Saya tertarik dengan satu artikel di harian metro berkenaan mendedahkan kelemahan melayu bagi memastikan masyarakat melayu tidak tercicir dari arus pembagunan?
PETALING JAYA: “Akhbar terutamanya berbahasa Melayu mempunyai tanggungjawab besar membahaskan secara terperinci serta mendedahkan kekurangan dan kelemahan bagi memastikan masyarakat Melayu tidak tercicir,” katanya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata, akhbar dan pena wartawan bukanlah semata-mata alat untuk menulis berita sensasi sebaliknya harus membentuk satu landasan yang kukuh dalam memperjuangkan cita-cita dan hak pembaca secara jujur.
“Penting bagi akhbar Melayu mendedahkan kekurangan Melayu dalam segenap lapangan hidup.
“Selain itu, usaha Berita Harian memberi peluang kepada wartawan yang lebih senior berkongsi pandangan menerusi tulisan mereka di akhbar itu membuktikan syarikat terbabit masih mengiktiraf penulis veteran,” katanya pada Majlis Mengimbau Kenangan dan Makan Malam Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian Malaysia (PBWBHM) di sini, malam kelmarin.
Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid; Presiden PBWBHM, Dr Alias Mohamed dan Timbalan Presiden PBWBHM, Datuk Ahmad Reejal Arbee.
Persoalannya adalah ia wajar? Mungkinkah pendedahan tersebut boleh diekplotasi oleh pihak lain yang ingin mengambil peluang diatas kelemahan orang melayu?
Bersediakan orang melayu dengan pendedahan tersebut? Banyak jugak persoalan lain yang mungkin akan timbul ni.
Bagi saya, ia perlu dilakukan secara berhemah agar orang melayu dapat menerimanya. Orang melayu memang terkenal dengan sikap baik hati. Sikap baik hati tersebut menyebabkan kita dijajah oleh belanda, portugis dan inggeris. Kita sering kali menyambut baik dengan orang “luar”.
Maka timbul lah persepsi mengagungkan orang putih atau mat salleh sehingga ada yang menganggap semua produk US/luar negara adalah terbaik dan bagus. Sedangkan mereka cuba melemahkan kita secara psikologi. Mereka cuba membentuk anggapan bahawa hanya produk US berkualiti dan produk tempatan tidak berkualiti.
Ya. Mereka berjaya apabila mengimport budaya mereka dengan jayanya sehingga setiap hari kita disogokkan dengan berita buang bayi dan bunuh. Orang kita semakin hanyut dengan budaya barat yang diimport ke negara Islam untuk meruntuhkan akhlak muda mudi islam secara halus menerusi hiburan. Mereka mengimport pelbagai sistem yang kononnya membantu orang kita tetapi merosakkan keturunan kita secara perlahan-lahan seperti skim piramid dan sebagainya.
Hasilnya daripadanya adalah haram dan bertentangan dengan Islam. Hasilnya orang Islam memakan harta yang haram dan mereka tidak menyedarinya kerana ia cukup halus sehingga kita langsung tidak menyedarinya. Serius!
Bukan sedikit Skim Cepat Kaya dan Skim piramid di pasaran Malaysia. Malah ada juga yang mempergunakan nama agama dan ayat al quran untuk menghalalkan skim piramid mereka. Skim ini semakin lama semakin banyak dengan mensasarkan mereka yang kesempitan wang.
Akhir kata… Hindari daripada skim cepat kaya dan skim piramid!
Jangan lupa, BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA.
zara
mengomen,memberitahu cara terang atau mengkritik itu bergantung kepada sebab musabab dan alasan kukuh ketika itu atau kebaikan semua pihak kehadapan umumnya orang melayu ,saya kira mengapa perlu kita mengomen atau mendedahkan kelemahan ini..jika
terdahulu 35 tahun kita sebagai melayu ..telah diberi peluang dan terus menjaga kebajikan orang melayu ,tetapi sepuas mana hari ini kita menjaga hati nurani bangsa kita melayu ..dizaman hari ini sudah berubah ..teguran itu perlu jika ini akan menyedarkan msyarakat melayu yang selama ini sentiasa lena dibuai mimpi indah..sedang mayarakat luar semakin mendekati negara kita dengan berbagai kaedah demi menjatuhkan kepentingan mutlak kita bangsa melayu islam ..
tapi sungguh pun begitu tidak semua melayu yang masih terlena dan perlu dikomen atau dikritik hanya kalau ianya umum terkenalah hidung kita kerana bangsa kita..
walaubagaimanapun masyarakat melayu hari ini kebanyakannya menjuruskan kearah kejahatan (mungkar) malas kerja ,rakyat asing yang duduk dinegara ini senang bekerja di bumi kita ,sedangkan kebanyakan anak muda melayu yang diharapkan menjadi pelapis untuk menjaga keharmonian negara masa depan tahun 2020 dan seterusnya ,jika dunia belum kiamat… semakin menurun pretasi nya dan menjurus kekancah dadah dan disini akan membuat kan melayu akan lemah dibumi sendiri,kuasa asing akan mudah menjajah semula bumi melayu …siapa kah akan dipersalahkan? …maka teguran dan kritikan seperti ini perlu untuk kebaikan …salah ke kritikan seperti ini untuk bangsa saya melayu.
.maaf jika kekurangan pada saya..terima kasih..