Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011
Rang undang undang yang ingin dilaksanakan oleh MOSTI ini mencetuskan kontroversi apabila ramai yang membantah akta baru ini. Dalam bahasa inggeris ia bermaksud Computing Professional Bill 2011 atau CPB2011. Rang undang undang juru komputer profesional 2011 ini masih lagi di peringkat draf. Namun, ramai diantara penggiat dalam bidang IT menentang kerana ia mungkin akan menyekat kebebasan mereka dalam bersuara dan berurusan dengan pelanggan mereka.
Anda boleh download draf ini di http://www.shamsuriyadi.com/ruu_bcpm.pdf
Kontroversi Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011
Kontroversi ini bermula apabila Tony Phua yang merupakan seorang CEO dalam syarikat IT, Cyber Village Sdn Bhd dan juga salah seorang pembangkang dari parti DAP menentang akta ini dilaksanakan. Ia diikut oleh seorang daripada ahli MCA yang turut menentang akta ini.
Menurut mereka ia akan menyekat kebebasan perkembangan industri IT di Malaysia. Ia bertentangan dengan dasar kerajaan sebelum ini yang menolak ada unsur sekatan dalam bidang IT sebagaimana yang termaktub dalam dasar Multimedia Super Corridor (MSC).
Apakah Sebenarnya Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011?
Jika dilihat pada draf undang undang ini, ia adalah bertujuan untuk menubuhkan Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia yang akan menjadi satu badan pendaftaran dan persijilan bagi semua bidang yang berkaitan dengan perkomputeran. Ia termasuklah pengamal perkomputeran seperti programmer, web developer, software engineer dan sebagainya asalkan ia berkaitan dengan komputer. ( Jenuh jugak translate ayat law ni ye)
Apakah Tujuan Lembaga tersebut?
Menurut MOSTI ia adalah untuk meningkatkan tahap bidang IT di Malaysia. Dengan adanya badan yang akan memantau bidang IT, ia akan memberikan kesan lebih baik kepada negara. ( Itu diorang cakap lah)
Tapi bagi saya, ia bergantung kepada bagaimana ia akan dilaksanakan. Malah tujuan sebenar Lembaga ini masih kabur sebab bidang IT sangat besar. Malah siapakah yang akan terlibat dalam akta ini juga masih kabur.
Sijil Profesional Malaysia
Lembaga ini mungkin bertujuan sebagai sijil profesional Malaysia. Namun, bagi saya ia tidak perlu sebab sekarang sudah ada beberapa sijil profesional seperti MCSE,CCNA yang menjadi nilai tambah kepada individu atau syarikat IT di Malaysia. Jika ingin tambah koleksi sijil, boleh la kot.
Saya khuatir, apabila ia dilaksanakan tahap profesionalisme yang diharapkan tidak dicapai. Malah ada yang didakwa, didenda dan dipenjara disebabkannya.
Ia menghalang perkembangan IT di Malaysia?
Ya. Itu jika ia diwajibkan keatas semua individu atau syarikat yang terlibat dalam bidang IT. Namun, jika adalah optional. Ia tidak akan menjejaskan perkembangan IT Malaysia. Perkembangan teknologi sangat pantas. Ia tidak boleh ditahan atau dibendung oleh sebarang akta yang mungkin merencatkan peluang dan perkembangan syarikat kecil untuk bertambah besar.
Namun, jika ianya optional sekalipun. Ia masih akan merencat perkembangan industri IT di Malaysia kerana untuk mendapatkan Sijil Profesional memerlukan sijil daripada badan tertentu. Ia akan menutup peluang “street smart” dalam bidang IT untuk menyertai dan menyemarakkan perkembangan industri IT.
Tindakan untuk membuka ruang kepada mereka yang berdaftar sebagai Ahli Profesional untuk mendapat projek dan tender kerajaan akan menutup peluang kepada syarikat IT bumiputera yang rata-rata mempunyai modal yang kecil untuk mendapat tender kerajaan. Bagi mereka yang tiada kelayakan dalam bidang IT langsung tidak berpeluang untuk mendapat kerja dan tender kerana syarat ini.
Percaya atau tidak, banyak syarikat IT digerakkan oleh mereka yang tiada kelulusan formal dalam bidang IT. Bagaimana golongan ini survive? Hacker, Programmer yang terlibat dalam sektor pembangunan dan keselamatan rangkaian tidak mempunyai sijil kelayakan. Namun, mereka dikurniakan bakat dalam bidang IT untuk mengatasi mereka yang mempunyai pendidikan formal dalam bidang IT.
