Semalam saya tergelak besar bila tengok berita sidang tergempar ADUN Perak dilakukan bawah pokok. Terus terang ia mengimbas kembali cerita P Ramlee iaitu Laksamana Do Re Mi dimana pemerintah yang terbuang bersidang dibawah pokok. Semuanya angkara Menteri Pasola (BN ke?).
Dalam filem P Ramlee ia hanyalah lawak semata mata.Nama pun negeri Pasir 2 Butir. Tapi semalam ianya menjadi realiti. Bawah pokok pun jadi.huhuhuh. Kenapa tak cari warung ke kedai ke apa? Memang tergelak la semalam tengok begitu “desperado” nak melangsungkan jugak sidang tergempar. Diorang tak fikir ke kesan pada masa akan datang. Berpuluh tahun akan datang pun pasti orang mengingati sidang bawah pokok ni.
Walaupun saya bukan anak perak, tapi saya menetap di Bandar Diraja Perak. Jadi boleh tengok la keadaan politikus yang semakin tak masuk akal. Leh dikatakan macam macam hal demi mendapatkan kuasa. Yang tu tuduh macam tu, yang ni tuduh macam ni.
Saya rasa ia tiada penghujungnya jika ianya berterusan. Bubar ADUN? Rasanya ianya tidak akan menyelesaikan masalah pun. Pasti akan ada masalah lain yang timbul. Namun, kuasa di tangan Sultan. Jangan siapa pun mencabar keputusan Sultan. Nak buat sidang tergempar pun, kena minta dengan Sultan dulu. Ada undang undang kan..
Kita tunggu saya keputusan Mahkamah Tinggi tentang kerajaan BN sekarang atau kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah. Kalo BN, ada pulak demonstasi nanti nampaknya. Terus terang saya memang tak suka demonstrasi macam apa yang terjadi kat Kuale Kangsar baru ni. Orang melayu kita jugak yang lebih lebih halang kereta Sultan..Siap tidur atas jalan sambil berserban..:p
Dah semakin takde adap sopan dah ke orang kite sekarang ni? Ada saluran lain yang boleh dilakukan kalau tidak puas hati. Bukan cara keganasan dan berdemonstrasi mengikut perasaan. Apatah lagi yang cuba dihalang ialah Sultan. Dalam pepatah melayu ada berkata ” Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”. Ada perkara yang perlu dipertahankan demi perpaduan orang melayu. Ianya adalah institusi Beraja di Malaysia.
Nak jadi macam Indonesia ke? Ada raja tapi takde kuasa dalam pemerintahan.Itulah yang terjadi kepada Raja Majapahit. Nak jadikan Malaysia sebagai republik? Kalo ikutkan DAP, ia akan terlaksana kerana itulah yang mereka perjuangkan. DEB digelar dasar APartheid kerana peluang tak sama rata.
Tapi ia akan jadi sama rata ke jika jurang sekarang semakin jauh? Kita bercakap sekarang ialah nasib orang Melayu iaitu penduduk asal Malaysia ini. Nak merempat di bumi sendiri? Walaupun DEB kurang berkesan, sekurang kurangnya nasib orang Melayu dapat dibela. Mara,Felda dan sebagainya. Ianya mengutamakan nasib bumiputera iaitu penduduk asal semenanjung, sabah dan serawak. Apa akan jadi jika ia dibubarkan?
Anda fikir sendiri la. Ia dah memberi ruang untuk orang Melayu untuk berniaga. Bisnes orang Melayu pasti gulung jika tiada bantuan diberikan. Contohnya premis perniagaan mara.Bayaran yang dikenakan ialah RM100 sebulan sedangkan sewa kedai dibandar melebihi 4,5 ribu. Mampu ke orang melayu meniaga kat bandar kalau sewa sebegitu?
Mengkritik memang senang kan.Bila dah berkuasa…asyik nak menyaman je bila dikritik...hohoho
Sape jadi lawyer mesti senang hati..dapat jobs baru nak saman orang je.
Tahun 2009 ni dah jadi tahun PILIHANRAYA, SAMAN dan REPORT POLIS.heheheh.. gawat.gawat.
Pilihanraya – KT (dah), 2 bukit -selambau & gantang (on da way)
Saman – banyakkkk sangat..
Report Polis – Dah semestinya Kapal Yang Karam Karpal (beratus dia dapat)

kamen
Ala..tak payah la susah2..konfirm keputusan Mahkamah Tinggi akan berpihak kepada BN.Semuanya BN pegang..Mahkamah,Media Massa,SPRM..memang BN punya.Boneka je tu.Sama gak la macam Sultan.Skrg ni dah jadi boneka jer.
kamen
” Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”.
-Saya lagi suka kata2 ni:
“Raja adil raja disembah,Raja Zalim raja disanggah”-
Bubar ADUN? Rasanya ianya tidak akan menyelesaikan masalah pun.
-Anda pasti ke?..Ini ke keputusan bijak yang dibuat oleh sultan?.Kalau inilah keputusan bijak yg dibuat oleh Sultan sepatutnya keadaan akan jadi aman,bukannya huru hara.Sidang DUN jadi huru hara,rakyat pun x puas hati & huru hara.Skrg ni draw 27-28.3 bebas.1 lagi akan ditentukan melalui pilihanraya.Kalau PR menang akan draw 28-28.Then sorang dari BN akan jadi speaker.So 27 bn,28 pr.3 ekor bebas tu pon belum pasti lagi camne keadaannya.Asik ilang jer…Takpun kalau ape2 jadi lagi ke yg memaksa pilihanraya…anytime kerajaan berubah balik.Asik sibuk dgn huru hara politik,bilanya pembangunan nak dijalankan?
