Scam Alert: Sms Cabutan Bertuah Power Root

Visited 1 times

June 4, 2009 · 212 comments

in Scam Alert

Setelah sekian lama sms penipuan semakin kurang. Namun, apabila peraduan Jadi Jutawan Bersama Power Root semakin terkenal, penipu indonesia semakin licik. Tidak hanya dengan sms, malah ada yang lebih ekstrim untuk menelefon mangsa yang kononnya mereka memenangi sejumlah wang daripada Power Root.

Sms Scam Power Root

Sms Scam Power Root

Abang ipar saya turut menerima panggilan yang kononnya beliau memenangi RM20,000 daripada Power Root. Nasib baik beliau segera menelefon saya untuk bertanya samada ianya betul atau tidak. Ia sebenarnya adalah penipu daripada indonesia. Mungkin sebab orang Malaysia memang senang kena tipu apabila melibatkan wang ringgit.

Biasanya nak dapat duit, duit sendiri tergadai. Bak kata pepatah ” yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Inilah matlamat utama blog ini dibina. Elakkan orang ramai daripada tertipu dengan pelbagai helah penipu di internet mahupun teknologi sms.

Walaupun dah didedahkan banyak kali dimedia, pasti ada yang tertipu kerana tidak alert dengan berita semasa dan teruja dengan tawaran yang ditawarkan penipu indonesia ini. Seperti pada akhbar harian metro hari ini, dimana penipuan sms ini kembali  setelah lama agak senyap. Mungkin disebabkan sambutan Peraduan Power Root musim kedua ini.

Penipu mengambil kesempatan daripada iklan power di media masa seperti TV untuk menarik minat mangsa yang kononnya telah terpilih untuk memenangi wang RM10,000, RM20,000 dan sebagainya. Ini adalah keratan artikel daripada Harian Metro yang mendedahkan taktik penipuan ini:

PUTRAJAYA: Sindiket menipu orang ramai melalui SMS kembali aktif dan kali ini, sindiket yang dipercayai didalangi warga Indonesia itu menggunakan nama syarikat tertentu bagi mengaburi mangsanya.

Dalam kes terbaru, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 20-an, dari Bangi, berkata dia terkejut apabila menerima SMS yang memaklumkannya memenangi wang tunai RM10,000 daripada peraduan yang dianjurkan syarikat pengeluar minuman itu.

“Saya tidak pernah menyertai mana-mana peraduan dan apabila secara tiba-tiba menerima SMS yang menyatakan saya memenangi wang sebanyak itu, saya jadi keliru.

“Saya pernah membaca dalam akhbar mengenai orang ramai yang menjadi mangsa penipuan seperti ini,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.
SMS dari talian 014-956xxx itu seperti berikut: ‘Congratulations! Nombor Telefon Anda tlh b`jaya Mendptkan hadiah Utama Wang RM10,000 dr…Sila telefon 012-812xxxx No Pin 47xx017 Terima Kasih.’

Wartawan Harian Metro kemudian menghubungi nombor 014-956xxxx tetapi tidak dijawab.

Bagaimanapun, ketika dihubungi nombor 012-812xxxx, panggilan itu dijawab seorang lelaki dan daripada dialek digunakan, ia dipercayai seorang warga Indonesia.

Ikuti perbualan antara wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai individu yang menerima SMS itu dengan lelaki itu.

Wartawan: Hello. Saya ada terima SMS yang katakan saya menang RM10,000 daripada peraduan.

Lelaki: Ya. Semalam, kami adakan peraduan cabutan bertuah bagi pengguna nombor telefon bimbit dan nombor kamu menang peraduan itu.

Wartawan: Tapi, saya tak masuk apa-apa peraduan.

Lelaki: Ya. Memang. Tapi nombor kamu dipilih daripada beribu nombor lain. Boleh kamu bagi nombor telefon kamu sebab kami mahu masuk komputer.

Wartawan: Betulkah ini peraduan dari…?

Lelaki: Ya. Memang betul. Bagi nombor kamu sekarang.

Wartawan: Boleh saya tahu pejabatnya di mana?

Lelaki: Pejabat kami di KLCC (Kuala Lumpur City Centre).

Wartawan: Boleh saya tahu nama kamu?

Lelaki: Haji Ahmad…Haji Ahmad Yusof. Kamu kena bagi nombor telefon kamu supaya boleh dimasukkan dalam komputer. Lagi cepat kamu bagi, lagi cepat kamu dapat duit.

Wartawan: Buat apa saya mahu bagi nombor saya sebab kan nombor saya sudah dipilih sebagai pemenang?

Lelaki: Memang. Tapi saya tak tahu nombor kamu.

Wartawan: Boleh saya tahu jawatan kamu di sini (KLCC).

Lelaki: Saya kerja opis.

Wartawan: Apa jawatan kamu di sini?

Lelaki: Kerja opis la.

Perbualan terhenti di situ apabila lelaki itu memutuskan talian. Wartawan Harian Metro cuba menghubungi nombor telefon bimbit itu sekali lagi tetapi tidak dijawab.