Isu ini perlu dijelaskan oleh MOSTI. Bagaimana pula mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penyediaan servis secara kecil kecilan seperti pelajar, graduan bukan bidang IT dan sebagainya tertakluk dalam akta ini?
Andainya ianya hanya melibatkan golongan tertentu sahaja, ia mungkin tidak menjejaskan apa apa. Contohnya mereka yang terlibat dalam Critical National Information Infrastructure (CNII) yang ditentukan oleh kerajaan.
Kelayakan Untuk Mendaftar Sijil Profesional
Menurut klausa 14 dalam Draf Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011 menyatakan:
[box]Pengamal Juru Komputer Berdaftar @Registered Computing Practitioner
1. Keahlian daripada badan profesional atau badan yang diiktiraf oleh Lembaga dan kelayakan mereka diiktiraf oleh Lembaga.
2. Sebarang kelayakan dalam bidang Teknologi Maklumat atau Perkomputeran yang diiktiraf oleh Lembaga
3. Sebarang kelayakan, sijil atau pengalaman berkaitan yang diiktiraf oleh Lembaga.
4. Mereka yang mempunyai kelayakan dan pengalaman tertentu yang ditentukan oleh Lembaga boleh memohon untuk menjadi Juru Komputer Profesional Berdaftar .
[/box]
[box]Juru Komputer Profesional Berdaftar @ Registered Computing Professional
1. Ahli Pengamal Juru Komputer Berdaftar boleh memohon mendapatkan sijil ini.
2. Mereka yang melepasti penilaian profesional yang akan dijalan oleh Lembaga atau badan yang dilantik oleh Lembaga.
3. Mereka yang menjelaskan yuran keahlian.
4. Mereka yang melepasi semua syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
5. Mereka yang terlibat sebagai ahli badan profesional akan dipertimbangkan oleh Lembaga.
6. Mereka yang mempunyai kelayakan profesional dari luar negara.
[/box]
[box]Penyedia Perkhidmatan Perkomputeran Berdaftar @Registered Computing Services Provider
1. Syarikat yang menyediakan perkhidmatan dan mengenakan caj profesional.
Baca la kat draf tu…huhuhu.
[/box]
Adakah Ia diwajibkan terhadap semua orang?
Ya. Mungkin diwajibkan kepada semua orang yang buat bisnes dalam bidang IT. Tetapi ia mungkin ada kelonggaran tertentu. Tapi kurang jelas tentang perkara ini. Anda juga yang menyatakan hanya mereka yang terlibat dalam bidang Critical National Information Infrastructure (CNII) sahaja yang terlibat.
Sijil Pendaftaran
Sijil pendaftaran tamat pada 31hb Disember pada tahun didaftarkan. Ia boleh diperbaharui setiap tahun selepas membuat pembayaran yuran.
Mereka yang berdaftar Tidak boleh tukar bidang
Dalam Klausa 19, Perkara 3. Mereka yang berdaftar sebagai Registered Computing Profesional hanya boleh memberikan perkhidmatan atau disiplin yang didaftarkan dalam sijil profesional mereka. Ini saya tidak setuju kerana teknologi cepat berkembang,semua orang perlu tahu bidang lain. Jika dilarang, ia pasti akan membantut perkembangan teknologi kerana ia mungkin difahami oleh mereka.
Mungkin MOSTI perlu tambah klausa tentang membenarkan mereka yang mendaftar boleh menambah bidang profesional dan kepakarang dalam sijil mereka.
Kesalahan
Jika sebarang individu,syarikat milikan tunggal, perkongsian dan syarikat yang melanggar akta ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000, penjara tidak lebih dari 6 bulan atau kedua duanya sekali.
Itu antara sebahagian kecil daripada Rang Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011 yang sempat saya kaji. Ia panjang dan memeningkat kerana mengunakan istilah perundangan yang agak asing buat orang IT seperti saya.
Safwan Seth
apa yg saya nampak, mereka mmg buat duit, nak apply sijil tu sijil ini, semua perlukan duitkan, hmm
sham
ni zaman ada duit semua jadi..:)
titan
nak duit la tu..
kalau internet masih slow macam ni, caj mahal lagi…server kat certain tempat pun leh crash..tak yah la. ramai orang bertambah benci ade la..
sham
kerajaan nak duit juga. kutip yuran keahlian setiap tahun.