Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
GST Atau SST Jadi Harga Murah? Eh Kenapa Naik Harga Pulak!
Umum

GST Atau SST Jadi Harga Murah? Eh Kenapa Naik Harga Pulak!

sham No Comments

Serius semalam mula SST dilaksanakan. Macam-macam cerita yang diviralkan sampaikan ada kedai makan pun buat SST sebab nak naikkan harga punya pasal. Daripada pemerhatian saya sebagai pembeli dan peniaga, apabila GST dimansuhkan, ada penurunan sebentar. Tetapi tak lama kemudian ia dinaikkan semula seperti zaman GST..hahahaha

Rakyat pun pening macam ni. Masa nak pilihanraya kata bila tak laksana, harga jadi murah. Dah tak laksana cukai, datang pula cukai baru. BR1M pulak satu rasuah dan akan ditiadakan secara berperingkat. Nak duit kena usaha!! Bukan duduk diam dapat duit je.. Itulah pandangan menteri baru sekarang.

kredit imej : themalaysianreserve.com

Jadi sebagai rakyat marhain kena terima apa yang diamalkan oleh pemimpin yang baru dipilih ini. Harga barang kat Malaysia ini memang tak pernah nak turun kalau dah naik. Dulu kata bila harga minyak turun, harga barang akan turun. Memang harga minyak pernah turun sampai taham bawah RM2.00 seliter. Tak nampak trend penurunan juga.

GST sebabkan harga barang naik.. Sekarang dah mansuh, masih sama. Harga kekal tinggi dan tak nampak ia membantu rakyat yang struggle untuk survive. Sekarang tiba pula zaman SST, cukai baru yang diperkenalkan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan. Semalam sudah ada banyak komplen kenaikan melampau di FB.

Zaman sekarang zaman viral je. Ia berbeza dengan zaman masa TUN Mahathir jadi PM ke 5. Generasi sekarang “volatile”. Sikit2 viral satu malaysia. Jadi kerajaan baru sekarang kena alert tentang isu ini dan mungkin setiap kementerian perlu ada unit media sosial untuk tangkap isu rakyat dan selesaikan.

Masalah kenaikan harga barang memang satu masalah yang lama telah berlaku. Ditambah dengan kuasa beli rakyat semakin berkurang apabila cukai nyata seperti GST dan SST yang boleh dimanipulasi oleh pengeluar untuk meningktatkan harga barangan mereka.

Contohnya kilang Ah Meng Manufacturing yang menghasilkan barang A, mereka menjualkan kepada Ah Meng Distributor pada harga RM100+10% SST yang syarikatnya on paper sahaja dan beroperasi di alamat yang sama. Kemudian Ah Meng Distributor menjual kepada Ah Sing Trading pada Harga RM200+10% sebelum ia dijual kepada peruncit dan pengguna menjadikan keuntungan berganda buat syarikat Ah Meng.

Jadi harga tetap tinggi sampai kepada pengguna. Jadi yang boleh kita buat? Kroje la lebih skit. Jangan dok membawang je. Itulah hasrat kerajaan kita sekarang. Carilah peluang bisnes yang boleh dibuat secara part time. Memang kena buat macam tu sekarang ni kalau nak survive dalam keadaan sekarang.

Kerajaan pula kena banteras manipulasi sebegini kalau nak membantu rakyat menikmati barang pada harga rendah. Jangan dok asyik nak dakwa salahlaku kerajaan dulu je. Utamakan dulu kebajikan rakyat, barulah rakyat sayang dan undi lagi pada PRU akan datang. Cari jalan untuk kurangkan beban rakyat dulu. Yang salah, tetap salah dan akan dihukum samada kat dunia atau akhirat.

p/s: Duit MYR semakin jatuh lagi sekarang sudah sampai tahap RM4.20 per USD1.00.huhuhu

Artikel Berkaitan
  • Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia
    Apa yang rakyat risaukan telah berlaku. Pak Lah memang suka wat kejutan. Pilihanraya mengejut. Naik ...
  • Nak Tukar Harga SMS pada Sistem Sms
    Saya menerima satu email yang bertanya tentang bagaimana untuk menukar harga sms yang dicaj kepada p...
  • Buat Kad Kahwin Sendiri Dengan Software Kad Kahwin
    Pada zaman kegawatan ekonomi sekarang pastinya ramai bakal pengantin tengah pening kepala sebab kos ...
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Harga Terkini Pos Laju Prepaid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 58
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:barang murah gst vs sst harga murah sst

Related Articles

Hukum Dividen KWSP: Pengorbanan Harta atau Terkorban
Ini adalah satu perkongsian tentang isu ibadah korban dalam temubual …

Hukum Dividen KWSP: Pengorbanan Harta atau Terkorban

Santai: Mat Salleh Menyanyi Loghat Kelate
Post santai kali ini. Ia adalah satu video yang diperolehi …

Santai: Mat Salleh Menyanyi Loghat Kelate

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Geran Percuma Dalam Ternakan Kelulut
  • Kawan Online Bagi Hadiah Tapi Suruh Bayar Kurier? Scam ke?
  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Nadia on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Fatimah on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • NORAZLEN BINTI MOHAMAD SALIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Iman nazihah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Melayu Sukar Menerima Kritikan dan Teguran?

Saya ambil satu artikel daripada utusan berkenaan Tun Dr. Mahathir: Kritikan ter…

peranan masjid

Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda

Perintah Kawalan Pergerakan kini di fasa kedua. Jumlah kes baru masih tinggi. Ma…

Perodua MPV Bakal Keluar November Ini

Setelah Proton Exora dilancarkan baru baru ini. Orang pasti ramai menunggu MPV d…