Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Scam Alert
Pengarah Syarikat Skim Cepat Kaya Jazmeen (M) Sdn Bhd Diburu
Scam Alert

Pengarah Syarikat Skim Cepat Kaya Jazmeen (M) Sdn Bhd Diburu

sham 1 Comment

Bagi mereka yang tidak tahu, skim ini aktif pada tahun 2005 hingga 2008 jika tidak silap saya. Modul perandi mereka adalah seperti skim cepat kaya lain. Mereka menawarkan pelaburan dengan pulangan yang mudah kepada “penyimpan” mereka. Ini adalah antara skim yang ditawarkan mereka:

Kelayakan :

1) Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap (PR).
2) Tiada had umur.
3) Mempunyai akaun bank di Malaysia.
4) Simpanan minima RM 1000.00 dan tiada had.

Keistimewaan & Kelebihan & Keunikan :

1) Dividen 10% setiap bulan selama 24 bulan dan didebitkan terus ke dalam akaun bank anda (pada akhir bulan).
2) Tiada yuran pendaftaran, caj tambahan atau tersembunyi.
3) Setiap simpanan bijak diperakui dengan SIJIL serta SURAT PERJANJIAN yang telah dimeterai oleh Peguam Syarikat dan dimatikan setem hasil.
4) Boleh melakukan penambahan simpanan pada bila-bila masa.
5) Wang simpanan asal (principal) akan dikembalikan setelah 24 bulan.
6) Pendapatan secara berterusan walau sudah meninggal dunia (boleh diwarisi).

Potensi Simpanan Bijak :

Modal Simpanan X Dividen X 24 bln = Untung + Modal = JUMLAH PENDAPATAN!!!!

RM 1,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400.00 + RM 1,000.00 = RM 3400.00
RM 10,000.00 X 10% X 24 bln = RM 24,000.00 + RM 10,000.00 = RM 34,000.00
RM 50,000.00 X 10% X 24 bln = RM 120,000.00 + RM 50,000.00 = RM 170,000.00
RM 100,000.00 X 10% X 24 bln = RM 240,000.00 + RM 100,000.00 = RM 340,000.00
RM 1,000,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400,000.00 + RM 1,000,000.00 = RM 3,400,000.00

Alamat Pejabat :
Jazmeen (M) Sdn. Bhd.
29-5-1 Jln 3/101C,
Cheras Business Centre,
Batu 5, Jln. Cheras
56100 Kuala Lumpur

Dengan kata lain, mereka menawarkan pulangan 10% daripada “simpanan” yang dibuat oleh orang ramai.  Mereka telah berjaya menerima deposit puluhan juta ringgit daripada orang ramai. Kesemua pengarah syarikat Jazmeen kini sedang diburu oleh Bank Negara Malaysia sehingga kini. Jika anda ada maklumat berkenaan mereka ini, boleh hubungi talian Bank Negara Malaysia –

03-26988044 ext. 7528 / 7914 / 8765 / 8162

or

03-26985708

Atau buat laporan di balai polis berdekatan. Ganjaran wang ringgit juga ditawarkan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka ini. Kalau dilihat, ia lebih kurang sama je dengan skim internet yang ada sekarang ini seperti Speedline yang sedang hangat sekarang ini. Simpan kemudian dapat pulangan setiap bulan.

Inilah pengarah syarikat Jazmeen  Sdn Bhd yang sedang diburu oleh BNM.

Kalau anda kenal orang tersebut dan nak dapat duit percuma kerana membantu Bank Negara, anda boleh berikan maklumat pada talian BNM atau Balai Polis berdekatan. Mereka mungkin sedang bersenang lenang di luar negara sekarang ini hasil daripada duit orang ramai peserta skim mereka. Peserta skim ini sebelum ini sedang berputih mata.Tapi ada juga yang cuba “dapatkan balik duit” dengan menyertai skim cepat kaya lain pula.

Keluar dari lubang, terjun ke lubang lain pula.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman web Bank Negara Malaysia.

Bersama kita banteras skim cepat kaya perosak bangsa. Mereka mungkin boleh bersenang lenang dengan duit orang, tetapii hidup tidak aman kerana sentiasa akan diburu pihak berkuasa.

Kredit: CariGold,

Artikel Berkaitan
  • Pengarah Syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd dipenjara dan didenda
    Salah satu lagi syarikat yang ditutup serentak dengan Jazmeen Sdn Bhd ialah Noradz Travel & Serv...
  • Skim Cepat Kaya Guna Nama Islam Di Perak
    Saya belum mendapat sebarang maklumat tentang perkara ni.Saya akan menulis tentangnya setelah mendap...
  • DUIT: Antara Moral Dan Realiti
    Duit pada hari ini menjadi satu keperluan yang sangat meruncing. Tanpa duit, susah untuk seseorang u...
  • Dana Haji Jasman Kini Aktif Kembali
  • Skim Cepat Kaya: SpeedLineGlobal.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • jazmeen (m) sdn bhd
  • azz marketing penipu
  • jazmeen carigold
Post Views: 7,427
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:jazmeen jazmeen sdn bhd skim cepat kaya

Related Articles

Disebabkan terlalu banyak permintaan diterima berkenaan pelaburan EMGOLDEX. Adakah ia …

EMGOLDEX Penipu?

Pada awal dulu ia dinamakan CPOTrading.com yang menawarkan pelaburan yang …

CPOTrading.com atau CrudePalmOilTrading.com Kini Disiasat

One Response

  1. Pingback: Pengarah Syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd dipenjara dan didenda
  2. abdfatah

    skim pelaburan yang telah bungkus… alahai.

    dan

    blogstarzz sudah berkubur…

    azz marketing ternakan ikan keli pun mengalami nasib yang sama…

    apakah pakej ikan arowana dari satu syarikat yang sedang hangat akan menjadi sebutan untuk ke sekian kalinya… skim cepat kaya jugak kah ituuuuu…????

    pakej2 nih rasanya sekadar memerangkap aje laa… mereka teruja dengan pakej dan pulangan yang bakal mereka dapat…

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Skim Cepat Kaya Derma,Sedekah,Sumbang Ikhlas

Ketika saya mula mula menulis tentang skim cepat kaya derma menderma ini. Ramai …

DUIT: Antara Moral Dan Realiti

Duit pada hari ini menjadi satu keperluan yang sangat meruncing. Tanpa duit, sus…

Skim Cepat Kaya Guna Nama Islam Di Perak

Saya belum mendapat sebarang maklumat tentang perkara ni.Saya akan menulis tenta…