Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Tips
Bunga Misai Kucing Bersama Madu Kelulut Untuk Merawat Diabetes
Tips

Bunga Misai Kucing Bersama Madu Kelulut Untuk Merawat Diabetes

sham No Comments

Penemuan ini telah ditemui oleh penyelidik Mardi, Dr. Suri Roowi berkenaan kandungan dan khasiat bunga misai kucing dalam merawat penyakit diabetes atau kencing manis. Kita sering jumpa penjual menjual daun misai kucing dikeringkan dan dijual di pasaran. Namun, hasil kajian MARDI sebenarnya khasiat tertinggi pokok Misai Kucing terletak pada bunganya bukan pada daunnya!

misai kucing

Betul. Ini adalah yang saya dapat ketika program Malaysia Superfood baru baru ini. Yang menyampaikannya adalah Dr.Suri Roowi sendiri. Hasil kajian beliau tentang herba negara kita ini, khasiat misai kuncing paling banyak pada bunganya bukan pada daun. Namun, untuk mendapatkan khasiat yang sama seperti bunga, daun misai kucing perlu menjalani proses tertentu. Sebabnya untuk mendapatkan bunga dalam kuantiti yang besar agak sukar. Jadi dengan merendam daun, bahan aktif yang diperlukan dalam rawatan kencing manis tidak terhasil. Namun, bahan aktif lain mungkin diperolehi daripada rendaman daun.

Jika anda menanam pokok misai kucing, anda boleh mengambil bunganya dan rendam didalam air panas. Apabila sudah suam, masukkan madu untuk menambah rasa teh bunga misai kucing anda. Sebaik-baiknya ialah mengunakan madu kelulut asli. Dengan bunga, antioksidan yang tersimpan boleh dikeluarkan dengan rendaman di dalam air panas.

Bunga misai kucing mempunyai Asid Kafeik yang tinggi dapat membantu menurun dan menstabilkan kandungan gula dalam darah kita. Selain itu, kita boleh mengambil bahan berkafein seperti kopi dan tea untuk membantu. Tanpa gula ya. Gula adalah racun. Namun bagi sesetengah orang tidak tahan dengan minuman yang tinggi kafein seperti kopi pekat tanpa gula.

Alterntif ialah dengan amalan bunga misai kucing dan madu kelulut setengah jam sebelum anda bersarapan. Jangan makan ubat dengan susu kerana susu boleh mengikat dan menuetralkan segala khasiat ubat. Dengan pengambilan herba ini dengan madu kelulut, ia dapat mempercepatkan proses penyerapan kerana lebah kelulut menyimpan semua khasiat sari bunga yang diambil daripada ribuan bunga dan dijadikan sebagai madu.

Contohnya kelulut mendapatkan nektar dari bunga misai kucing, khasiat yang sama akan diwarisi di dalam madu yang dihasilkannya. Sebab itulah madu kelulut mempunyai nilai perubatan sangat tinggi.

Dalam madu lebah biasa terdapat lebih daripada 100 bahan aktif yang baik untuk badan, namun dalam madu kelulut terdapat lebih daripada 300 bahan aktif/enzim yang baik. Ia adalah hasil ujian klinikal yang dijalankan oleh MARDI. Sebab itulah kerajaan ingin menjenamakan madu kelulut sebagai SUPERFOOD Malaysia yang pertama.

Dengan khasiat yang tinggi, ia boleh dijadikan makanan kesihatan terbaik.

Kesimpulan daripada artikel ini, tanam pokok misai kucing jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah diabetes atau kencing manis. Ambil bunga yang terhasil samada secara secara segar atau dikeringkan. Rendam bunga ini dengan air panas, apabila suam.. masukkan madu kelulut.

BUNGA MISAI KUCING + MADU KELULUT = DIABETES STABIL

Hasilnya kandungan gula akan menjadi stabil tanpa perlu bergantung kepada ubat ubatan yang mempunyai risiko merosakkan buah pinggang pengidap kencing manis. Pastikan ia diambil sekurang-kurang setengah jam sebelum anda bersarapan pagi.

Ini adalah rahsia alam yang Tuhan kurniakan kepada kita untuk kita mengkajinya. Benarlah apa yang disampaikan di dalam Al Quran berkenaan dengan madu lebah ini.

Anda boleh share dengan rakan-rakan anda. Semoga membantu. Klik butang share pada sisi kiri blog ini.

p/s: Alhamdulillah berjaya membawa Dr.Suri Roowi ke Perak pada 29hb Oktober 2016 lepas. Banyak ilmu yang diperolehi daripada sesi ini berkenaan khasiat madu kelulut dan juga herba-herba negara kita.

me-dan-doktor-suri-roowi

Artikel Berkaitan
  • Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya
    Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu. Assalamualaikum & sala...
  • Nak Bela Kelulut Di Rumah? Ini Panduannya Untuk Bela Di Rumah
    Nak bela kelulut di rumah merupakan antara apa yang dicari oleh ramai orang. Ada ia boleh dilakukan ...
  • 1 Kaedah Mudah Tanam Ubi Kayu Buatkan Keluar Ubi Yang Banyak dan Besar!
    Tanam Ubi Kayu Paling Mudah Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan semua. Skima pul...
  • Penternakan Lebah Madu Di Malaysia
  • Tanaman Untuk Menghalau Nyamuk Di Rumah Anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 222
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Tags:diabetes kencing manis khasiat madu kelulut khasiat misai kucing madu kelulut merawat diabetes merawat kencing manis misai kucing penawar diabetes penawar kencing manis ubat diabetes ubat kencing manis

Related Articles

Adsense: Account Disable aka Banned Forever
Hello, While going through our records recently, we found that …

Adsense: Account Disable aka Banned Forever

buat duit dengan affiliate
Nak belajar cara promosi dan buat duit dengan affiliate? Dalam …

Buat Duit Dengan Affiliate: Cara Sembunyikan Link Affiliate

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

misai kucing

Cara Menanam Herba Misai Kucing dan Khasiatnya

Herba Misai Kucing Merupakan Salah Satu Rahsia Herba Perubatan Melayu. Assalamua…

Nak Bela Kelulut Di Rumah? Ini Panduannya Untuk Bela Di Rumah

Nak bela kelulut di rumah merupakan antara apa yang dicari oleh ramai orang. Ada…