Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Umum
Sihir Meter Elektrik Untuk Dapat Elektrik Murah? Duh…
Umum

Sihir Meter Elektrik Untuk Dapat Elektrik Murah? Duh…

sham 2 Comments

Setelah kerajaan menaikkan tarif elektrik, ramai orang menjadi alternatif untuk menjimatkan elektrik. Macam-macam gajet yang muncul di pasaran. Alat penjimat ada, yang jenis kad ajaib pun ada.Adakah ianya berkesan?

Inilah persoalan yang sering menjadi persoalan ramai orang. Adakah ia taktik penjual semata-mata untuk melariskan produk mereka. Satu gambar ambil kat meter rumah ini dan satu lagi di meter rumah lain.Erk.. Ada yang lebih canggih, sihirkan meter elektrik..hahaha

Sihir Meter Elektrik Untuk Dapat Elektrik Murah?

Sihir? Ia satu perkara yang agak lawak. Saya mengambil snapshot daripada seorang sahabat yang menjual alat penjimat elektrik ini.

sihir-meter-elektrik

 

Serius saya tak pernah terfikir akan penggunaan ilmu sihir untuk menjimatkan elektrik. Bila benda ini “terkeluar”, saya tergelak mengenai ayat akhir beliau. Walau bagaimana pun saya hormati pandangan beliau. Beliau ada hak untuk skeptikal tentang alat penjimat elektrik yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Adakah Penjimat Elektrik Benar-Benar Berkesan?

Untuk yang jenis kad, saya tidak pasti kerana tidak pernah melihatnya beraksi. (Cewah). Namun untuk jenis penjimat elektrik, saya mengunakannya di rumah saya. Hasilnya ia memang menurunkan bil elektrik rumah saya. Kebiasaanya bil elektrik sekitar RM250+ (selepas tukar meter baru), selepas penggunaan penjimat elektrik, kini bil sekitar RM175-RM185 setiap bulan.

Jadi ada penurunan sedikit, cuma kelemahannya ia perlu dipasang pada plug yang berdekatan dan secara terus dengan fius elektrik di rumah. Jika jauh, ia akan meningkatkan lagi bil elektrik. Jadi kena tambah plug yang dekat dengan fius jika tiada. Dirumah saya mengunakan 2 unit penjimat elektrik sekarang ini.

Memang elektrik masih tinggi lagi selepas meter ditukar kepada meter digital. Semasa ia mengunakan meter analog, bil elektrik hanya dibawah RM100 setiap bulan. Jadi agak terkesan apabila tarif elektrik dinaikkan lagi baru baru ini. Jadi kena tambah pendapatan lagi. Faktor lain elektrik tinggi di rumah disebabkan terdapat banyak alat elektrik di rumah dan rumah juga bersambung dengan bengkel bakeri yang mengunakan bekalan elektrik yang sama.

Bila la nak turun lagi elektrik ni ya? ( Berangan jela, sebab takkan berlaku di Malaysia kita ni).. 😛

Artikel Berkaitan
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?
    Pagar cyclone kini antara pagar kebun yang mendapat perhatian pengusaha kebun. Ia lebih murah berban...
  • Kos Pasang Pagar Elektrik Kebun
    Hai gais. Kita sambung pasal kebun lagi. Kali ni pasal topik Kos Pasang Pagar Elektrik Kebun. Kosnya...
  • Kos Membersihkan Kebun
    Saya sekarang sudahkan siap membersihkan tanah kebun yang saya beli beberapa tahun lepas. Tak luas, ...
  • My-Qalam.com – Pen Pembaca Al-Quran Digital
  • Ebook Kek Cawan, Belajar Buat Kek Cawan Daripada CD di Rumah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara perlahankan meter elektrik
  • ayat lawak
Post Views: 497
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:penjimat elektrik sihir meter elektrik

Related Articles

Trajedi Pasar Ramadhan
Saya baru je balik dari pasar ramadhan kat Simpang, Taiping. …

Trajedi Pasar Ramadhan

Bagaimana Nak Lindungi Karya Hak Cipta Kita?
Bagaimana nak melindungi hak cipta kita? Apakah yang dilindungi? Sebenarnya …

Bagaimana Nak Lindungi Karya Hak Cipta Kita?

2 Comments

  1. Abdullah

    Assalamualaikum tuan..
    Sekarang ini heboh dgn skim EMGOLDEX. Dengan melabur rm2600 dan taja 2 orang jumlah dgn pelaburan sama akan dpt rm14K. Pendapatan ini tanpa henti dan terus meningkat jika group berkembang pesat. Jika gagal cari downline modal dipulangkan dlm bentuk barang iaitu emas dgn nilai kurang rm2600..
    Mohon tuan dapatkan maklumat adakah patih syariah?
    Tkasih

  2. sham

    Tak patuh syariah. Ia tidak jelas perniagaannya. Jika beli emas, pastikan dapat emas. Ini jenis money game iaitu dapatkan downline barulah dapat duit untuk bayar kepada upline.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Beginikah Kaum Aad, Kaum Nabi Hud

Dalam Al-Quran, Kaum ‘Aad dikurniakan badan yang besar dan sangat kuat.  M…

Biskut Arab Yang Sedap

Biskut Arab Yang Sedap Biskut arab lebih kurang sahaja dengan biskut makmur. Jik…

Contoh Soalan Exam Penolong Akauntan W27

Fuh lama juga tak tambah artikel baru di sini. Saja nak test bagaimana kesan pel…