Kalau bubar…konfirm setel punya.Kalau PR kalah tipis pon sure dorang puas hati dan x kan buat huru hara dah,sebab memang itu yg rakyat nak.
Nak jadi macam Indonesia ke? Ada raja tapi takde kuasa dalam pemerintahan
-Abis ko ingat raja kat malaysia ni ada kuasa sangat ke dalam pemerintahan?Semua keputusan PM dan be end yg buat.Ada dorang tanya sultan pasal projek2 yg dorang luluskan pada kroni2?Jadi pak turut dan boneka kepada BN ada la aku tengok.Kalau ada pun kuasa yang ada,just digunakan untuk be end aje…Nak wat camne..pak turut je la..
Rizal KomenEbook
(Salam) Sham..memang menjadi betulla cerita P Ramlee tu ya..tak disangka2..hampir sama je keadaannya, cuma tak pakai topi ala2 bomba je la.hehhee
saya memang “kureng” bab2 politik ni. Bagi saya, orang yang berpolitik sekarang ni, lebih kepada kepentingan individu, penuh dengan janji yang meloyakan tekak dan cakap tak serupa bikin!
Saya tak terniat nak sebelahkan sesiapa dalam hal ni.Namun,yang menarik untuk difikirkan bersama di sini adalah:
1.Jika Orang Melayu sendiri dah tak hormati Sultan, adakah bangsa lain akan hormati institusi beraja yang telah dijamin dari segi undang2nya?
2. Demonstrasi yang diadakan juga turut menyebabkan keadaan ekonomi Malaysia “tak begitu bagus” pada pandangan para pelabur. Ekonomi mikro dan makro sape yang rugi sebenarnya? Bagaimana dengan nasib orang yang ditangkap? Terbelakah mereka?
3. Aspek “keselamatan negara” juga telah terdedah. Orang luaar Malaysia yang berkepentingan boleh buat perkara ini sebagai satu isu yang boleh dimanipulasikan. Berapa ramaikah yang berfikir tentang hal keselamatan negara ni?
4. Andaikata wujudnya pemerintahan baru selepas keputusan mahkamah ini, berapa lama masa pula yang perlu diambil untuk memulihkan segala struktur pembangunan negeri? Politik, ekonomi, sosial, pembangunan sahsiah etc..sumenya saling berkait..bukankah wang rakyat juga yang bakal dibelanjakan nanti untuk “cover” sume kos2 tersebut?
5. Berapa ramaikah insan yang menyedari, setiap kejadian yang Allah duga itu, ada hikmah disebaliknya. Soalnya sekarang, adakah mereka2 yang berkepentingan ini “terima” takdir yang telah ditetapkan-Nya?
Allah duga sikit dah “melalax” tak tentu pasal..itu tak kena dan ini tak kena. Bila benefit yang diperolehi, itu dikata Allah tolong. Bila Allah uji, nak salahkan Allah sebab DIA tak tolong jugak ke?
Politik Malaysia dah semakin pelik…
kamen
komen aku dah kena delete ke..x leh terima ye?..
takpe la..
ha..ha…
kamen
kene delete lagi komen aku?..
ha ha..
sham
saya tak delete kamen, cuma belum diapprove.Bagi mereka yang pertama kali komen,saya kena approve dulu.Untuk komen seterusnya,tak perlu dah.Ia automatik kuar.
sham
kita tengok jela apa pulak yang akan jadi lepas ni. kekadang menyampah tengok keadaan macam ni. gawat politik & ekonomi..
hanya ada 3 negeri yang ada menyebut kuasa sultan untuk melantik MB -perak,terengganu & perlis. Kalo sultan tak suka seseorang,dia boleh lantik orang lain yang dirasakan sesuai. Ia terjadi kat terengganu baru ni apabila deris ditukarkan kepada mat said. begitu juga di perlis apabila raja perlis menolak shahidan kassim.
Kamen cakap Sultan Azlan zalim la sebab pilih orang lain jadi MB?
Jika Ia dah ditakdirkan macam tu? Jadi Allah pun zalim? tak gitu kamen?
Hohoho..taksub betul pada parti politik. Bagi saya, PR ke,BN ke sama je..
Tu nasib baik dulu Sultan Azlan tak bagi cina jadi MB.
p/s: Kita lupa siapa yang mencipta sistem DEMOKRASI ini? Ia memecah belahkan kita tanpa kita sedari. Ianya terbukti sekarang ni..
kamen
Bila masa plak aku cakap sultan azlan shah tu zalim..aku cuma sebut peribahasa..macam ko la jugak…
cuma tindakannya x membubarkan parlimen tu kurang bijak..sebab tu jadi huru hara…
aku pon bukan taksub sgt dgn politik ni..cuma aku menyampah dgn boneka2 BN…tv,media massa,sultan dll..
botak
Aku anak perak dan aku sokong kamen… cuma sultan azlan shah tak boleh bubarkan parlimen sebab baginda cuma sultan perak bukan YDP Agung…mungkin ko nak sebut DUN kot tapi tersilap…hehe
bubarkan DUN jalan yang terbaik dan aku tak sabar nak mengundi@pangkah undi untuk Pakatan Rakyat
Kerajaan sekarang terlalu banyak sangat sembunyikan fakta sebenar dari rakyat. contohnya kes altantuya…