Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook
Berita

Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook

sham 4 Comments

Bagi mereka yang tahu akan potensi jual ebook di internet. Ramai yang akan berusaha menerbitkannya. Semalam telah tamat cabaran affiliate bagi Ebook Panduan Exam Online PTD. Ia berlangsung selama 10 hari, saya rasa boleh pecah rekod jualan ebook di Malaysia kerana jualan yang dihasilkan lebih daripada RM300,000 dalam masa 10 hari berkenaan.

jual ebook

Berikut adalah carta jualan bagi 20 orang affiliate teratas. Daripada top 20 ini sahaja telah mencapai lebih RM273,000. Ia adalah jualan bukan komisen ya. Saya sempat menyelit kat top 10. Ini merupakan cabaran yang cukup sengit. Dengan list yang ada dalam 500+ sahaja berjaya menempatkan di tangga ke 6. Komisen adalah 50% daripada jumlah jualan. Boleh la buat simpan sikit-skit.

Siapa kata ebook tak laku?

Infokerjaya Resources (IKR) telah membuktikannya. Laporan keseluruhan jualan belum dikeluarkan namun saya jangka jualan mungkin menghampiri RM400K kerana pasti ada ada jualan yang tidak melibatkan affiliate seperti daripada List lama IKR.

Saya jangkakan jualan Ebook IKR pada tahun ini pasti akan melebihi RM1 juta pada tahun ini kerana kini baru di bulan Januari. Pasti ada banyak lagi peperiksaan yang akan dilakukan oleh SPA pada masa akan datang.

Nak jadi macam mereka?

Betul. Anda boleh jadi seperti mereka. Terbitkan ebook anda sendiri. Cuma pastikan ebook yang anda hasilkan mempunyai permintaan yang tinggi. Ebook IKR unik kerana memfokuskan kepada topik peperiksaan SPA. Dan biasanya SPA menjalankan beberapa peperiksaan setiap tahun. Mereka ini sangat terdesak kerana tiada rujukan untuk mereka membuat rujukan. Jadi ebook mereka menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.

Hasilkan Ebook Untuk Menyelesaikan Masalah Orang…

Anda tidak perlu tiru mereka. Anda pasti tidak dapat melawan IKR kerana ada ribuan affiliate. Terokai niche lain yang boleh memberikan pulangan kepada anda. Bentuk tentera affiliate anda sendiri. Ebook agak susah jika menjual bersendirian.

Jika anda berminat dengan niche Internet marketing, ia sudah agak tepu. Namun masih ada banyak lagi topik yang boleh anda terokai  kerana pasaran Malaysia masih muda.

IKR adalah Jutawan Ebook yang sebenar. Niche mereka terokai sememangnya mempunyai permintaan yang tersangat tinggi. Malah dalam exam online ptd esok, lebih 100,000 calon. Ramai prospek yang berduit kerana ia adalah jawatan untuk graduan. Harga ebook yang ditawarkan dari RM40 sehingga RM120 mengikut pakej dan juga upsell.

Nak Belajar Jual Ebook Sendiri?

Anda boleh belajar untuk menerbitkan ebook anda sendiri. Anda boleh layari www.penulisebook.com . Hanya RM50 untuk belajar tulis, memasarkan ebook dan menguruskan jualan ebook anda.

Artikel Berkaitan
  • Perkhidmatan 24 Jam dari VirtualNiaga
    Perkhidmatan rekabentuk laman web dalam masa 24 jam!. Itulah pengalaman saya apabila bekerjasama den...
  • Megasales Ulangtahun ke 4 Bermula
    Ok. Megasales ulang tahun ke 4 dah mula. Anda boleh dapatkan semua ebook saya pada harga diskaun dar...
  • Buat Duit Paling Cepat Di Internet
    Bagaimana nak buat duit paling cepat di internet? Cuba teka jawapannya. Affiliate? Adsense? Jual ...
  • Klikjer.com Membantu Usahawan Internet Baru
  • Ebook Percuma – Panduan Buat Duit Dengan GDI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 183
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:jual ebook jutawan ebook rekod jualan ebook malaysia terbit ebook

Related Articles

Kempen Iklan Tips PTD
Saya tengok semakin banyak perubahan yang dilakukan oleh Google. Ada …

Google Adwords: Bentuk Iklan Baru

Adsense: Jangan Guna Autoblog
Berita buruk buat mereka yang mengunakan kaedah Autoblog untuk mendapatkan …

Adsense: Jangan Guna Autoblog

4 Comments

  1. janganjualebook

    Janji bulan bintang jual Ebook adalah haram!

  2. sham

    🙂

  3. macam2

    senang buat duit ,jual tip2 yang dah berlambak dalam google,hahahaha

  4. sham

    Ebook hanya format.. Jika bercetak dipanggil buku.. Jika dalam format digital dipanggil ebook. Kehebatan sesuatu bangsa dikira dengan penghasilan bahan ilmiah yang akan diwarisi generasi akan datang. Jangan tutup minda.

    Ebook ada segala macam bentuk dan kategori. Tak perlu janji bulan bintang. Tak puas hati boleh minta refund. Penjual yang jujur tidak akan teragak-agak untuk kembalikan duit pelanggan mereka yang meminta refund.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Shahira Sulwani on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • zue on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Sis on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Azani on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Betul ke Jual Ebook Tu Tipu?

Topik hangat skit.Saya tergerak hati melihat beberapa kes penipuan melibatkan be…

Review Pakej Pakar Ebook

Hari ini merupakan hari pelancaran Pakej Ebook Pakar Ebook yang dihasilkan oleh …

Buat dan Jual Ebook – Bagaimana Mengesan Permintaan

Pada hari ini industri penerbitan buku semakin mencabar berikutan penurunan perm…