Tips Ebiz :Komunikasi Berkesan Antara Pelanggan & Kisah Kek Lapis Sarawak


Komunikasi sangat penting dalam perniagaan terutamanya perniagaan internet. Ini adalah kerana kita tidak bersemuka. Urusan hanya menerusi sms atau email sahaja. Malah ini meninggikan lagi risiko untuk berlaku penipuan yang terancang.

Sebagai usahawan, hubungan dengan pelanggan sangat penting.

Tindakan berdiam diri hanya akan memakan diri!

Jika ada masalah yang timbul, beritahu dengan jujur keadaan dan situasi anda. Itulah yang saya tengok terjadi kepada beberapa IM yang dah lama menempa nama.

Kadang kadang, pelanggan boleh memahami keadaan yang kita alami. Yang penting ialah beritahu kepada pelanggan anda. Contohnya anda menjual produk kraf ke eropah. Baru baru ini ada berlaku letusan gunung berapi menyebabkan ruang udara dipenuhi debu dan merbahaya kepada kapal terbang.

Jadi anda perlu beritahu kemungkinan berlaku kelewatan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan tersebut.

Begitu juga jika anda demam. Beritahu kepada pelanggan anda tentang masalah yang dihadapi dan mungki berlaku kemungkinan kelewatan untuk menghantar barang. Mereka boleh maafkannya. Jika anda berdiam diri, mereka mungkin hanya sekali sahaja membeli daripada anda.

Jadi berkomunikasi dengan pelanggan anda ye.

Terbaru saya dan isteri menempah kek lapis sarawak daripada seorang penjual sebulan lepas. Sebelum bayaran dibuat, beliau berjanji untuk pos pada keesokannya. Tunggu punya tunggu. Tak sampai jugak. Seminggu selepas itu saya email & bertanya status pesanan. Dia cakap neneknya meninggal tak sempat nak pos.

Saya pun ok la. Tunggu lagi. Masuk 2 minggu saya email lagi. Katanya dah pos pagi tadi dengan pos laju. Katanya tak sampai hati nak bagi kek lapis yang lama.So dia buat baru. Ingat merasanya makan kek lapis sarawak tu. Rupanya sampai sekarang tak sampai sampai.

Bila email bertanya tentang tracking number.Email Tak berjawab dah. Call tak angkat, Sms tak berjawab. Minggu ni dah masuk minggu ke 4 dah kot. Nampaknya tak merasa jugak la kek lapis Sarawak…

Nasib baik takde yang mengidam pape. Just sekadar nak merasa kek lapis sarawak yang terkenal tu. Saya tak tahu apa masalah beliau, kalau dia sms ke apa. Kapal terbang terhempas bawa kek lapis ke, pejabat pos kena rompak ke saya memang boleh terima. Sebab saya pun seorang peniaga. Ada kalanya perkara berlaku diluar kuasa kita untuk mengelaknya.

Tapi kalau diam seribu bahasa…satu je saya fikir sekarang ni… dia adalah scammer.

Oh…Kek Lapis Sarawak… Bila la aku boleh rasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. mashita July 25, 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.