5 Cara Mudah Iklankan Produk Affiliate Malaysia


Setiap bulan pasti ada produk affiliate baru dilancarkan oleh usahawan internet Malaysia terutamanya produk digital seperti ebook dan video. Satu per satu produk dihasilkan mempunyai program affiliate mereka yang tersendiri. Seperti biasa, kebanyakannya adalah produk buat duit.

Saya ada menerima agak banyak soalan bagaimana nak promote affiliate ni?

Pada tahun 2010, saya banyak di belakang tabir menguruskan produk isteri saya iaitu BuatCoklat.com. Saya buat kerja belakang tabir terutamanya kerja pemasaran dan teknikal. Baru baru ni program affiliate BuatCoklat.com sudah boleh digunakan. Jika anda berminat untuk menjual CD Rahsia Coklat Buatan kami anda boleh mendaftar di http://www.buatcoklat.com/affiliates/

Jadi bagaimana nak promote & buat duit dengan Affiliate?

Pertamanya sekali anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai affiliate. Kalau tak, macamana nak buat duit denganĀ  affiliate jika anda tidak mendaftar. Setelah mendaftar, anda akan diberikan tools untuk promosi seperti banner dan link affiliate.

Kebanyakan program Affiliate Malaysia ni mengunakan Sistem Affiliate Lite yang dibangunkan oleh Amirol Zulkifli. Beliau memang genius dalam membangunkan sistem Affiliate. Saya tabik spring kat Amirol dalam bab pembangunan produk. Saya berikan 10 bintang daripada 10. Versi 2.5 baru sahaja dibebaskan semalam. Kalau anda nak sistem Affiliate ni, anda boleh beli kat saya sebab saya adalah reseller untuk sistem affiliate ni.

Contoh link affiliate yang menggunakan sistem affiliate lite:

http://www.buatcoklat.com/index.php?ref=offers

Sistem affiliate akan mengesan jualan yang anda lakukan menerusi link affiliate anda. Jadi sebarang aktiviti promosi, sila gunakan link affiliate anda. Jika tidak, sistem tidak dapat mengesan jualan daripada usaha anda. Jadi jika berlaku pembelian, anda tidak mendapat komisen walaupun anda yang promote produk berkenaan.

Jadi gunakan link seperti diatas, bukannya buatcoklat.com sahaja.

Facebook

Cara pertama yang boleh anda lakukan ialah mengunakan Facebook. Orang Malaysia sekarang ini memang tergilakan Facebook. Anda boleh gunakan kaedah tagging atau sekadar menulis review di wall facebook anda. Jangan sesekali menulis atau promote di wall facebook orang lain. Tulis di wall anda sahaja tau. Teknik review adalah cara yang terbaik dalam mempromosikan sebarang produk affiliate.

Chat

Bagi kaki chat, anda boleh chat sambil promote produk yang anda rasakan bagus atau pernah menggunakannya. Jika ada jualan, anda dapat komisen. Boleh guna duit tu untuk bayar bil broadband anda. Jadi anda tidak la menghabiskan masa begitu sahaja.

Blog

Jika anda menulis blog, tulis satu review di blog anda tentang produk tersebut. Anda juga boleh letakkan banner affiliate pada sidebar blog anda. Jika pelawat blog anda berminat dengan produk tersebut, mereka akan klik pada banner. Anda boleh menambah pendapatan blog anda menerusi program affiliate tersebut.

Forum

Forum adalah tempat perbincangan. Jangan sertainya semata mata untuk promote produk anda. Anda boleh menimba pelbagai ilmu menerusi forum tersebut. Anda boleh letakkan banner atau link affiliate pada signature forum anda. Setiap kali anda respon terhadap perbincangan, link affiliate pun muncul sama.

Iklan Berbayar

Kaedah berbayar seperti Pay Per Click merupakan kaedah promosi paling cepat dan mudah untuk mendapat pelawat. Saya sendiri mengunakan Google Adwords dalam pemasaran produk affiliate. Malah sebelum ini saya berjaya mendapat RM890 dengan hanya mengunakan RM64 sebagai kos promosi di Google Adwords. Anda juga boleh beli iklan di blog yang mempunyai trafik yang banyak.

Berikut adalah 5 cara mudah untuk anda promosikan produk affiliate tempatan. Buat permulaan, gunakan sahaja kaedah percuma untuk membuat sebarang promosi. Anda perlu rajin la melakukan promosi. Bukan senang nak senang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara alfialatr
  • promote di wechat
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 6

  1. Muhamad Nornizam December 31, 2010
  2. shamthecoklatwrapper May 10, 2011
  3. nasslimdiet2 August 2, 2011
  4. Belajar Photoshop December 2, 2011
  5. FAD February 23, 2016
  6. sham February 24, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!