Ini adalah sambungan kepada post saya yang lepas tentang bagaimana untuk mengeluarkan wang dari Paypal dengan mengunakan Al Rajhi Bank. Saya telah mengeluarkan USD416 ke akaun Al Rajhi saya. Ia mengambil masa selama 10 hari..huhuhu..Risau jugak sebenarnya.
Ini adalah kerana Paypal proses hanya dalam masa 5 hari. Tapi tak masuk dalam akaun Al Rajhi lagi. Saya dah gabra juga pada mulanya. Tadi saya cek, dah masuk dah sebanyak RM1302.72. Selepas tolak caj paypal,saya akan menerima USD411 daripada Paypal. Jadi currency rate sekarang ialah RM3.17 bersamaan USD1.
Ia lebih baik daripada saya menjual paypal tersebut dengan kadar RM3 bagi USD1 dimana saya hanya mendapat RM1248 sahaja jika menjual USD416. Ia berbeza RM54.72! Okay la tu di masa harga barang yang bersiap sedia untuk naik sekarang ni.
Saya akan buat satu Report free kot tentang cara mengeluar paypal dengan Al Rajhi Bank. Salah satu alternatif mengeluarkan wang dengan cara yang lebih mudah. Cuma ia agak lambat la. 10 hari kena tunggu settle semua transaksi.
Nanti saya akan buat satu report ringkas tentang bagaimana untuk mengeluarkan wang dari Paypal ini. Ia sesuai jika anda mempunyai paypal yang banyak. Kalo skit, ia tidak sesuai kerana caj adalah sama iaitu USD5 atau lebih kurang RM15 setiap transaksi.
Jadi anda boleh mengeluarkan wang dari Paypal anda tanpa sebarang masalah dengan Debit Kad nanti. Saya ada rekodkan setiap langkah untuk mengeluarkan wang dengan Al Rajhi Bank ini. Harap ia dapat membantu anda nanti.
titan
Hehe. Aku pakai tunemoney je sekarang. Ok la gak. Leh withdraw, leh verify.
zGreat
Dah agak dah..mesti lebih dari 5 hari bekerja. takpe kita tunggu skil-skil pengeluaran yang lain pulak.