Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Isu Semasa
Tun Dr.Mahathir dah jadi Blogger, Pak Lah Bila lagi?
Isu Semasa

Tun Dr.Mahathir dah jadi Blogger, Pak Lah Bila lagi?

sham 4 Comments

Saya baru sahaja melawat blog Tun Dr.Mahathir, salah seorang tokoh yang saya hormati. Beliau juga membenarkan pembincangan dan kritikan secara terbuka. Sebenarnya dengan cara itulah kita dapat respon tentang segala yang berlaku. Blog tersebut mengunakan sistem Blogger, bukan wordpress. Satu pilihan yang bagus juga sebab Blogger boleh serap traffik yang mungkin beribu orang sehari.

Walaupun baru 2 post, ia adalah satu perkembangan yang bagus kerana tentu Tun tak sempat nak menulis artikel secara kerap kerana jadualnya yang padat. Saya lihat dah lebih dari 700 komen pada artikel yang membincangkan kerajaan yang lemah tidak bagus untuk negara majmuk seperti malaysia. Kita memerlukan negara yang kuat baru la dapat mengatasi masalah semua bangsa.

Isu pertama yang Tun tulis adalah berkenaan pelantikan Hakim yang dipengaruhi oleh sesetengah pihak. Saya bukan tahu tentang benda ni. jadi tak nak komen apa apa la.

Blogging akan menjadi satu trend baru kepada rakyat malaysia. Ramai orang akan mempunyai blog nanti. Malah pembeli ebook Panduan Raja Adsense pun diajar untuk membina blog mereka sendiri dan membuat duit dengannya. Perlu diingat, blog bukan hanya tentang politik. Banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan di blog.

Saya menulis blog sejak tahun 2004. Jadi dah 4 tahun dalam dunia blogging sehinggakan saya tak selesa jika tidak menulis lama. Saya perlu tulis dan luahkan apa yang berada di fikiran saya. Macam release tension jugak la. Mungkin itulah cara blogger meluahkan perasaan. Saya seronok berblog, saya tak rasa terbeban untuk menulis.

Dengan berblog juga dapat meningkat kemahiran anda menulis,menganalisis dan jugak meluahkan pendapat. Jika anda blogging dalam bahasa inggeris, ia dapat meningkatkan kemahiran bahasa inggeris anda. Tak pe english tungang terbalik pun. Saya pun masih tunggang terbalik jugak. Tapi improve la dari masa ke semasa dengan membaca.

Tak kisah samada blog merapu pun. Seeloknya biarlah ia berinformasi. Itu yang akan menarik minat orang untuk membaca blog anda. Orang membaca kerana mahukan maklumat. Bahasa yang digunakan pun, biarlah santai je. Tak perlu ayat skema pape. Tulis seolah olah anda bercakap. Tu je. 🙂

Selamat Blogging buat Tun Dr.Mahathir.

Artikel Berkaitan
  • Kenapa disalahkan Blogger?
    Saya pelik kenapa kerajaan salahkan blogger bila kerajaaan dihentam. Kenapa kerajaan tidak mengunaka...
  • Blogger Kena GST? Habislah Blogger Mantop Sekalian
    Dalam Sinar Harian hari ini ada menyatakan Blogger akan dikenakan GST bermula April tahun depan. Tap...
  • Teknik Menjana Trafik Percuma Buat Blogger
    Salah satu cara untuk menjana trafik percuma oleh blogger ialah trackback kepada entri atau post dar...
  • Kod Etika Blogger
  • Jika Diberi Pilihan….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 4,816
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:blogger Blogging chedet.com dr.mahathir mahathir malaysia perdana menteri prime minister tun dr.mahathir

Related Articles

Saya ada beli akhbar semalam cuma tak berkempatan untuk baca. …

Kisah Duka Menjentik Hati – Budak Jatuh Dari Tingkat 17

Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu
Lagi tentang skim cepat kaya. Kali ini dalam bentuk koperasi. …

Tiga (3) Koperasi Skim Cepat Kaya Diserbu

4 Comments

  1. komenbook.com

    yup..saya baru jer layari post Dr.M..idea yang critical…orang yang minat politik dan tak minat politik patut baca.

    tak salah mendengar pendapat beliau. lagipun Dr. M pernah menjadi PM paling lama kat Malaysia. jadi, kita perlu dengar jugak luahan hati beliau untuk sama2 kita jadikan pengajaran..

  2. titan

    Hehe. Dulu. Everybody can fly. Sekarang. Everybody can have blog..

  3. mokbondo

    dah visit tun m punya blog. banyak comments tapi ada yg tak menghormati tun sebagai seorang tokoh yg berjasa,pakai bahasa kasar dan biadap.

    professional lah sikit,org muda kena hormat kat org tua..adat kita lak tu. tambahan pula tun bukan org kebanyakkan,beliau ialah bekas pemimpin kita selama 22 tahun..lama tu.Tun seorang yg kuat yer la takkan boleh bertahan 22 tahun. Pak lah ni aku tak tahu lah,awal2 dulu,agaknya nak eksperimen cara ‘lembut’..last2 org ‘pijak’ kepala. lepas PRU12 , barulah nampak ‘keras’ sikit ,agaknyer terkejut ngan ‘respond’ rakyat. plg aku tak puas hati bila penggulungan perhimpunan UMNO dulu, kalau masa Tun M, org punyalah terlekat kat kerusi dan tak kering gusi,Tun M pandai gulung dan pulun dan tak boring. pak lah punya time,mula2 org2 tak sabar nak dengar…tup,tup tak de ‘isi’ pun…pah tu boring sakan. org yg berani komen pasal pak lah punya penggulungan tak de ‘isi’ cuma mukriz..tu pu kena hentam balik..yer la sebab komen PM.

    apa pun,semuga malaysia ke aman damai dan makmurrrr hendaknya. amin!

  4. AB

    You must be out of your mind! Pak Lah to blog…..please lah, half the time he is asleep…….you do not know when he is awake….so you want to deprive him of his sleep! come on lets be realistic. Then again, I do not know whether he knows what blog is all about…….
    So spare him the agony……..he has enough problems looking after the country (and I mean looking). Khairy is governing the nation for those who needs to know.

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

KBS Pulak nak buat blog…

Nampaknya semakin ramai la yang menjadi penulis blog nanti.KBS pulak nak wat blo…

Blogger Kena GST? Habislah Blogger Mantop Sekalian

Dalam Sinar Harian hari ini ada menyatakan Blogger akan dikenakan GST bermula Ap…

Buat Duit Dengan Blog Adakah Mudah Seperti Yang Disangka?

Buat Duit Dengan Blog mudah ke? Apabila terbaca kisah kejayaan seseorang blogger…