Penternakan Burung Walit Memang Lumayan

Visited 1 times

January 13, 2010 · 4 comments

in Penternakan

Burung Walit atau layang layang sememangnya bukan sesuatu yang asing buat kaum cina kerana ia menjadi salah satu makanan eksotik kaum cina sejak dulu lagi. Harga sarang burung walit dari Malaysia mencecah ribuan ringgit sekilo bagi sarang yang telah dibersihkan. Malah kerajaan mensasarkan industri burung Walit Malaysia memperoleh pulangan berbilion ringgit setahun. Jangan terkejut jika ianya berharga diantara RM4000 hingga RM18,000 sekilo!

Kini 90% industri ini dikuasai oleh kaum bukan bumiputera. Kini dengan s0kongan dari jabatan terlibat, semakin ramai bumiputera yang terlibat dalam industri berbilion ringgit ini.

burung walit

Saya masih ingat ketika berjalan jalan di bandar Kuala Terengganu pada waktu pagi, pasti ada kedegaran bunyi kaset memanggil burung walit ke tempat ternakannya diatas bangunan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Saya tidak pasti ia masih berlaku sekarang ni. Rasanya masih ada kot. Ia dilakukan oleh usahawan cina dengan mengunakan sumber yang sedikit.

Kini, banyak kedai kedai yang disewakan terutamanya di tingkat atas dijadikan tempat ternakan burung walit. Saya tengok keadaan ini di beberapa tempat seperti di Taiping berdekatan dengan Giant Taiping. Kedai kedai ditingkat atas diubahsuai dan dijadikan tempat ternakan burung walit ini. Pulangan yang besar menyebabkan ia menjadikannya pilihan kepada mereka yang berpandangan jauh. Dengan bermodalkan beberapa ribu ringgit, pulangan yang diperolehi boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Anda juga boleh download Panduan Penternakan Burung Walit ini di http://www.jphpk.gov.my/Malay/walit.pdf.pdf .

Percuma je.

Ia adalah satu guideline yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mereka yang berminat untuk menceburi bidang penternakan burung walit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 4 comments… read them below or add one }

abrablog January 23, 2010 at 1:59 pm

wahh..bagus juga nih..

Mohd Kamal February 11, 2010 at 5:56 am

Aeroswift Consultancy SDN bhd dengan kerjasama Jabatan Veterinar Malaysia memberi peluang kepada orang ramai terutamanya bumiputra untuk menyertai projek penternakan burung walit. berminat hubungi saya , Mohd Kamal hp o17-8822364 , blog http://www.kamalswift.com/blog

Mohd Kamal February 11, 2010 at 6:10 am

Sambutan amat menggalakan, kini telah ramai bumiputra yang sedar akan potensi pulangan dalam bisnes penternakan burung walit. Memandangkan kenaikan kos bahan2 binaan Aeroswift Consultancy Akan menaikan harga Rumah BURUNG WALIT untuk penternakan. Berkuat kuasa 1 hb Mac, harga share akan dinaikan dari RM 3,823.80 Kepada RM 4,895.94 setiap lot.
sesiapa yang berminat untuk menyertai sebelum tarikh tersebut masih dapat harga yang lama 1 lot = RM 3,823.80 . Jngan berlengah lagi sementra harga belum naik. maklumat lanjut hubungi saya , Mohd Kamal, 017-8822364 , blog http://www.kamalswift.com/blog

Maturudhi Hamazah January 8, 2011 at 2:48 pm

Saya rasa perniagaan ni bagus tetapi satu je yang tak bagus untuk beli lot atau share iaitu tiada jaminan tiadanya penipuan. Lain lah kalau share di Bursa Malaysia yang di kawal dan dijamin oleh kerajaan. Ada kemungkinan dikemudian hari nanti pengusaha akan berkata burung tak banyak bersarang atau harga rendah atau kami mengalami kerugian dan sebagainya sedangkan wang dah diserahkan. Itu pendapat peribadi saya

Leave a Comment

Previous post:

Next post: