Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
Bagaimana Menentukan Kos Penghantaran Produk Di Malaysia
Perniagaan

Bagaimana Menentukan Kos Penghantaran Produk Di Malaysia

sham 22 Comments

Bagaimana anda hendak menentukan kos penghantaran produk fizikal di Malaysia?

Saya juga mempunyai perniagaan produk fizikal yang diusahakan bersama isteri saya iaitu BuatCoklat.com dan juga beberapa lagi produk lain yang banyak menfokuskan pasaran di Malaysia. Bagi mereka yang masih baru ingin berjinak jinak untuk menjual barangan fizikal di internet, pasti akan menghadapi masalah untuk menentukan kos penghantaran produk mereka.

Saya mengamalkan 2 kaedah dalam menentukan kos penghantaran agar ia tidak membebankan pembeli produk kita.

  1. Kaedah Lump Sum
  2. Pengiraan Sebenar

Bagi kaedah lump sum, anda boleh menentukan purata kos penghantaran yang mungkin dikenakan kepada anda di seluruh Malaysia. Cara yang paling selamat ialah mengunakan kaedah penghantaran tertinggi seperti ke Sabah. Jadi anda menetapkan kos tetap untuk semua pelanggan anda di seluruh Malaysia.

Bagi penggiraan sebenar pula, anda perlu menimbang berat pakej produk anda. Anda membuat pengiraan berdasarkan kadar yang ditentukan oleh Pos Malaysia. Bagi syarikat courier lain, anda boleh merujuk laman web mereka. Saya hanya menunjukkan kaedah pengiraan dengan mengunakan pos laju untuk penghantaran di Malaysia sahaja. Kos penghantaran juga berbeza beza bergantung kepada berat dan destinasi produk anda dihantar.

Saya lebih suka mengunakan Pos Malaysia kerana ia mempunyai cawangan yang agak meluas. Bagi kurier lain, mereka mempunyai kawasan yang tidak di”cover” oleh mereka. Pelanggan anda perlu mengambil barangan mereka di agen mereka. Dan ini akan menyusahkan pelanggan anda. Berbeza dengan Pos Malaysia, mereka mempunyai posmen  di kawasan terlibat untuk menghantar terus ke hadapan rumah pelanggan anda.

Contohnya anda mempunyai pakej seberat 2.0kg. Apa yang perlu anda buat ialah

1. Layari http://www.pos.com.my

kos penghantaran

post rate di pos.com.my

2. Anda boleh tick pada Parcel Rate >>> Within Malaysia

3. Kemudian pilih Fast Mail>>> Within Malaysia dan masukkan maklumat yang berkenaan.

post rate

4. Jika anda ingin mengira kos lump sum, anda boleh pilih kos ke Sabah iaitu Between Peninsular Malaysia and Sabah. Jika anda ingin mengira kos sebenar, anda boleh pilih pilihan yang lain. Local Town Delivery adalah kos diantara bandar di negeri yang sama. Bagi pilihan Within Penisular Malaysia/Sabah/Sarawak adalah pilihan untuk penhantaran diantara negeri-negeri di semenanjung atau bahagian2 di Sabah/Sarawak. Pilihan Between Peninsular Malaysia and Sarawak adalah untuk kos dari semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya. Begitu juga dengan pilihan Between Peninsular Malaysia and Sabah. Dan yang terakhir Between Sabah and Sarawak, adalah kadar pos diantara negeri berkenaan.

5. Kemudian masukkan berat Parcel anda. Dan tekan butang Submit.

Tarif Pos Ke Sabah

Tarif Pos Ke Sabah

6. Seterusnya anda akan mendapat tarif kasar kos penghantaran. Tapi ia bukan jumlah sebenar kerana terdapat surcaj bahan api, handling dan juga GST perlu dimasukkan daripada kos tersebut. Apa yang perlu anda buat ialah tambah 26% 31% daripada kos tarif.

[box type=”red”]

Tarif = 19.00

Tambahan = 19 x 0.26 0.31 = 4.94  5.89

Kos sebenar = 19.00 + 4.94 = RM23.9424.89

Update: Bermula 15hb Julai 2011,kadar surcaj dinaikkan dari 10% kepada 15%.

[/box]

Jadi kos anda ialah RM23.95 24.89 untuk dihantar ke Sabah. Anda perlu menambah sedikit lagi kos seperti kos handling anda dan juga pembungkusan. Contohnya RM5.00 untuk kos tersebut. Jadi anda boleh menetapkan kos penghantaran anda ialah RM29.00 jika secara lump sum. Itupun jika berat produk anda adalah sama. Jika tidak, tetapkan harga pada kategori atau berat tertinggi. Anda boleh pilih apakah pilihan terbaik untuk pelanggan anda.

Pastikan ianya tidak terlalu membebankan pelanggan anda. Jika kadar keuntungan yang tinggi anda perolehi, anda boleh serapkan sedikit daripada kos penghantaran.

Jadi anda boleh menentukan kos penghantaran produk untuk dihantar kepada pelanggan anda. Mudah sahaja konsep ini.

Begitulah caranya untuk anda mengira kos penghantaran produk anda di Malaysia. Bagi ke luar negara, boleh juga mengunakan kaedah yang sama. Cuma matawang mestilah mengunakan USD. Anda boleh rujuk kadar matawang terkini untuk dibahagikan kepada kos penghantaran anda.