Harian Metro pernah mendedahkan taktik sama digunakan satu sindiket menggunakan nama beberapa syarikat.

Sumber: Harian Metro

Biasanya penipuan ini mengunakan jenama terkenal seperti Petronas, Astro, Akademi Fantasia, Power Root dan banyak lagi.

Jika anda menerima sms atau panggilan telefon yang kononnya anda memenangi peraduan sedangkan anda tidak menyertainya. Abaikan dan jangan mudah mempercayainya. Jika anda menyertainya, biasanya yang akan menelefon adalah Rosyam Nor dan ketika itu ianya secara langsung menerusi TV3.

Harap anda tidak tertipu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 208 comments… read them below or add one }

siti norain aris October 22, 2011 at 7:37 am

Saya baru dapat sms mlm tadi. Dia bagitau saya menang cabutan bertuah RM17000. suruh tel office but yg kelakarnya, no office guna no 017-4422201. Sy orang JB, power root kilang pn kat JB.. Xkn r kilang besar2 xde register ngan telekom kn… mcm2 cara org nak menipu… nk menang mcm mana, masuk peraduan pn x pnh… Ha2… Harap2 pasni xde r org yg terpedaya… Tgk amount besar je dah gelap mata…

sazreen sukran October 25, 2011 at 12:10 am

td pagi2 sy dah kena call. panggilan ke-2 dari si penipu tu. hehe!! sy layan saja lah helah nya tu. sbb sy dah cam sgt suara org tu. layan punya layan, biarkan krdt/bil dia melambung2. PADAN MUKA! org indon siap sleng2 KL yg sgt xmnjd. haha!! siap tnya2 soalan yg sama; pkai bank apa, ada kad bank ka, kat tmpt encik ada ATM ka, ATM jenis apa. bodoh gila soalan dia tu! Last2 sy maki hamun mamat xguna tu…”oi mat indon!! pnya s**t ko nie!! ko tau menipu saja!! mcm b@b* u know!! f$%k la!! anj^%(g!!
the end, talian terputus…

p/s: mereka ni, nmpk mcm bijak tp bodoh keldai. kalau nk menipu pn, tipu lah org lain. ni x, mamat indon tu call sy buat kali ke-2. kan bodoh keldai namanya. kena batang hidung sndri lah jwb nya.

felix sami October 25, 2011 at 3:48 pm

rasanya saya terima panggilan yang sama…!!!! 3.55pm.. dorg suruh pg mesin atm terdekat…. OMG!! tida!!!

alya November 19, 2011 at 11:32 am

pg td,kwn sy sy telah dpt 1 pgglan dr private num..dan sampai sekarang kwn sy msh lg lyan pgglan 2..dia nk kencing kwn sy,tp dr awal lg kwn sy da kencing die…kelakar btul la penipu ni…

hadi November 22, 2011 at 3:39 pm

panduan mengkantoikan sms penipuan.
bila trima je panggilan menyatakan no hp anda menang cabutan praduan apa2 je lah..
Tanya pemanggil tu soalan pertama dan terakhir kerana soalan ni memang dia x bole jawab

1. siapa nama pengguna no hp yg menang cabutan bertuah ni..???
prosedur praduan berkaitan no hp mesti ada conneting dengan celcom.maxis atau digi. secara automatik syarikat penganjur tahu siapa pengguna no hp tersebut.

fiez December 8, 2011 at 12:13 am

Saya pernah try call…soalan :

1. Minta no kad pengenalan / Nama penuh..

2. Takde no pejabat kh?

mesti terus dia tutup telefon

ron December 22, 2011 at 1:22 pm

saya baru dapat sms dari nombor 0195826034, yg mengatakan, you winner!! simcard anda berjaya memenangi wang 30,000 dr powerroot no siri 882547 sila call opis 0145528148 moh.ismail
yg menghairankan, bila saa call dia tak sambut,, kemudian dia sms aku dan mengatakan, “call balik aku” cis, kredit nak telefon aku pun tak ade? ini syarikat ker rumah sewa?
kemudian aku call ler,
me: hello
power root: helo so bagaimana?
me: apa yang bagaimana? kamu hantar sms dengan saya kan, takkan langsung tak tau?
power: helo,,, helo,,,( berpura-pura hilang signal)

sudah 2 kali da aku dapat pangilan begini, yg pertama aku hampir di tipu, tapi tersedar bila dia minta topup reload sebanyak 10 keping, bernilai 10 ringgit setiap satu, kemudian saya mengatakan kepada dia,, untuk apa lagi kamu mau tupop? nak tipu saya ker? kalau aku jumpa kau pecah kepala kau,,, kemudian dia letak telefon…. yg kedua kali, aku dah tahu dah cuma nak kasii main-main dengan org ni… aku mula perasan dia org indon, bila dia mula mengira dari satu, dua, tiga , empat , lima, enam , tujuh, DELAPAN….. hahahahah tapi mula-mula bahasa seperti org semenanjung dibuatnya…..

iva December 24, 2011 at 7:34 pm

saya pun kena tipu juga kurang ajar punya org namanya pun mohd ismail juga the same serial no

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: