Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
McDonalds Gunakan Lemak Babi Dalam Penyediaan Makanan?
Isu Semasa

McDonalds Gunakan Lemak Babi Dalam Penyediaan Makanan?

sham 1 Comment

Isu McDonalds Gunakan Lemak Babi telah banyak kali terjadi. Saya telah boikot Mcdonalds hampir 7 tahun. Ia berikutan pengumumannya mereka menyerahkan keuntungan mereka untuk Israel mengebom Palestin. Terbaru berkenaan McDonalds telah kantoi mengunakan lemak babi dalam penyediaan kopi mereka. Samada benar atau tidak, saya tetap mengelak untuk ke restoran mereka.

Bagi pengemar McD, fikirkan kembali sumbangan anda untuk keuntungan mereka itu. Sememangnya saya tidak akan makan lagi makanan daripada McD ini. Apatah lagi dengan isu terbaru ini. Isu ini sangat sensitif bagi umat Islam, tapi dipandang enteng sahaja oleh rangkaian restoran McDonalds ini.

mcdonalds-gunakan-lemak-babi

 

Diatas kemungkinan di luar negara. Saya jangkakan Mcdonald’s akan mengeluarkan kenyataan untuk menafikan tidak lama lagi.

Kemaskini Terbaru: Setelah membuat kajian berkenaan imej diatas. Ia sebenarnya adalah Hoax atau penipuan. Ia berikut semakan saya lakukan terhadap nombor hotline berkenaan iaitu 800 225 5532 adalah milik KFC bukan McDonalds.

Pemberian Burger Percuma

Dalam menangani boikot daripada rakyat Malaysia, mereka akan membuat kempen pemberian burger percuma lagi selepas ini. Maka berebutlah orang untuk makan percuma. Mereka lupa isu babi ini dan juga sumbangan bagi membunuh rakyat Palestin. Inilah dedak yang dimaksudkan oleh sesetengah orang politik.

Kesalahan yang dilakukan akan dilupakan apabila diberikan “dedak” dan mereka yang terlibat buat seperti tiada apa apa berlaku.

mcdonalds-gunakan-lemak-babi-2

Untuk premis di Banting ini, saya tak pasti samada disebabkan oleh isu babi ataupun tahap kebersihan yang teruk dan telah diarahkan tutup oleh KKM beberapa hari lepas. Saya nantikan statement daripada McD malaysia. Setahu saya McD kini mengamalkan konsep open kitchen iaitu pelanggan boleh nampak apa yang dilakukan oleh pekerja McD.

 

McDonalds Gunakan Lemak Babi Dalam Penyediaan Kopi?

Bagi saya ia satu penghinaan kepada orang Islam di Malaysia jika ia berlaku. Ia seolah olah disengajakan apatah lagi mereka memohon Sijil Halal JAKIM untuk memboleh mereka mendapat kepercayaan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Namun, mereka secara diam-diam mengunakan bahan yang diharamkan ini. Harap ia tidak terjadi dan tidak benar sebab McD ada pelanggan yang ramai di kalangan orang Islam di negara ini. Ia pernah terjadi kepada beberapa jenama terkenal termasuk Cadbury sebelum ini.

Ia sepatutnya tidak terjadi langsung dengan ekosistem makanan halal di negara ini. Mungkin faktor lain ialah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang berkenaan makanan halal di Malaysia. JAKIM tiada akta dan kuasa khas berkenaan penyediaan halal di Malaysia. Yang ada ialah AKTA MAKANAN yang diselia oleh KKM dan AKTA PERIHAL DAGANGAN yang dikuatkuasakan oleh KPDNKK.

Sudah sampai masanya untuk JAKIM mempunyai akta sendiri dan juga penguatkuasa sendiri bagi memastikan pematuhan dalam persijilan halal di Malaysia. Semasa permohonan sememangnya mereka bersih daripada sebarang unsur haram. Apabila tiada penguatkuasaan, mereka mula menyeleweng dan mengunakan lemak babi dan juga mungkin bahan lain yang turut diharamkan dalam islam seperti bangkai dan juga najis dalam penyediaan makanan mereka. Siapa tahu kan?

Benda ni sudah banyak kali berulang. Sebab itu saya tanya..agaknya sudah berapa ekor babi kita telah makan tanpa kita sedari…huhuhu

Kenapa saya boikot McD? Ini alasannnya.. Ia video Dr. Hafidzi daripada Aqsa Sharif. Boleh dengar kenapa anda juga patut berubah.

Artikel Berkaitan
  • Twisties Mengandungi Lemak Babi?
    Saya tak perasan sehinggalah saya beli Majalah Milenia Muslim Edisi Mac 2010 yang ada menyenaraikan ...
  • Hati Hati Kasut Kulit Babi
    Kepada yang nak beli kasut, harap berhati hati kerana ada kasut kulit yang dihasilkan dari kulit bab...
  • Isu Keli Tahi Babi di Perak
    Setelah terdedahnya isu keli hasil daripada tahi/kumbahan babi menyebabkan saya agak fobia untuk mem...
  • Generasi Baru Babi – Babiri
  • Encik Ada jual Cacing?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 96
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:kopi lemak babi lemak babi lemak babi dalam kopi mcdonalds mcdonalds guna lemak babi

Related Articles

Isu Keli Tahi Babi di Perak
Setelah terdedahnya isu keli hasil daripada tahi/kumbahan babi menyebabkan saya …

Isu Keli Tahi Babi di Perak

AUKU,Pelajar dan Politik
Setelah 11 hari di tahun baru, inilah entri pertama saya …

AUKU,Pelajar dan Politik

One Response

  1. sham

    Imej berkenaan minyak babi berkenaan adalah hoax atau palsu.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Keputusan PRU 13

Keputusan PRU 13 Yang Mengemparkan Inilah kebanyakan orang tungu-tunggu dalam bu…

Harap YB Nizar Tidak Terikut Politik DAP

Keadaan politik di Perak semakin genting dan panas. Terdapat satu kenyataan dari…

Apabila Bukan ISLAM Mentafsir Al Quran…

Keadaan di pilihanraya di “2 Bukit, satu batang” semakin panas. Saya…