Bagi kos penghantaran ke luar negara, kadar lebih tinggi dikenakan walaupun ia hanya ke Singapura, Thailand atau Brunei yang hanya bersebelahan dengan negara kita.

Anda boleh bermain main dengan tool pengiraan kadar tarif yang disediakan oleh Pos Malaysia tersebut untuk mengira kos penghantaran ke negara yang terlibat. Oh..Lupa, kita tak boleh hantar ke Israel. Jom kira kos penghantaran.

Artikel Berkaitan
  • Kaedah Pengiraan Kos Pos Laju Mengunakan Kaedah Matriks
    Sebelum ini saya ada menunjukkan kaedah pengiraan pos mengunakan kaedah berat. Jika kotak anda meleb...
  • Buku Kedua: Internet + Produk Digital = DUIT
    Ini adalah buku kedua saya yang akan diterbitkan oleh PTS Netmedia. Tajuknya ialah Internet + Produk...
  • Harga Pos Laju Prabayar
    Pos Laju Prabayar Pos Malaysia telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu Pos Laju Prabayar. Ia a...
  • Pos Malaysia Naikkan Surcaj Bahan Api Dari 10% ke 15%
  • Download Lubuk Rahsia Dropship Najib Asaddok, Jom Meniaga di Ebay
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • yhs-fullyhosted_003
  • kos penghantaran pos laju
  • kos penghantaran pos laju ke sarawak
  • kiraan berat pos laju
  • kos penghantaran pos laju ke sabah
  • kos penghantaran barang pos malaysia
  • harga pos laju ke sabah
  • KOS POS LAJU
  • saya suka pos malaysia kerana
  • hantar barang ke sarawak
Post Views: 1,351
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:cara kira kos pos hantar barang kos hantar barang kos penghantaran kos pos pos malaysia

Related Articles

amazon associates
Bila tengok rohaizad buat post tentang buat duit dengan Amazon, …

Buat Duit Dengan Amazon: Aku Dapat Sales Dari Amazon

Gelombang GDI sedang melanda Malaysia. Itulah yang saya nak katakan. …

GDI – Global Domain International Scam Ke?

22 Comments

  1. akmal najiy

    nice sharing! kebetulan saya tgh mencari2 maklumat utk kos penghantaran ni 🙂

  2. sham

    semoga ia memberi manfaat kepada perniagaan tuan.

  3. Ismazaidi

    Terima kasih atas info.
    Selama ini main agak2 je,tu yg kadang2 makan modal:)
    Info ini menambah ilmu saya.Terima kasih sekali lagi.

  4. asmid

    Maklumat yang berguna kerana saya juga adalah usahawan produk fizikal. T. kasih ditatas perkongsian ini.

  5. sham

    sama sama…semoga ia memberi manfaat.

  6. Pingback: Kaedah Pengiraan Kos Pos Laju Mengunakan Kaedah Matriks
  7. nadia

    thanks for sharing this info!sgt2 bgune

  8. Pingback: Pos Malaysia Naikkan Surcaj Bahan Api Dari 10% ke 15%
  9. bestmarketing

    great info, tq

  10. abu85

    info yang berguna utk berniaga online

  11. citiroz

    Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat ini

  12. boy

    Thank you admin… Info yang amat berguna…

  13. akhiyy

    thanks =)

  14. Syed

    salam tuan, nak bertanya, mcm mana tuan dpt jumlah caj 31% tu ye?

  15. sham

    15% fuel surcharge, 10% handling charges and 6% GST. Jadi 15+10+6 = 31%

  16. sham

    GST – tu Goverment Service Tax bukan Good Sales Tax..hehehe. April 2015 baru Good Sales Tax..

  17. Din

    Tq for sharing…
    Tapi lepas dah pos, macam mana mengenai kastam? Untuk penghantaran ke luar negara.

  18. elmer

    tumpang tanye,kwn saye kirim brg dr selangor ke sarawak kos rm47 utk brg seberat 1.243kg…adakah ini betul atau kwn cube utk menipu?

  19. Perfectlistshop

    Thanks bg info yg berguna, baru jalan kn bisnes, selama ni postage main taram je. Hmm

  20. Khaidir Zakaria

    Terima kasih. Sedang mencari info utk pos barang ke Brunei.

  21. jazwan

    berapa kos menghantar barang bawah 5 kg ke uk?
    emel ya? tq^^,

  22. nurul

    Nk tnye.btul ke caj penghantaran dri u.k ke sabah smpai rm5 k?? Rgux2 utk membuat pembayran smpai rm5k..tlg bg penjelasan yg tpat.tq..

  23. sham

    itu tipu. ada orang nak bagi “hadiah” dari UK ke? Rujuk post saya tentang nigerian scammer kat ruangan scam alert.

  24. Jiha

    Saye masih take faham pengiraan barang? Maknanye harga Kos adalah harga barang Dari supplyer + harga POS?

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kaedah Pengiraan Kos Pos Laju Mengunakan Kaedah Matriks

Sebelum ini saya ada menunjukkan kaedah pengiraan pos mengunakan kaedah berat. J…