Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Perniagaan
Francais Bisnes Burger, Baguskah?
Perniagaan

Francais Bisnes Burger, Baguskah?

sham 5 Comments

Ketika ini MAHA 2014 sedang berlangsung di MAEPS, Serdang. Ramai juga rakan-rakan saya yang membuka booth mereka di sana. Ada yang jual kopi untuk kesihatan, ada yang jual minyak sapu herba dan banyak lagi. Setakat ni saya belum pernah ke MAHA, mungkin suatu hari nanti kot. Kembali kepada topik..

Francais Bisnes Burger, Baguskah?

Sekarang ini semakin banyak program francais bisnes burger antaranya Otai Burger, Hot Burger dan banyak lagi. Mereka menawarkan peluang untuk orang berbisnes dengan jenama mereka. Persoalannya baguskan bisnes sedemikian? Ini hanya pendapat saya, bukan pendapat profesional dalam bidang bisnes burger.

RM50,000 hanya untuk membuka sebuah gerai burger francais! Mahai gilo! Yes. Jika dibandingkan antara francaisor dan francaisee, yang mana akan kaya dulu? Itu saya serahkan kepada  anda yang bijaksana untuk berfikir dan menilai.

hot-burger-francais

 

Contoh Yuran Francais Bisnes Burger Francais

Ini adalah antara yuran francais gerai burger tepi jalan. Kalau saya, rasanya dah boleh buka 7 atau 8 gerai burger dengan jenama kita sendiri dengan modal sebanyak itu.  Kebiasaanya, setiap francaisee perlu mendapatkan bahan mentah daripada francaisor mereka sahaja. Itu adalah antara syarat mendapatkan lesen francais.

Daripada apa yang saya belajar, bisnes terbaik ialah bisnes yang tidak akan membebankan jika dimulakannya. Kalau modal RM50K hanya untuk satu kiosk, jika di bandar kecil mungkin tidak sesuai. Jika di bandar besar seperti KL, JB atau P.Pinang, yang harga burger Rm5-6 sebiji, mungkin boleh survive. Untuk mendapatkan RM50K, pasti ada yang membuat pinjaman untuk memulakan bisnes ini.

Ada francais yang mensyaratkan modal yang lebih tinggi. Jika gagal, pasti yang bakal menanggung beban hutang. Pada saya, bisnes burger tidak lah sebesar mana kosnya. Yang menjadikannya mahal ialah untuk bayar royalti artis yang menjadi dutanya. Kalau diikutkan, burger hanya mengandungi roti, patty,sos dan sayuran.

Dengan adanya sistem francais, francaisor dapat buat duit menerusi lesen francaisor yang perlu dibayar secara bulanan atau tahunan dan juga jualan bahan mentah kepada francaisee yang pastinya lebih mahal berbanding harga pasaran. Bagaimana untuk peniaga kecil kecilan yang baru bermula nak survive?

Burger yang mahal agak sukar dijual. Jadi jual burger murah? Tapi bahan mentahnya mahal, bagaimana pula nak jual murah sedangkan setiap bulan perlu membayar yuran francais?

Walau bagaimanapun saya suka dengan cara ROTI BOCEY. Ia bukan francais malah kosnya juga tidak mahal. Sebagai orang yang terlibat dalam bidang bakery, saya sememang tahu akan pasaran bisnes roti ini.

Bukan Saya Melarang Untuk Berniaga, cuma perlu buat kira-kira terlebih dahulu sebelum mula.

Bisnes akan menarik masa dan tenaga anda. Andainya ia tidak membawa pulangan yang setimpal, buat sakit badan je. Pendirian saya, bisnes yang terbaik tetap bisnes yang tak memiskin kita jika gagal. Modalnya hanya dalam sekitar bawah RM5K. Andainya RM50k, anda gagal membayar hutang. Anda boleh diistiharkan sebagai muflis. Itu bahana yang menjejaskan masa hadapan anda.

Andainya sistem francais berkenaan mempunyai sistem pengurusan dan sistem pengedaran yang bagus, anda boleh mempertimbangkannya. Kebanyakan francais bisnes burger ini berbentuk bisnes jalanan, mampukah anda “hidup” dengan tekanan yuran dan kos bahan mentah?

Antara faktor lain ialah lokasi dan juga persaingan daripada bisnes burger lain. Jika lokasi yang strategik, mungkin akan boleh hidup dengan mewah dengan jualan yang tinggi. Jika lokasinya, tiada orang atau tiada orang membeli. Ia satu masalah besar kepada peniaga burger. Silap silap bergaduh dengan peniaga burger lain.

Atau anda boleh memulakan jenama burger anda sendiri. Anda boleh belajar untuk buat daging burger anda sendiri dan memulakan jaringan bisnes burger anda sendiri. Anda yang menjadi ikonnya. Saya rasa itulah lebih baik.

Pilihan ditangan anda untuk menentukan bisnes anda. Adakah jenama membantu jualan? Atau Rasa yang membantu jualan?

Artikel Berkaitan
  • Blueprint Bisnes Burger, RM10000 Sebulan Dengan Jual Burger
    RM10000 Sebulan Dengan Jual Burger, Boleh kah? Dihadapan ofis kami ada satu stall burger yang diusa...
  • Perkara Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Menyertai Program Francaisor
    Artikel kali ini saya perolehi daripada nota bisnes puan ainon. Ia berkenaan bisnes francaisor. Ini ...
  • Tips Memulakan Sesuatu Perniagaan
    Tips memulakan sesuatu bisnes ini saya pelajari daripada nota bisnes Puan Ainon, pengasas PTS. Menur...
  • Panduan Bisnes Aiskrim Terhangat Di Malaysia
  • Rahsia Sulit Bisnes Trading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • https://www shamsuriyadi com/perniagaan/francais-bisnes-burger-baguskah/
Post Views: 1,165
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:baik buruk bisnes burger francais bisnes burger francais burger

Related Articles

Nak Tukar Harga SMS pada Sistem Sms
Saya menerima satu email yang bertanya tentang bagaimana untuk menukar …

Nak Tukar Harga SMS pada Sistem Sms

Ketika saya menulis post ini, kadar tukaran wang asing diantara …

Cara Mudah Terbit dan Jual Ebook Di Peringkat Antarabangsa

5 Comments

  1. dinsblog

    mahal giler…baik buat sendiri je camtu..hampir2 50K…bila pulak boleh pulang modal kalau mcm tu.

  2. sham

    hahaha..itulah..

  3. faizal

    salam tuan,artikel tuan ni tak betul..lain kali ambil maklumat yang betul dulu sebelum tulis artikel.

  4. sham

    Apa yang tak betul tuan faizal?

  5. Shahrin Bin Khairuddin

    kiosk dan mesin peralatan agak mahal tu. ROI setahun boleh dpt kalu jualan sehari = RM 200-300 bersih.
    tp masih mahal francais ini.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Rahsia Ebay Kini Terbongkar Oleh Sifu Lan

Saya dah beberapa kali khatam ebook sifulan iaitu Panduan & Teknik Rahsia Eb…

SMS adalah best effort service!

SMS atau Short message system adalah best effort service. Ia adalah sebagaimana …

8 Kategori Produk Yang Laku Keras Ketika Zaman Gawat

Apabila berlaku kegawatan, ramai yang hilang mata pencarian. Namun, ada produk y…