Gambar Perkahwinan Di Terengganu


Ni gambar ketika di Terengganu pada 17hb baru ni. Saya lupa nak ambik gambar suasana kat sana disamping bateri kamera yang “kong”. Saya lupa nak beli yang baru. Ambik 5,6 snap dah nak ambis bateri.Kuat betul makan bateri kamera digital ni.

Pada kenduri di Terengganu, pada asalnya ialah 4 ekor dikorbankan. Akhirnya 5 ekor yang terkorban apabila pertengahan jalan nampak lauk mcm tak cukup je. Majlis bermula pukul 10 pagi sampai kul 7 petang walaupun secara rasminya ia bermula pada pukul 11 pagi berakhir pada 5 petang. Malam pun still ada yang datang kerana tidak dapat datang kerana berkerja..Yela, saya buat hari ahad..Di Terengganu, adalah hari bekerja.

Lauk & nasi ngam ngam je bile majlis tamat. Alhamdulillah! Tinggal 1 baldi je lauk bila berakhir. Lauk tu kami bagi bagikan pada yang datang malam.Kami tak lalu makan daging banyak. :P. Nasi 7 kawah pun cukup cukup je.

Semua berjalan dengan lancar. Majlis dilaksanakan dengan majlis gotong royong. 4 ekor lembu siap dilapah & siang dalam masa 1 jam setengah. Saya tak sempat nak pegang pun. Jadi saya serahkan pada orang kampung & saya p mesin kelapa bagi mendapatkan santan.Hampir pukul 10, gulai kawah yang pertama dah masak dan mula dihidangkan. Ia ala bufet. Jadi orang boleh ambik & makan sebanyak mana yang larat la.

Lauknya…nasi putih,nasi minyak,sayur campur,sayur buah sentul(laku benor,kejap je abis),ikan kering,acar timun,sambal belacan,gulai kari daging (kat terengganu kami panggil gulai je). Letih benor.Pada esoknya, terpaksala basuh periuk & kawah. Pagi jela sebab kebanyakan pinggan & barang barang lain dah dibasuh oleh orang kampung.

Tengahari,saya bawa isteri jalan jalan di Kuala Terengganu.Bawa dia p shopping kat Pasar Kedai Payang dan Stesen Bas MBKT. Ini adalah kali pertama isteri saya sampai di Terengganu. Kami bertunang pun, saya tak pernah bawa ke Terengganu bagi mengelakkan fitnah. Dah kahwin baru la sampai di Terengganu. Cuti isteri pendek je, jadi kena balik awal la.

Ni gambar di Terengganu pulak..

klik gambar untuk besarkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. titan August 23, 2008
  2. rizal komenebook August 25, 2008
  3. sham August 25, 2008
  4. AmirulFaisyal August 27, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.