Dalam minggu ni, isu cadbury yang produknya yang mempunyai DNA BABI atau porcene dalam coklat keluaranya. Apa yang saya nak marah ialah jawapan oleh Menteri Kesihatan – ia mungkin terkena pencemaran. Jawapan yang cukup bodoh dan boleh kena balik kat dia.
Jika kenyataan menteri ini diterima pakai, cadbury perlu menutup kilangnya dan samak satu kilang. Menteri Agama Islam ada berani?. Jika kenyataan ini digunapakai, semua produk Cadbury perlu ditarik balik. Bukan sebahagian sahaja sebab ada pencemaran dalam kilangnya.
Ia seolah olah mempermainkan orang Islam. Dah banyak mana coklat Cadbury orang Islam makan termasuk saya (huhuhu). Memang ada bekas Mufti cakap kalau kita tak tahu, kita tak berdosa. Ia bukan isu berdosa atau tak. Ini bab kita dan masukkan benda haram dalam badan kita.
Kesannya ialah generasi hasil darah daging benda haram tu. Patutlah makin banyak buang bayi, makin banyak kes beranak luar nikah. Ini disebabkan ada benda haram yang masuk ke dalam badan kita. Memang negara kita makin maju, tapi akhlak kita makin mundur.
Kita boleh tengok bagaimana ibu bapa Imam Syafie menjaga dan mendidik Imam yang menjadi mazhab di Malaysia ini. Ibu bapa Imam Syafie tak berikan anaknya makan walau sedikitpun benda haram walaupun susu kambing dari kambing yang makan pokok jiran mereka.
Inilah buktinya benda haram yang kita makan boleh mempengaruhi genetik dan juga akhlak generasi anak-anak kita. JAKIM jangan ambil mudah benda macam ni. Yang dipertikaikan bukan sebab dosa sebab memang tak berdosa kalau kita tak tahu dan bergantung kepada logo Halal JAKIM. Tapi kesannya benda haram tu, kepada akhlak pemakan benda haram tu.
Agaknya dah berapa ekor babi dah kita masukkan dalam badan kita ya. Ya Allah, Lindungi kami daripada benda-benda yang Haram.
Tadi ke Pasaraya TF Valuemart, Cadbury Hazelnut dan Badam dah takde yang lain ada lagi. Anak saya pergi ambik Coklat Cadbury masuk dalam troli (sebab dah selalu beli) tanpa disedari. Bila nak bayar, aik ada cadbury. Suruh cashier tu, letak balik kat rak dia nanti.
Rasanya sudah sampai masa untuk JAKIM tubuhkan satu jawatankuasa pemantauan logo Halal yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia, KPDNKK dan juga persatuan pengguna. Idea lain, JAKIM komersilkan kit untuk membuat semakan kehadiran PORCINE dalam makanan kepada orang ramai. Jadi orang ramai boleh beli dan semak sendiri. Sekiranya positif. boleh buat aduan untuk tindakan lanjut. Dengan ini, pemantauan status halal lebih terjaga dengan bantuan dan inisiatif daripada pengguna sendiri.
Rasanya sebelum ini ada Universiti di Malaysia yang berjaya menghasilkan kit ujian DNA Babi. Komersilkan produk ini. Lebih mudah untuk JAKIM bertindak membatal lesen pemegang sijil halal yang sedia ada. Jika tidak, semasa nak memohon mereka patuh. Selepas dapat, mereka tidak lagi menghasilkan produk halal.
Geram….grrrr.
sham
Siap ada NGO nak Cadbury bayar umat islam cuci darah.. Gila publisiti betul. Cuci benda haram ni bukan macam cuci buah pinggang tu. Membodohkan diri sendiri je.
Hidzir Omar
apakah status ASB halal atau haram?
Nur Fahana
survey2u tu btul ke?
sham
hati-hati dengan laman survey sebab banyak yang tak bayar. Memang ada syarikat yang bayar,cuma sangat sukar dicari.