tidak menyukai pemimpin yang menentang mereka? Mereka upah orang untuk menimbulkan kekacauan dalam negara berkenaan, kemudian mengeksloitasi media kononnya tentera telah bertindak keras kepada “penunjuk perasaan” yang diupah barat.
Mereka kemudiannya menyerang negara berkenaan kononnya untuk membebaskan negara berkenaan untuk menjalankan prinsip demokrasi sebenar. Itulah yang berlaku kepada Arwah Muammar Gaddafi yang dibunuh kejam oleh kroni kroni yang diupah oleh barat.
Sedangkan ramai yang tidak tahu bagaimana Muammar Gaddafi membawa negara Libya daripada negara yang miskin menjadi sebuah negara yang kaya di rantau Afrika. Inilah yang dibuat oleh Gaddafi:
Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Qaddafi:
[box]1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percumn;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;[/box]
Namun, semua ini cuba dihapuskan oleh barat. Nilai islam cuba dihapuskan secara perlahan lahan. Semuanya kononnya diatas nama demokrasi. Inilah cabaran umat Islam hari ini. Bagaimanakan kita hendak bertahan daripada tipu daya dan muslihat yang cukup halus ini?
Jangan terlalu percaya dengan berita yang dilaporkan oleh media barat.Pastinya ia berat sebelah.
Incoming search terms:
- pandangan barat terhadap islam