Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
Daun Ketapang Terbuang Tapi Sangat Lumayan
Perniagaan

Daun Ketapang Terbuang Tapi Sangat Lumayan

sham 4 Comments

Siapa sangka daun bersepah kat bawah pokok boleh jadi duit yang lumayan. Pokok ketapang sangat banyak di sini. Malah daunya kita biarkan atau bakar je. Tahukah daun ketapang mempunyai permintaan yang tinggi di Amerika Syarikat?

Daun ketapang digunakan untuk merawat air dalam akuarium. Malah ada penjual pada Malaysia dah buat USD400 hanya dengan jual daun ketapang sahaja. Tak percaya?

daun-ketapang

Serius! 50gram daun ini dijual pada harga USD5.75 dam terjual sebanyak 86 unit. Dari segi jualan, penjual ini sudah mendapat USD494.50 atau RM2225.25 tapi itu belum ditolak kos pos, fee ebay dan fee paypal. Tapi masih lagi 4 angka setelah ditolak semua kos berkenaan.

Barang tak perlu beli pun. Hanya pergi kutip je kat bawah pokok, jemur sampai kering dan timbang jadi 50gram. Siapa sangka benda terbuang mempunyai nilai tinggi di luar negara. Kita dok pening nak jual apa. Ada rakyat negara kita jual daun kering pun boleh dapat ribuan ringgit.

Itu belum masuk lagi barang-barang dapur macam maggi, rempah kari dan banyak lagi yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara. Jangan pandang sebelah mata. Permintaan tetap ada untuk barang sebegini. Malah plastik aksrim malaysia pun sangat bernilai dipasaran antarabangsa.

Boleh tengok di ebay.com bagaimana seller Malaysia yang menjual barangan yang cukup mudah. Ada yang jualan jutaan dollar pun ada. Duit malaysia kini terus merudum ke paras RM4.50 bagi 1 dollar. Lagi banyaklah mereka dapat apabila ditukarkan kepada matawang kita.

Daun Ketapang Menjadi Inspirasi

Kita boleh jadikan kisah daun ketapang ini menjadi satu inspirasi bagaimana nak mencipta peluang untuk kita. Itu belum lagi bahan herba lain yang berlambak di Malaysia.

power-root

Ini pula kopi pra campuran Power Root dijual pada harga USD10.99 tambah USD16 untuk shipping jadi total USD26.99 dan keseluruhan jualannya ialah USD863.68 atau RM3886.56 secara kasar sebelum ditolak dengan kos, fee dan kos penghantaran.

Kenapa susah-susah nak cari idea. Dan banyak kopi daripada Malaysia dijual secara online ini di ebay pelbagai negara. Itu baru power root. Brand lain macam Old Town White Coffee pun ramai yang beli.

Ini hanya sekadar idea untuk anda bermula. Cari ilmu dulu. Barulah boleh buat duit dengan bergaya macam mereka tu.

Artikel Berkaitan
  • Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya
    Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu. Assalamualaikum & sala...
  • Bunga Misai Kucing Bersama Madu Kelulut Untuk Merawat Diabetes
    Penemuan ini telah ditemui oleh penyelidik Mardi, Dr. Suri Roowi berkenaan kandungan dan khasiat bun...
  • Buat Duit Dengan Clickbank Menerusi Video
    Anda Ingin Buat Duit Dengan Clickbank Menerusi Video? Berada di halaman pertama  enjin carian. Itu...
  • Buat Duit Dengan Blog Dengan Text Link Ads aka TLA
  • Negeri Pasir 2 Butir Ala P Ramlee di Perak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 12,784
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:barang laku di ebay bisnes daun ketapang bisnes ebay daun ketapang

Related Articles

Kenapa Perniagaan Internet Anda Gagal?
Saya pernah gagal dan masih ada yang gagal. Itulah pengakuan …

Kenapa Perniagaan Internet Anda Gagal?

Panduan Bisnes Baju Kurung Bisnes pakaian adalah antara bisnes yang …

Panduan Bisnes Baju Kurung & Senarai Supplier

4 Comments

  1. Adzril

    Ebay terima ye barang mcm kopi tu?

  2. sham

    Terima. Macam-macam orang jual dalam tu.

  3. Faizul Hafiz

    Lama tak menjual kat ebay. Insya Allah nak buat come back tahun 2017. tq cip

  4. darus

    akaun ebay dah kena suspend…
    macam nak buka akaun baru?

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Panduan Buat Kek Kukus

Panduan Buat Kek Kukus Kami baru sahaja menerbitkan satu lagi DVD berkenaan deng…

Nak Tukar Harga SMS pada Sistem Sms

Saya menerima satu email yang bertanya tentang bagaimana untuk menukar harga sms…

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Menyertai Program Francaisor

Artikel kali ini saya perolehi daripada nota bisnes puan ainon. Ia berkenaan bis…