Bagaimana Menentukan Kos Penghantaran Produk Di Malaysia

Bagaimana anda hendak menentukan kos penghantaran produk fizikal di Malaysia?

Saya juga mempunyai perniagaan produk fizikal yang diusahakan bersama isteri saya iaitu BuatCoklat.com dan juga beberapa lagi produk lain yang banyak menfokuskan pasaran di Malaysia. Bagi mereka yang masih baru ingin berjinak jinak untuk menjual barangan fizikal di internet, pasti akan menghadapi masalah untuk menentukan kos penghantaran produk mereka.

Saya mengamalkan 2 kaedah dalam menentukan kos penghantaran agar ia tidak membebankan pembeli produk kita.

  1. Kaedah Lump Sum
  2. Pengiraan Sebenar

Bagi kaedah lump sum, anda boleh menentukan purata kos penghantaran yang mungkin dikenakan kepada anda di seluruh Malaysia. Cara yang paling selamat ialah mengunakan kaedah penghantaran tertinggi seperti ke Sabah. Jadi anda menetapkan kos tetap untuk semua pelanggan anda di seluruh Malaysia.

Bagi penggiraan sebenar pula, anda perlu menimbang berat pakej produk anda. Anda membuat pengiraan berdasarkan kadar yang ditentukan oleh Pos Malaysia. Bagi syarikat courier lain, anda boleh merujuk laman web mereka. Saya hanya menunjukkan kaedah pengiraan dengan mengunakan pos laju untuk penghantaran di Malaysia sahaja. Kos penghantaran juga berbeza beza bergantung kepada berat dan destinasi produk anda dihantar.

Saya lebih suka mengunakan Pos Malaysia kerana ia mempunyai cawangan yang agak meluas. Bagi kurier lain, mereka mempunyai kawasan yang tidak di”cover” oleh mereka. Pelanggan anda perlu mengambil barangan mereka di agen mereka. Dan ini akan menyusahkan pelanggan anda. Berbeza dengan Pos Malaysia, mereka mempunyai posmen¬† di kawasan terlibat untuk menghantar terus ke hadapan rumah pelanggan anda.

Contohnya anda mempunyai pakej seberat 2.0kg. Apa yang perlu anda buat ialah

1. Layari http://www.pos.com.my

kos penghantaran

post rate di pos.com.my

2. Anda boleh tick pada Parcel Rate >>> Within Malaysia

3. Kemudian pilih Fast Mail>>> Within Malaysia dan masukkan maklumat yang berkenaan.

post rate

4. Jika anda ingin mengira kos lump sum, anda boleh pilih kos ke Sabah iaitu Between Peninsular Malaysia and Sabah. Jika anda ingin mengira kos sebenar, anda boleh pilih pilihan yang lain. Local Town Delivery adalah kos diantara bandar di negeri yang sama. Bagi pilihan Within Penisular Malaysia/Sabah/Sarawak adalah pilihan untuk penhantaran diantara negeri-negeri di semenanjung atau bahagian2 di Sabah/Sarawak. Pilihan Between Peninsular Malaysia and Sarawak adalah untuk kos dari semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya. Begitu juga dengan pilihan Between Peninsular Malaysia and Sabah. Dan yang terakhir Between Sabah and Sarawak, adalah kadar pos diantara negeri berkenaan.

5. Kemudian masukkan berat Parcel anda. Dan tekan butang Submit.

Tarif Pos Ke Sabah

Tarif Pos Ke Sabah

6. Seterusnya anda akan mendapat tarif kasar kos penghantaran. Tapi ia bukan jumlah sebenar kerana terdapat surcaj bahan api, handling dan juga GST perlu dimasukkan daripada kos tersebut. Apa yang perlu anda buat ialah tambah 26% 31% daripada kos tarif.

Tarif = 19.00

Tambahan = 19 x 0.26 0.31 = 4.94  5.89

Kos sebenar = 19.00 + 4.94 = RM23.9424.89

Update: Bermula 15hb Julai 2011,kadar surcaj dinaikkan dari 10% kepada 15%.

Jadi kos anda ialah RM23.95 24.89 untuk dihantar ke Sabah. Anda perlu menambah sedikit lagi kos seperti kos handling anda dan juga pembungkusan. Contohnya RM5.00 untuk kos tersebut. Jadi anda boleh menetapkan kos penghantaran anda ialah RM29.00 jika secara lump sum. Itupun jika berat produk anda adalah sama. Jika tidak, tetapkan harga pada kategori atau berat tertinggi. Anda boleh pilih apakah pilihan terbaik untuk pelanggan anda.

Pastikan ianya tidak terlalu membebankan pelanggan anda. Jika kadar keuntungan yang tinggi anda perolehi, anda boleh serapkan sedikit daripada kos penghantaran.

Jadi anda boleh menentukan kos penghantaran produk untuk dihantar kepada pelanggan anda. Mudah sahaja konsep ini.

Begitulah caranya untuk anda mengira kos penghantaran produk anda di Malaysia. Bagi ke luar negara, boleh juga mengunakan kaedah yang sama. Cuma matawang mestilah mengunakan USD. Anda boleh rujuk kadar matawang terkini untuk dibahagikan kepada kos penghantaran anda.

Bagi kos penghantaran ke luar negara, kadar lebih tinggi dikenakan walaupun ia hanya ke Singapura, Thailand atau Brunei yang hanya bersebelahan dengan negara kita.

Anda boleh bermain main dengan tool pengiraan kadar tarif yang disediakan oleh Pos Malaysia tersebut untuk mengira kos penghantaran ke negara yang terlibat. Oh..Lupa, kita tak boleh hantar ke Israel. Jom kira kos penghantaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • yhs-fullyhosted_003
  • kos penghantaran pos laju
  • kos penghantaran pos laju ke sarawak
  • kos penghantaran pos laju ke sabah
  • kiraan berat pos laju
  • harga pos laju ke sabah
  • kos penghantaran barang pos malaysia
  • saya suka pos malaysia kerana
  • hantar barang ke sarawak
  • harga berat poslaju
Pin It

17 thoughts on “Bagaimana Menentukan Kos Penghantaran Produk Di Malaysia

  1. Pingback: Kaedah Pengiraan Kos Pos Laju Mengunakan Kaedah Matriks

  2. Pingback: Pos Malaysia Naikkan Surcaj Bahan Api Dari 10% ke 15%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>