Membuang Toolbar Snapdo Daripada Browser Komputer
Toolbar Snapdo merupakan satu toolbar yang hijack browser anda. Anda mungkin install toolbar ini secara tidak sengaja apabila anda install sesetengah perisian. Bagaimana nak tahu? Anda boleh tengok pada ruangan URL browser anda, pasti sudah tersedia toolbar ini. Apabila anda search, yang keluar hanya iklan.
Malah bentuknya seperti Enjin Carian Google. Ia merupakan satu taktik jahat untuk hijack. Ada orang mengatakan ia adalah virus redirect. Ia adalah kerana apabila anda mengunakannya, ia akan membawa penguna ke laman web affiliate atau laman web yang mungkin mengandungi virus. Ia direkabentuk untuk mengubah setting browser anda kepada snapdo.
Bagaimana Nak Membuang Toolbar Snapdo Daripada Browser Komputer?
Saya tunjukkan cara untuk anda membuangnya bagi komputer berasaskan Windows. Apa yang anda perlu lakukan ialah ke Control Panel >> Add/Install Program.
Kemudian anda cari perisian yang dihasilkan oleh Resolf LTD.
Dalam kes ini, anda mungkin akan nampak seperti diatas iaitu Shopping Helper Smartbar. Kemudian pilih untuk “Uninstall”.
Kemudian anda akan melihat antaramuka seperti diatas. JANGAN pilih Next kerana ia hanya akan sembunyikan toolbar berkenaan daripada browser anda. Jika anda mempunyai 3 browser seperti internet explorer, mozilla dan chrome, akan ada 3 pilihan pada antara muka berkenaan. Jadi pilih Custom.
Anda akan melihat 2 pilihan seperti dibawah:
Pilih untuk Remove terus. Ia akan membuang semua toolbar ini daripada semua browser anda. Kemudian tekan Next dan uninstall seperti biasa. Jadi toolbar ini, tidak lagi akan menganggun anda. Ia sebenarnya agak menganggu jika anda ingin membuat carian kerana ia ditukarkan kepada Search Snap.Do ini.
Adakah Proses Membuang Toolbar Snapdo Daripada Browser Komputer Sudah Selesai?
Ya. Sudah selesai dah. Ramai yang terkena dengan toolbar ini, bolehlah membuangnya dengan aman. Jangan biarkan ia mengacau hidup anda lagi. Jadi selepas ini hati-hati apabila install software yang berbentuk freeware di komputer anda. Adakalanya ia disertai dengan pelbagai perisian tambahan yang bakal membuatkan komputer anda menjadi lembab dan mungkin mudah diserang oleh virus.
Harap dengan tutorial ringkas ini dapat membantu anda membuang toolbar jahat ini daripada komputer anda.
Boleh share artikel ini ya. Mungkin ia boleh membantu rakan-rakan anda yang mempunyai masalah yang sama.
MOhd
Terima kasih tips yang berguna. Browser sy pon telah diganggu dengan ‘snap do’ . saya dah cuba tips tuan ni.. Dah menjadi.. Thanks..
sham
Nak komen tak perlu hidden link kat komen tu. Kang saya terus masuk trash komen tu. BTW, saya dah buang link kat komen. Memandai link kat nama tu.