Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Apabila Bukan ISLAM Mentafsir Al Quran…
Isu Semasa

Apabila Bukan ISLAM Mentafsir Al Quran…

sham 4 Comments

Keadaan di pilihanraya di “2 Bukit, satu batang” semakin panas. Saya memang ternanti nanti keputusan pilihanraya esok. Kemudian teguran Mufti Perak berkenaan tindakan ahli politik bukan islam mentafsir al quran. Ada yang mempertikaikan tindakan Mufti Perak ini. Kenapa?

Bagi saya yang ilmu agama yang tidak seberapa ini. Tindakan Mufti Perak adalah tindakan yang betul bagi mengelakkan bukan Islam silap tafsir Al Quran dan secara tidak langsung merosakkan kesucian Al Quran. Mentafsir dan membaca adalah perkara yang berlainan. Bagi bukan Islam membaca Al Quran adalah digalakkan tetapi mentafsir bagi pihak orang islam, ia adalah perkara yang dilarang. Lebih lebih lagi pentafsir tersebut tidak beriman dan percaya dengan apa yang ditafsirkan.

Bagi mengelakkan ia digunakan secara berleluasa. Mufti buat teguran sedemikian. Saya pun pelik kenapa semakin ramai mempertikai teguran dan keputusan Sultan & teguran mufti. Sekarang ini semua perkara boleh terjadi dalam politik. Mungkin sebab masyarakat kita semakin terbuka? Atau terlalu fanatik terhadap sesuatu parti politik sehingga sanggup melanggar apa sahaja larangan yang ada? Atau terlalu terdesak apabila sesuatu perkara tidak menyebelahi apa yang diperjuangkan?

Anda boleh menilainya sendiri tentang perkara ini. Saya tidak menyokong mana mana pihak atau parti politik. Tapi ini adalah pendapat saya sahaja.

Mufti, Ulamak dan juga Sultan adalah antara perkara yang orang Melayu & Islam pertahankan. Konsep Sultan pada asalnya berdasarkan konsep Khalifah. Ia  disuaikan mengikut keperluan orang Melayu suatu masa dahulu.

Sebagai orang yang berakal. Kita perlu menilai sendiri apa yang disampaikan oleh pemimpin kita. Kalo yang elok, kita pertahankan. Kalo benda itu salah, jangan pula dipertahankan atau disokong. Ia perlu ditegur jika perlu agar tidak melampaui batas.

Itulah yang dilakukan oleh Mufti Perak. Ia adalah untuk mengelakkan Al Quran digunakan oleh bukan Islam untuk kepentingan politik mereka sendiri. Orang bukan islam bebas membaca Al Quran tetapi dilarang untuk mentafsir al Quran kepada orang Islam. Itu je.

Artikel Berkaitan
  • My-Qalam.com – Pen Pembaca Al-Quran Digital
    Saya baru je tempah Pen Pembaca Al-Quran ini. Sebenarnya dah lama teringin nak beli. Cuma risau seba...
  • Maksud Dan Tafsir Mimpi Menurut Islam
    Adakah mimpi satu permainan tidur? Sebenarnya sesetengah mimpi mempunyai maksud tertentu dan boleh d...
  • Pengalaman Berubat di Darulshifa
    Minggu lepas saya ke rumah Ustaz Ismail, seorang perawat di Darul Shifa Kuala Kangsar. Beliau juga m...
  • Wajar ke dedah kelemahan Melayu?
  • Twisties Mengandungi Lemak Babi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 1,134
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cari Duit dan Keredhaan Ketika Bulan Ramadhan
Bulan ramadhan sememangnya ditunggu tunggu oleh sesetengah orang. Inilah masanya …

Cari Duit dan Keredhaan Ketika Bulan Ramadhan

robot pengganas
Dalam berita hari ini Amerika menyediakan robot latihan menembak dengan …

Pandangan Barat Tentang Islam: Islam Adalah Pengganas?

4 Comments

  1. fadli

    sekarang macam2 terjadi,pasal agama pun boleh dipolitikkan.Kiamat dah dekat la 2.

  2. titan

    ehm. betul gak tu. Tapi benda dah berlaku. Jadi, hati2la..

  3. aza

    Bila sentuh bab agama, sepatutnya pihak2 yang berlatarbelakangkan agama perlu bersuara,jgan berpihak kpd mana2 sja.. untuk apa kita menang tapi agama di hina oleh kawan sendiri. Jgn bersubahat….

  4. zara

    bismillah hirahman nirrahim
    assalammualaikum kepada semua orang islam..
    saya sependapat dengan tuan…
    pada pendapat saya,saudara islam kita sudah tidak tahu dan tak ingat untuk menilai atau membezakan halal dan haram,hukum hakam dosa pahala ,baik buruk salah benar lelaki perempuan,anak bapak/emak dan macam-macam diabad dan kurun ini ( tahun 90 an dan selepas tahun 2000 ini )
    sebenarnya kita telah dimalukan apabila setengah orang islam kita yang lebih menyokong kata-kata dan seterusnya bekerjasama denagn orang kafirin ni..
    apa je orang kafirin ni buat sehingga bolih membaca alquran serta bolih juga tafsir maksud alquran agaknya sebesar buah pinang tu mereka mentafsir “ye” betul ke atau sebaliknya maka orang melayu islam ini..anggukan sahaja..
    jesteru tidak ada pemantauan dan sekatan atau mahu pun pihak-pihak tertentu islam ini memberi satu penguatkuasaan serta membetulkan nya seumpama orang kafir memegang alquran tanpa wuduk ,ekoran dari itu alquran jadi macam alat atau buku sejarah pada mereka ,sesiapa yang tidak wajib memegangnya bolih pegang ,bereti setengah kita islam ini tidak ambil kesah akan kesucian dan keagungan alquran dan dimana letaknya kitab ini..,kita islam pun tidak semudahnya mengambil kitab agama asing dan mentafsirkannya ,mengapa kah kita mengizinkan orang kafirin itu mentafsirkannya.betulkah penyampaiannya sikafirin itu? astaghfirullah al azim amat hinanya perbuatan orang islam yang percaya pada tafsiran orang kafir itu…maka akidah orang islam sudah dirosakkan olih orang kafirin ini..orang melayu islam yang kurang pengetahuan dalam agama termasuk alquran dan hadis itu ..main hentam kromo je ..yang mereka tahu ..ketika ini tak pe…nanti satu ketika tidak lama lagi ..mereka akan ditindik hidung dan ditutup mulutnya ..nak itu ini susah ..bila dajal dunia cengkam leher mereka..dan mereka disesatkan ,nerakalah tempatnya …
    mungkin juga dunia kearah akhir zaman ..orang islam semakin sempit akal fikiran dan rapuh imannya..tentang agama islam ini..dan terlupa hari kematian..
    ampun maaf dari saya jika ada keterlanjuran dan kekurangan ..terima kasih

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Website Dihack

Saya memohon ampun dan maaf kerana berlaku kegagalan untuk mengakses kebanyakan …

Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?

Sekarang kenaikan harga barang semakin terasa. Semua barang naik harga. Hujan je…

Kenapa Kami Larang Join Skim Cepat Kaya

“Kenapa nak dengki dengan kami, kami bukannya tak bayar pun. Jangan tulis …