Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Kisah Duka Menjentik Hati – Budak Jatuh Dari Tingkat 17
Isu Semasa

Kisah Duka Menjentik Hati – Budak Jatuh Dari Tingkat 17

sham No Comments

Saya ada beli akhbar semalam cuma tak berkempatan untuk baca. Bila baca kisah budak jatuh tingkat 17 tu, hati ini terjentik. Air mata menitik bila tengok gambar kakaknya yang terjelopok di lantai bilik mayat hospital di samping jenazah adiknya. Tidak dapat saya bayangkan betapa remuk hati kakak yang bertanggungjawab ni. Tolong ibu bapa mereka menjaga adik-adik ketika mereka keluar berniaga.

Saya pernah tinggal di Kota Damansara setahun lebih ketika zaman bujang dulu. Majoritinya adalah penduduk berbangsa Melayu tinggal di sini. Dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang meningkat, ramai ibu bapa di bandar besar struggle untuk survive. Yang teruk terjejas ialah mereka yang tergolong dalam kategori miskin bandar.

Bagi saya, kakaknya yang berusia 14 tahun ini cukup bertanggungjawab. Hantar adik ke tadika. Jaga adik sebelum ke sekolah. Bukan semua budak sekarang boleh buat macam tu jika tidak didik dengan sikap tanggungjawab. Semoga adik ini tabah dan jangan salahkan diri kerana musibah yang menimpa. Ibu bapanya pula jangan salahkan beliau kerana dia sudah lakukan yang terbaik untuk keluarga. Ajal maut ditangan Tuhan.

Musibah ini mungkin akan membuka mata pelbagai pihak untuk meningkatkan keselamatan sekeliling terutamanya di kawasan perumahan termasuk developer yang membangunkan perumahan rakyat miskin. Mungkin rekabentuk rumah perlu ditambah baik dengan meletak besi penghadang yang lebih tinggi. Kejadian budak jatuh bangunan bukan pertama kali berlaku.

Kali ini ia mendapat liputan akhbar secara spesifik, semoga ia mendapat perhatian menteri kerajaan baru yang sedang berhoneymoon dengan kemenangan dalam PRU14 baru ini. Harapan rakyat mahukan perubahan yang positif kepada carahidup mereka.

Apabila manifesto yang menjadi janji dalam PRU mereka ditongsampahkan. Apa dah jadi? Pertama kali dalam pilihan raya negara, kerajaan yang menang cuba tarik balik janji mereka atas alasan akan rugi besar! Manifesto hanya janji kosong untuk menarik minat penggundi..

Jika ini berterusan, ia mungkin kali pertama dan terakhir untuk Pakatan Harapan untuk memerintah negara ini. Rakyat sedang memerhati dan berharap untuk mereka menunaikan janji mereka. Lidah tak bertulang. Janji ahli politaik boleh dengar, percaya sepenuhnya jangan tidak kira parti mana pun.

Sudah jadi post politik la pulak. Adeh.

Back to main issue. Semoga keluarga Arwah Adik yang jatuh bangunan tu tabah. Semoga Allah gantikan dengan perkara lebih baik. Kalau ada kaunselor yang baik hati dapat bantu pulihkan semangat si Kakak itu lebih baik. Trauma sangat tu. Tak bagus untuk perkembangan pelajaran dia nanti.

P/s: Rakyat Undi PH dengan harapan ada perubahan positif. (Termasuk saya..huhuhuh) .Sudahlah honeymoon & cari salah korupsi kerajaan dahulu yang semua orang dah tahu. Be a better governance. Terus terang sudah muak dengan berita pasal korupsi. Saya nak dengar berita “tol dimansuhkan”,”minyak lebih murah”,”kos sara hidup lebih baik”, “ringgit mengukuh”.

Artikel Berkaitan
  • Budak 17 Tahun Dirogol 38 Orang
    Budak 17 Tahun Dirogol 38 Orang Rasanya ini kali pertama di Malaysia ada kes rogol sampai 38 orang....
  • Rahsia Sulit Bisnes Trading
    Rahsia Sulit Bisnes Trading Bagi mereka yang mengkaji secara Rasulullah SAW. Nabi memulakan perniag...
  • Lawak Teladan
    Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pa...
  • PRU 12: Keputusan Mengejut Pilihanraya
  • DragonBall Evolution Tak Best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 9
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:budak jatuh bangunan jatuh tingkat 17

Related Articles

Saya selalu mendengar banyak ceramah berkenaan tanda-tanda nak kiamat sepanjang …

Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!

The Apprentice Asia Bermula Episod pertama The Apprientice Asia telah …

The Apprentice Asia Minggu 1: Apa Yang Boleh Kita Belajar

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

kasut kulit babi

Hati Hati Kasut Kulit Babi

Kepada yang nak beli kasut, harap berhati hati kerana ada kasut kulit yang dihas…

Wajar ke dedah kelemahan Melayu?

Saya tertarik dengan satu artikel di harian metro berkenaan mendedahkan kelemaha…

Promosi Di Internet Ada Etikanya

Agak lama juga saya tak update blog akibat kesibukan yang menerjah. Beberapa ker…